Thread Rating:
  • 2 Vote(s) - 5 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Tazkirah Harian
28-06-2013, 02:43 PM,
Post: #1
Tazkirah Harian
Thread ini diwujudkan utk segala perkongsian tazkirah harian dikalangan ahli2 TBD. Diharapkan boleh la share apa yg patut bila korang di surau atau dimasjid dan post tazkirah di thread ini.Biar aku start dlu ^^

==============================================================================
Tarikh: 27 Jun 2013
Tempat: KL

KISAH BENAR

Malam tadi,sempena menyambut ramadhan al-mubarak bulan depan, di office aku ada buat sedikit majlis tahlil.So,ada seorang ustaz memberi sedikit tazkirah dan bercerita ttg kawan dia dimana sudah ke rahmatullah.

Diceritakan,kawan ustaz ini adalah seorang usahawan yang berjaya,memiliki kekayaan dan sebagainya,cuma yg amat menyedihkan adalah arwah suka sangat mencarut dgn kata2 kesat.

Di pejabat mencarut,di rumah mencarut ,tidak kira siapa pun bila dia marah akan mencarut.

Dengan kuasa Allah SWT,suatu hari kawan ustaz ni accident dan sebelah mata nya terkeluar.Bila dimasukkan ke hospital,dia disahkan koma oleh doktor.

Apabila koma,mulut arwah tidak berhenti henti mengatakan bahasa bahasa kotor iaitu mencarut.

Isteri arwah pada masa itu tiada disisi beliau dan ibu arwah lah yang selalu membaca yassin pada saat arwah dlm keadaan koma.

15 hari berturut turut arwah berada dlm keadaan koma dgn setiap detik mengatakan ayat-ayat mencarut,tiba lah masa arwah meninggal dunia.

Nauzubillah Minzalik. Jauhikan la diri kita daripada berkata kata kesat (mencarut) dan jauhilah daripada berkata kata ttg perkara yang negatif.Kerana setiap perkataan disebut akan masuk kedalam hati kita.Secara tak langsung hati boleh jadi gelap dan syaitan akan membisik ke dlm hati sanubari setiap manusia.

Di ingatkan juga,selain berkata kata..Berjaga jagalah dgn jari jemari anda yg memegang keyboard.Kepada "keyboard warriors" yang selalu mengata atau menulis tidak kira dari segi apapun,fitnah,mencarut,mengutuk dan apa2 yg negatif tidak jauh beza dgn mereka yg berkata kata.Kerana setiap penulisan di alam cyber,adalah datang dari otak dan hati anda.

Sekian,
visz
"Tanda ilmu itu berkat ialah semakin tinggi ilmu kita,semakin tunduk rendah kita bertawaduk kepada Allah dan juga sesama manusia.Merasakan betapa hebatnya Allah dan tinggi ilmuNya sehingga kita berasa betapa kerdilnya ilmu kita"
[Image: 2770527825.png]
Reply


Forum Jump: