Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Harga Minyak Turun 50Sen
03-09-2013, 08:55 PM,
Post: #1
Harga Minyak Turun 50Sen
3 September -
Terkini! Penurunan Harga Minyak.
Pakatan Rakyat hari ini mengesahkan bahawa semua harga minyak akan diturunkan sebanyak 50 sen se liter, di semua stesen minyak yang terletak di negeri negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat.Negeri negeri yang terlibat adalah Pulau Pinang,Kelantan dan juga Selangor.
Perkara ini disahkan oleh setiausaha Pakatan Rakyat negeri selangor, selepas selesai sahaja Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang berlangsung di Shah Alam sebentar tadi.Majlis Presiden dalam Mesyuaratnya petang tadi, sebulat suara bersetuju untuk menghapuskan cukai yang dikenakan pada premis premis syarikat minyak,dengan itu harga minyak mampu diturunkan sebanyak 35 peratusuntuk setiap kategori akan berkuatkuasa pada pukul 12 malam ini. Sumber itu juga menegaskan,
penurunan harga tersebut juga akan dapat dinikmati oleh semua kenderaan yang mengisi minyak di stesen tersebut walaupun tidak menpunyai no pendaftaran negeri Pakatan Rakyat. Berikut adalah senarai minyak yang terlibat dengan penurunan harga,
Spoiler:
1.Minyak Angin 2.Minyak
Senyonyong 3.Minyak Gamat
4.Minyak Dagu 5.Minyak
Pengasih. 6.Minyak Yuyi Cap
Limau 7.Minyak Boxing 8.Minyak
cap kaki 3

Sumber : Bernama
Spoiler:
# Cybercrookz was here ~fap
Reply
03-09-2013, 09:00 PM, (This post was last modified: 03-09-2013, 09:04 PM by lite.)
Post: #2
RE: Harga Minyak Turun 50Sen
Pertama
[Image: Nelson_haha.jpg]

Kedua
[Image: ogmqd.jpg]
Quote:Mulakan dengan mendengar, kemudian berfikir, bertanya untuk faham dan amalkan untuk sempurna...
Reply
03-09-2013, 09:03 PM,
Post: #3
RE: Harga Minyak Turun 50Sen
Buka la kalau ada masa
Spoiler:

Kita bising minyak naik bukan kerana kita benci Malaysia.
Kita bising minyak naik bukan kerana kita tak mampu bayar.

Tapi...
Kita bising sebab janji tak serupa bikin.
Kita bising sebab kesiankan rakyat marhaen.
Memang kita berduit.
Memang kita berharta.

Namun,
jauh di pelusuk sana,
ada yang menghitung syiling.
Ada yang bekerja teruk terkontang kanting.
Mereka tak ada slip gaji.
Jauh sekali socso mahupun kwsp.Kerjanya keluar pagi balik dinihari.

Dan kalian pula berbicara indah persis pujangga metropolis?
Hanya 20 sen?
Itu pun nak bising?
Kerja lah lebih kuat lagi?
Beribadatlah lebih lagi?
Untuk dimurahkan rezeki?

Ya...
Sembang kalian sembang mereka yang berharta.
Sembang kalian sembang orang yang penuh wibawa.
Sedangkan ada mereka yang facebook pun tiada.
Motor buruk hanya tunggu masa.
Kerja lebih kuat dari si sarjana muda.
Kerja lebih ikhlas dari si phd mahupun master.
Hanya untuk mulut mereka sekeluarga.

Ya..
Mereka tak berharta.
Salah mereka kerana tidak berusaha di zaman muda.
Tapi adakah kita berilmu untuk menjadi penindas mereka?
Kalau itu sistem kehidupan.
Aku rela jadi bodoh dari kalian.
Kerana aku taknak hilang perikemanusiaan....

Spoiler:
# Cybercrookz was here ~fap
Reply
03-09-2013, 09:23 PM,
Post: #4
RE: Harga Minyak Turun 50Sen
barang lama la ko bwk masuk Zzzz
mohon barang baru pliss
Jangan disebabkan ‪#‎Cingey‬ ia menjadi batu yang menghalang untuk kita terus ke depan...
boss
Reply
03-09-2013, 10:39 PM,
Post: #5
RE: Harga Minyak Turun 50Sen
kerana dua posen..abis satu M'sia bising,,,gado2...
macai la...khawarij la..

ape pun tak bole Zzzz
Rajin Belajar Pasti Berjaya
Tiada Kegagalan Setelah Berusaha
Itulah Cara Membalas Jasa
Pengorbanan Guru Dan Keluarga Tercinta
Big Grin

Spoiler:
[Image: 522167_476797252342999_168490270_n.jpg]
Reply
04-09-2013, 03:34 AM,
Post: #6
RE: Harga Minyak Turun 50Sen
Kadang-kadang terasa macam lawak pun ada, pelik pun ada dengan karenah orang Malaysia ni tentang isu kenaikan harga apa saja. Ada sebilangan yang bergaji tinggi marah dan tentang habis-habisan isu kenaikan harga tapi ada pula sebilangan golongan yang bergaji rendah menyokong harga kenaikan.
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Kenapa Warning Level Aku Turun ? parkerhanafi 0 304 05-12-2011, 12:50 PM
Last Post: parkerhanafi
  Sazali! awat hang tak boh minyak? Th3Banjarian 1 411 10-04-2011, 11:34 PM
Last Post: ninja
  Harga TBD.my wan 7 1,519 11-11-2010, 05:16 PM
Last Post: wan
  Muat Turun Ip.MAN dan filem2 Baru yang lain [Mediafire] ninja 0 517 10-05-2010, 05:29 PM
Last Post: ninja

Forum Jump: