Thread Rating:
  • 1 Vote(s) - 5 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Kempen Jolok Sarang Tebuan
03-08-2013, 04:16 AM,
Post: #1
Thumbs Up  Kempen Jolok Sarang Tebuan
KEMPEN JOLOK SARANG TEBUAN... SIAPA DALANGNYA? APA TUJUANNYA?

Adoi la... lepas satu... satu... ada sahaja usaha-usaha memprovokasi. Apa tujuannya? Nak suruh umat Islam melatah dan melompat ke? Kalau dah selalu diprovokasi... akan sampai ke masanya nanti umat Islam buat senyap jer kerana dah tak larat nak respon? Ini ke yang didambakan atau dimahukan oleh geng-geng 'the hidden hand' ?

Di seluruh dunia... hal ini memang terus-terusan berlaku. Di Malaysia pun, hal ini berlaku?

Lihat sahajalah akaun-akaun FB atau blog yang terang-terangan memperlekeh dan menghina Allah dan Islam. Rasanya tak payah la saya sebut contohnya... google sahaja... maka kita akan jumpa berlambak-lambak di Internet.

Pastu... cuba kita ingat-ingat semula. Siswi Islam UPM bertudung memegang sambil bermesra dengan b*** dan anjing dengan selamba (2007), iklan raya TV3 yang mencampuradukkan Islam dengan pelbagai unsur agama lain (2010), budak g** Ariff Alfian Rosli siap dengan baju melayu bercium dengan suami mat sallehnya (2011), dan baru-baru ini kes pelajar sekolah rendah berbangsa India dipaksa makan di dalam “tandas” oleh guru besar gara2 demi menghormati bulan Ramadan dan seorang perempuan Melayu Islam (kali ini tidak bertudung tetapi seperti Ariff Alfian, berbaju Melayu) bermain-main dengan anjing-anjingnya di pagi raya. Inilah antara kes-kes yang dianggap sensasi dan penuh kontroversi telah melanda negara kita sejak akhir-akhir ini.

Kadang-kadang kalau difikirkan mengapa perkara ini harus terjadi dan paling penting mengapa ia perlu dihebahkan (dan siapa dalang @#**@ yang menghebahkannya)?

Bagi kebanyakan orang Islam, mereka biasanya mengambil secara facevalue dan menganggap ianya adalah serangan langsung terhadap umat Islam. Benarkah jika kita mempunyai tanggapan begini?

Tidak terfikirkah kita bahawa ada kemungkinan wujud agenda yang lebih jahat atau sinister di sebalik kes-kes tersebut?

Satu matlamat tersembunyi yang utama ialah untuk menyahpeka (desensitize) masyarakat Islam terhadap perkara-perkara yang pada dasarnya dibenci atau dipandang jijik oleh Islam seperti memegang b*** dan anjing, mempersenda aqidah, kahwin sejenis dan sebagainya. Memang pada masa sekarang umat Islam rata-rata berapi-api membantah tetapi insiden-insiden membantai Islam akan bertambah rancak pada tahun-tahun akan datang! Gerenti punya ini akan berlaku.

Adakah lama kelamaan ia akan menjadi satu yang sebati dengan jiwa rakyat Malaysia dan akhirnya diterima oleh masyarakat Islam sebagai perkara biasa?

Ingat lagi tak komedi 2+1 di mana Imuda bermain watak lelaki yang lembut? Sampai sekarang watak lelaki lembut telah menjadi bahan jenaka seperti dalam Raja Lawak dan sebagainya, sehingga pelakon komedi lelaki ramai yang sanggup memakai pakaian perempuan untuk menghiburkan orang ramai... contohnya Karoot Komedia X dan banyak lagi la rancangan-rancangan TV seumpamanya. Baguskah begini?

Di samping itu, gambar viral ini disasarkan untuk menjatuhkan martabat autoriti beragama Islam. Dalam kes terkini di sebuah sekolah majoriti Melayu-Islam di Sungai Buluh, seorang guru besar dituduh menindas beberapa kerat pelajar India dengan memaksa mereka memakan di dalam tandas. Meskipun tuduhan itu akhirnya terbukti palsu (ia sebenarnya berlaku di bilik persalinan) namun blog seperti FMT dan juga surat khabar berbahasa Inggeris masih cuba mengaitkannya dengan tandas yang kotor. Mengapa?

Berapa tahun yang lalu berita gempar yang terpampang di muka depan surat khabar utama ialah kes guru disiplin sekolah agama yang mendera pelajar sampai mati. Inilah imej yang ingin dipaparkan oleh musuh Islam iaitu guru Islam tak berperikemanusiaan dan tiada toleransi.

Oleh itu... kita sepatutnya sedar... perkembangan ini agak membimbangkan bagi umat Islam di Malaysia terutamanya generasi baru. Bagaimanakah caranya untuk menepis serangan serta provokasi ini? Adakah mereka akan menyerah kalah dan akhirnya tidak mengambil peduli dengan serangan tersebut? Atau adakah mereka akan menegakkan bendera Islam seperti datuk nenek mereka?

Dalam kes Natrah pada tahun 1950 misalnya... dikatakan orang Melayu sejauh Kelantan sanggup berbasikal ke Singapura dan ada juga yang terkorban dalam rusuhan Natrah demimenyelamatkan gadis Islam itu daripada murtad. Walaupun saya tak anjurkan orang Islam untuk merusuh setiap kali diprovokasi, namun sekurang-kurangnya bela-lah agama Islam dalam Internet dan sebagainya. Sambil itu generasi muda boleh berdakwah kepada golongan yang kurang memahami. Jika ada unsur fitnah misalnya memaksa budak sekolah rendah memakan di dalam tandas, ia harus diperbetulkan.

Akhir kata, kepada orang Islam di Malaysia janganlah gentar dengan usaha-usaha jahat musuh Islam di Negara kita mahupun musuh-musuh Islam Internasional seantero dunia. Janganlah tertanya-tanya “mengapa orang orang bukan Islam membenci Islam padahal ini Negara Islam?”.. Inilah seperti yang dijanji oleh Allah dalam al-Quran:

Kamu sungguh-sungguh akan diuji terhadap hartamu dan dirimu. Dan (juga) kamu benar-benar akan mendengar dari orang-orang yang diberi al-Kitab sebelum kamu dan dari orang-orang yang mempersekutukan Allah, gangguan yang banyak yang menyakitkan hati. Jika kamu bersabar dan bertakwa, maka sesungguhnya yang demikian itu termasuk urusan yang patut diutamakan [Âli 'Imrân/3 : 186]

Semoga hubungan kita sesama Islam akan bertambah akrab walaupun dilanda perkara-perkara seperti ini. Fikir2 kan la yer...

source
Code:
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=682438551770319&set=a.527432220604287.140268.526083300739179&type=1&permPage=1

Public Secret - Allahu'alam... Wassalam.
"hidup umpama roda harini orang baling taik kat kita.. esok orang yang baling taik tu kena baling taik 2-3 kali ganda lagi banyok.."
Reply
03-08-2013, 06:36 AM,
Post: #2
RE: Kempen Jolok Sarang Tebuan
Update sikit...

budak2 india yang makan kat tandas kononya..itu bukan tandas, tpi bilik persalinan. GayFace
tiada mangkuk tandas yang wujud. politik je lebih.

The hidden hand? Iluminiti?
what ever, apa saje yang korang nak panggil, tpi mereka berjaya memecahbelahkan umat Islam.
Rajin Belajar Pasti Berjaya
Tiada Kegagalan Setelah Berusaha
Itulah Cara Membalas Jasa
Pengorbanan Guru Dan Keluarga Tercinta
Big Grin

Spoiler:
[Image: 522167_476797252342999_168490270_n.jpg]
Reply
03-08-2013, 09:05 AM,
Post: #3
RE: Kempen Jolok Sarang Tebuan
ceh, manusia mna la yng tulis nih, ada fact dia yng x betul ;d
Reply
03-08-2013, 10:42 AM,
Post: #4
RE: Kempen Jolok Sarang Tebuan
Pelakon lelaki selalu dapat karakter perempuan dan berpakaian macam perempuan dah makin banyak skrg nih ~cr1
Walaupun dianggap sebagai sejenis hiburan tapi dalam jangka masa yg panjang benda yg kecik pon akan nampak kesanya Hmm
  ▲  ʙᴇ ɴɪᴄᴇ ᴛᴏ ᴏᴛʜᴇʀs
▲ ▲ ( ⌣́,   ⌣̀ )\(^◡^ )[Image: ?r=OrangeCoral]

Reply
03-08-2013, 05:57 PM,
Post: #5
RE: Kempen Jolok Sarang Tebuan
Illuminati detected ;d
Reply
03-08-2013, 09:55 PM,
Post: #6
RE: Kempen Jolok Sarang Tebuan
;d. .
love u
[Image: bot.gif]

PHP Code:
printf(“Goodbye world \n”); 
Reply
04-08-2013, 11:39 AM,
Post: #7
RE: Kempen Jolok Sarang Tebuan
mmg x dapat dinafikan lagi semua yg terjadi ni merupakan kempen dari musuh2 Islam..oleh yg demikian maarilah kita melakukan kempen tebuan menyengat pula.. mereka meminta, kita memberi..bukankah harmoni begitu?
Reply
04-08-2013, 02:05 PM,
Post: #8
RE: Kempen Jolok Sarang Tebuan
(04-08-2013, 11:39 AM)sil Wrote: mmg x dapat dinafikan lagi semua yg terjadi ni merupakan kempen dari musuh2 Islam..oleh yg demikian maarilah kita melakukan kempen tebuan menyengat pula.. mereka meminta, kita memberi..bukankah harmoni begitu?

betul tu..boss

bak kata pepatah...

Orang menjual, kita membeli..
orang nak merasa...kita pun memberi..

GayFace
Rajin Belajar Pasti Berjaya
Tiada Kegagalan Setelah Berusaha
Itulah Cara Membalas Jasa
Pengorbanan Guru Dan Keluarga Tercinta
Big Grin

Spoiler:
[Image: 522167_476797252342999_168490270_n.jpg]
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Kempen Solat Subuh Berjemaah Stynx 0 426 08-07-2011, 03:12 PM
Last Post: Stynx

Forum Jump: