Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Kena Troll dengan Lowyat Crazy Sales
16-09-2011, 01:06 AM, (This post was last modified: 16-09-2011, 01:10 AM by ninja.)
Post: #1
Kena Troll dengan Lowyat Crazy Sales
Salam. Alkisah tersebutlah kisah.

Ini satu kisah sadis. Seriusli sadis especially bagi aku dan sewaktu dengannya. Hari ni merupakan hari bersejarah buat plaza low yat sebab hari ni mereka akan meraikan ulang tahun ke 11 diorang. So demi memeriahkan lagi keadaan low yat yang dah sedia ada sesak dgn komputer, laptop, tepon, casing, camera, amoi dan penipu dan pengencing tu, pihak low yat pun anjurkanlah satu event yang diberi nama 11th Anniversary Crazy Sale. Event yang berlangsung mulai hari ini, 15 hinggalah 18 September mempersembahkan jualan gadget pada harga yang gila b*** punya murah! Diulangi gila b*** punya murah! Murah murah murah!

[Image: IMG_17202.jpg]

Mana taknya murah. Aku selaku pelajar yang takde duit nak beli cincin 24 juta mestilah teruja dan keriangan tengok promosi dan harga sebegini rupa. Fikir sejenak, dimana lagi korang nak berjaya beli Ipad2 pada harga RM980? Mana mau dapat tv plasma 42inci dengan harga RM450? Mana mau dapat Samsung Ace dengan harga RM450? Mana mau dapat modem, mouse, beg, earphone dan lain lain pada harga RM1? Takde kan takde kan kan kannnnn.

So, disebabkan kat facebook pun dah start sebar berita secara pukal, aku pun semangatla nak beli and join in the fun. Aku impikan nak bubuh sebijik tv plasma 42 inci kat ruang tamu rumah tu ha. Ayah aku plak dah siap order ipad2 sebijik. So apa yang ada dalam kepala semalam hanyalah sukses sukses sukses! Kat iklan hanya tulis pembelian barang2 ini boleh dilakukan bila ada resit bukti pembelian kat participating outlets yang berharga RM50 dan ke atas sahaja.Itu je yang ditulis kat iklan. So dalam kepala timbul sat konsep yang dinamakan SIAPA CEPAT DIA DAPAT!

Demi melancarkan lagi tugas ktorang untuk bergasak hari ni kitorang buatlah plan awal2 malam semalam untuk menyogok para pekerja kedai yang berkaitan untuk buat jualan barang2 tu kat kitorang. Yela harga barang RM500 tambah duit sogokan RM100 utk pekerja tu pun masih untung kat kitorang lagi sebab harga asal pun dah beribu dahkan. So aku ngan member aku sorang tu pergila low yat malam semalam untuk menjalankan operasi sogokan kitorang tu so hari ni dengan hajatnya berjalan lancar dan pulang dengan plasma tv sebijik sebelah kiri dan ipad2 di sebelah kanan. Tapi sampai je kat lowyat semalam rupa-rupanya barang tu dijual kat satu tempat je. So nak sogok sapenye kalau dah pekerja pun takdak lagi T___T



Bila tilik-tilik balik rupanya ade die tulis kat situ yang jualan gila gila gila gila ni dibuat kat concourse level. Bukannya dijual kat participating outlets. So maknanya kena bergasak secara lebih la esoknya bertumbuk berterajang nak dapat beli dulu. So konsep asal tu pun bertukarla menjadi DATANG AWAL GILA GILA SEBAB SIAPA CEPAT DIA DAPAT!

So aku dan member aku secara bijaknya buatlah plan nak gerak pkul 6 pagi tunggu tercongok depan low yat tu nak jadi orang terawal beli punye pasai. Hahahaha! Tapi hampeh ktorang tido gak xdenye nak gerak awal2 pagi. Lepas subuh je terus terbongkang secara berjemaah sampai pukul 9. Eleehhhh pukul 6 pagi konon. Wakakakaak! Bila bangun je tu mengingatkan tv plasma 42 inci dan jugak low yat yang mula beroperasi pukul 10 pagi kitorang pun gerakla jugak pegi low yat. 42 inci plasma tv punye pasai kan.

Sampai je sana satu lagi kejutan untuk kitorang. Dah bawak keluar duit, dah beli barang untuk resit minimum rm50, dah ready penumbuk penerajang nak bergasak berebut, rupa-rupanya jualan gila gila orang gila gila ni adalah berkonsepkan LUCKY DRAW. Bermakna korang boleh beli apa yang korang dapat daripada cabutan bertuah tu je. Korang tak boleh sesuka hati datang pastu oder Ipad2 separuh harga secara selamba. Korang kena beratur yang panjangnya dari low yat hinggalah ke sungai wang dengan hanya berbekalkan satu resit je. Sorang boleh draw utk satu resit je tak boleh lebih dari tu. Aku tanya minah yang handle event ni lain, time nak cabut tu dia cakap lain pulak. Tak ke melepas dan rugi aku beli untuk dapat 2 resit punya pasai. Grrr. So dari impian 2 barang, plasma tv and Ipad2, akhirnya aku terpaksa korbankan plasma tv aku tu sob sob sob. Satu resit satu peluang punya pasai. Konsep asal aku pun sekali lagi bertukarlah menjadi PASRAH DAN HARAP-HARAP DAPAT CABUT IPAD2 NANTI.

Masa beratur tu aku dah cakap kat member aku tu nanti kalau dapat yang cikai2 pun tak kisahla janji aku tak dapat keyboard protector yang macam plastik getah bodo-bodo tu. Sekali masa time aku cabut undi tu betul-betul aku dapat keyboard protector plastik getah bodo-bodo tu je. Aduyai. Musnah pulak harapan Ipad2. Aku nombor sepuluh dalam barisan tadi and aku boleh cakaplah benda paling hebat antara kitorang 10 orang yang dapat ialah sebijik kamera digital pantex. Yang lain dapat baucer makan, mouse tapi aku pulak dapat keyborad protector je *sedih*

[Image: keyboradprotector.jpg]

keyboard protector yang harga kosnya hanyalah 30sen Lulz'
So dari tunggu pukul 9.30 pagi sampai pukul 1 tengah hari berpenat lelah berdiri lelama, bangun awal pagi, naik turun eskalator nak beli barang punye pasai, drive menempuh jem, buat plan dari ‘lawatan’ pertama semalam…usaha aku hanya bernilai sebijik keyborad protector. Adeh.

So nasihat aku bagi yang nak pergi dan mengambil bahagian dalam acara yang sesungguhnya gila ni sila doa untuk jadi orang yang bertuah dan bersedialah fizikal dan mental. Even diri rasa tertipu dari semalam tapi aku belajar konsep perniagaan atau lebih tepat konsep penipuaan yang ramai orang pakai sekarang ni. Paling ketara ialah time pengiklanan. Apa yang ditulis tak sama seperti apa yang digembar gemburkan di alam realiti. Dalam iklan tulis macam senang, sekali sampai sana sekali kena ikut nasib da. Apalah salahnya kalau tulis secara terus terang ada cabutan bertuah ikut nasib, satu resit setiap sorang bla bla bla. Ini tidak, yang difokusnya hanyalah harga murah murah murah. Aku jugak yang tertipu HAHAHAAHH!

Sekian saja kisah kali ini. Berhati-hatilah dengan iklan. Kadang-kadang it’s too good to be true. Trust me.


---------------------------------------------------------------------------------

Kemaskini Ianya diperkatakan yang mana para pengguna perlu membelanjakan sekurang-kurangnya RM50 pada kedai yang mengambil-bahagian, dan seterusnya perlu membuat cabutan bertuah. Apa yang dibenarkan untuk dibeli adalah berdasarkan kepada apa yang tercatat pada cabutan tersebut.

Mungkin sepatutnya pihak Plaza Lowyat perlu menerangkannya secara menyeluruh pada promosi mereka, supaya ramai tidak rasa tertipu dengan promosi mereka.

Code:
credit - Amanz
         - http://zelo55.com/2011/09/kerja-gila-di-jualan-gila/
-|ninja33|-
[Image: b_560_95_1.png]
Reply
16-09-2011, 01:12 AM, (This post was last modified: 16-09-2011, 01:16 AM by wcypierre.)
Post: #2
RE: Lowyat Crazy Sales ;D
kasian la u Big Grin
But I have a similar story as well, the previous pc fair at the GayFace midvalley
Reply
16-09-2011, 01:18 AM,
Post: #3
RE: Lowyat Crazy Sales ;D
(16-09-2011, 01:12 AM)wcypierre Wrote: kasian la u Big Grin
But I have a similar story as well, the previous pc fair at the GayFace midvalley

tentang harddisk tu ke.? cerita la GayFace
-|ninja33|-
[Image: b_560_95_1.png]
Reply
16-09-2011, 01:21 AM,
Post: #4
RE: Kena Troll dengan Lowyat Crazy Sales
yeah, the RM 99 hdd, but luckily I didn't go but still I want to complain about it GayFace
Reply
16-09-2011, 01:32 AM,
Post: #5
RE: Kena Troll dengan Lowyat Crazy Sales
LOL.. then.? hahah.. komplain je..
-|ninja33|-
[Image: b_560_95_1.png]
Reply
16-09-2011, 01:32 AM,
Post: #6
RE: Kena Troll dengan Lowyat Crazy Sales
writing la ni GayFace
Reply
16-09-2011, 01:36 AM,
Post: #7
RE: Kena Troll dengan Lowyat Crazy Sales
dems. nasib baik aku ambik keputusan untuk balik jb harinie. sepatutnye, aku ke lowyat, nak sebat ipad2 untuk makcik aku. tapi aman ( aman firdaus @ amanz.my ) message aku, die cakap beratur panjang sampai sg.wang. Aku cancel niat, and now sedang berada di jb. tenangkan hati, takyah nak gila sangat ngan crazy sales tu. ~
YANG TERBAIK DIUTAMAKAN
[Image: source.gif]
YANG BAIK KITA MAKAN
Reply
16-09-2011, 01:36 AM,
Post: #8
RE: Kena Troll dengan Lowyat Crazy Sales
haha ingtkan ko yg kena troll tadi.. baru nk ucap takziah.. GayFace
Derpina

Reply
16-09-2011, 01:46 AM,
Post: #9
RE: Kena Troll dengan Lowyat Crazy Sales
gila pacak kt lowyat kul6
time tu ak kat europe mimpi sedap sial kahkahk
That face is seriously just asking to get slapped by a cock.
OK
Reply
16-09-2011, 01:48 AM,
Post: #10
RE: Kena Troll dengan Lowyat Crazy Sales
kalau tidak.. mesti lowyat kate

"U MAD BRO ?"
-|ninja33|-
[Image: b_560_95_1.png]
Reply
16-09-2011, 07:58 AM,
Post: #11
RE: Kena Troll dengan Lowyat Crazy Sales
sadisnya citer ni...

btw, promotion strategy diorang memang sangat berjaya..
dekat iklan mesti ada tulis
*tertakluk kepada terma dan syarat.
ayat ni la orang lupa nk siasat. diorang pun memang tak nak bagi tahu... GayFace
Rajin Belajar Pasti Berjaya
Tiada Kegagalan Setelah Berusaha
Itulah Cara Membalas Jasa
Pengorbanan Guru Dan Keluarga Tercinta
Big Grin

Spoiler:
[Image: 522167_476797252342999_168490270_n.jpg]
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Classic Troll pemburuMalam 0 232 30-12-2012, 01:31 PM
Last Post: pemburuMalam
Wink Troll rakan anda dengan script lagging ... NoEntryPhc 32 3,148 17-12-2012, 02:42 PM
Last Post: cekodock
  Saya Kagum dengan Beliau AceyrafRoshlanz 3 572 15-11-2012, 01:35 PM
Last Post: AceyrafRoshlanz
  [Facebook] Apa kena budak nie? AceyrafRoshlanz 35 4,998 15-10-2012, 02:55 PM
Last Post: AceyrafRoshlanz
  IM CODE for Troll Emoticon :D wanbotak 2 777 13-05-2012, 03:40 PM
Last Post: paley
  Bila Masked Rider kena saman... AceyrafRoshlanz 4 862 07-04-2012, 06:15 PM
Last Post: AceyrafRoshlanz
  [facebook] pa kena minah nie. AceyrafRoshlanz 5 785 05-04-2012, 03:23 PM
Last Post: AceyrafRoshlanz
  clever bot? aku kena troll ke? AceyrafRoshlanz 3 1,136 28-01-2012, 05:52 PM
Last Post: | 7hr33 | p4L4n6 |
  Mean "Troll" AceyrafRoshlanz 2 534 06-12-2011, 08:01 PM
Last Post: HaoRen
  Aku kena troll kerana ketamakan.. hukhukhuk b3tik 12 1,438 26-11-2011, 11:19 PM
Last Post: | 7hr33 | p4L4n6 |

Forum Jump: