Thread Rating:
  • 1 Vote(s) - 5 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
MOTM Julai 2013 - smael
28-06-2013, 12:44 AM,
Post: #1
Star  MOTM Julai 2013 - smael
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,berikut adalah seisi interview bersama smael. Tahniah smael kerana dipilih sebagi Mentor Of the Month Edisi Kedua bulan Julai 2013 !

Quote:visz: Bole kita start interview skrg? Big Grin

smael: bole

visz: okay,soalan pertama;boleh bagitau serba sedikit ttg smael?bekerja dimana?umur brapa?

smael: saya keberatan untuk menjawab soalan peribadi.. tapi umur dah agak tua sikit Smile

visz: okay bagaimana tmpt bekerja? anda bekerja sebagai apa?

smael: keje aku berkaitan dgn malware; analysis, detection and removal

visz: =)

smael: boring sebenarnya keje tu, ehehe

visz: alright Smile , boleh bgtau bagaimana smael tahu ttg forum TBD.my dr awal ?
visz: lulz boring ke?aku rasa mcm cool je,haha

smael: lupa mcm mana jumpa forum ni, melalui cikgu fatah rasanya

visz: dr ittutor ke atau putera?

smael: kenal fatah kat forum putera 10 tahun lepas, tapi jumpa tbd baru tahun lepas

visz: owh ok2 Smile .. kalau kita tgk nick smael di tbd nie more to RCE..which is pada aku quite new juga la..salah satu pendekatan yang amat baik sekali utk memperkenalkan RCE..boleh smael cerita sedikit ttg apa bagusnya belajar RCE dr segi praktikal dan teori ?

smael: Reverse Code Engineering ialah teknik utk memahami kod yang ditulis orang lain, terutama sekali executable binary sebab kita takde source codes yang asal.
smael: RCE adalah teknik, boleh digunakan untuk benda yang baik seperti malware/vulnerability analysis.
smael: Dan jugak benda yang 'kurang' baik seperti software cracking, etc

visz: adakah ianya secara tidak langsung apabila melihat source code yang ditulis ,kita boleh memahami dan membuat source code sendiri ?

smael: Ya, tepat sekali.
smael: Sebagai contoh ReactOS

visz: I see, utk pertama kali bila aku tgk ASM,language ni agak sukar jikalau dibandingkan dgn language yang lain,adakah ada cara lain yang boleh membuatkan seseorang yang baru ingin menceburi dalam teknik/bidang sebegni mendalaminya dgn cara yang mudah dan simple?
visz: reactOS? ok first time dgr ;d ..adik beradik centOS ke?

smael: http://www.reactos.org/
smael: Clone kepada windows, antara projek RCE terbesar abad ini Smile

visz: adakah reactos boleh dikatakan as a backup of windows? dan apa sebab reactOS perlu diwujudkan ?

smael: Aku tak tau sangat pasal ReactOS.. dia orang sayang windows kut, tapi tak suka microsoft Big Grin
smael: Berbalik kepada asm, tak susah sangat pun.

visz: haha tp bila reactOS boleh dikaitkan dgn teknik RCE,that is actually awesome Smile
visz: apekah aspek paling penting utk memahami RCE secara keseluruhannya ya?
visz: boleh berikan tips2?

smael: Kemahiran untuk membaca dan memahami source codes.. tak kiralah disassembled code ke, obfuscated javascript ke
smael: PC dan Mac pakai processor intel, jadi target yang terbesar untuk reverser ialah x86 assembly language. Selain intel, platform lain yang besar ialah ARM.

visz: jadi processor yg ada didalam setiap PC adalah assembly language ?
visz: maksud aku ianya diconfigure in that language?betul ?

smael: Salah terminology kut... Big Grin
smael: Processor hanya faham machine code jer
smael: iaitu dalam betul nombor
smael: asm ialah direct translation kepada nombor2(atau code) tersebut
smael: sebagai contoh, 83C4 04 -> ADD ESP,4
smael: kita boleh faham ADD ESP, 4. Tapi nak baca 83C4 04, masalah la sket sebab kita bukan robot Smile

visz: haha ok2,direct translate rupanya..ok2 baru aku faham Smile
visz: make sense ~

smael: programming ni macam maths jugak la, kena banyak latihan

visz: kiranya xperlu tahu calculus sgt la??engineering math or math biasa pun bole kan? Big Grin

smael: tak perlu calculus, arithmethic and logic je
smael: untuk dipanggil sebagai newbie reverser especially untuk platform windows, banyak korang kena belajar.
smael: sebab tu ramai yang give up kut
smael: first kena belajar asm, pastu belajar teknik debugging, belajar pasal windows tu sendiri, PE file format.

visz: oh ok2,so smael..next question...Adakah anda rasa RCE perlu dikembangkan lagi di malaysia jikalau nak dibandingkan dgn negara negara lain,dan apekah bagusnya belajar RCE dan jadikan teknik ini sebagai satu kerjaya ?
visz: first aku belajar asm mmg pening,,tp kalau minat,aku rasa tiada masalah Smile

smael: Kat malaysia tak banyak kompeni yang nak reverser. Biasanya kompeni antivirus jer la.
smael: Kat luar kira agak banyak jugak termasuklah offensive security

visz: jadi boleh dikatakan,teknik RCE amat diperlukan di setiap AntiVirus company,betul ?
visz: dan juga cybersecurity

smael: ya, core requirement untuk malware/exploit analysis

visz: alright...baru kita tau betapa cool nya teknik RCE ni Big Grin
visz: ok smael,last question utk kau...

smael: cool
smael: penat dah aku menjawab

visz: Ada sedikit nasihat atau kata kata yang boleh diberi kepada sesiapa di luar sana,especially TBDIANS yang baru nak jinakkan diri dgn RCE dan aku rasa kau xde masalah kan dijadikan mentor utk mereka2 yg baru belajar? ;d

smael: RCE bukan rocket science, tapi takde la semudah ABC. Kena banyak membaca, rajin buat latihan. Yang paling penting, jangan cepat putus asa. Kalau tak faham sesuatu, forum TBD boleh membantu anda Smile

visz: Terbaik Thumbs Up ... dan akhir sekali,tahniah smael kerana dicalonkan sebagai MOTM bulan Julai 2013 !!!!
smael: Thumbs Up
"Tanda ilmu itu berkat ialah semakin tinggi ilmu kita,semakin tunduk rendah kita bertawaduk kepada Allah dan juga sesama manusia.Merasakan betapa hebatnya Allah dan tinggi ilmuNya sehingga kita berasa betapa kerdilnya ilmu kita"
[Image: 2770527825.png]


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
Star MOTM Jun 2013 - shahril RFC792 0 617 26-05-2013, 11:22 PM
Last Post: RFC792
Exclamation MOTM RFC792 25 4,713 14-03-2013, 04:35 PM
Last Post: RFC792
Star MOTM Disember 2011 - hєχяυт RFC792 0 1,488 21-12-2011, 10:32 PM
Last Post: RFC792
Star MOTM Oktober 2011 - Taz RFC792 0 961 16-11-2011, 02:08 AM
Last Post: RFC792
Star MOTM November 2011 - 404myth RFC792 0 1,052 29-10-2011, 09:28 PM
Last Post: RFC792
Star MOTM September 2011 - anthrax RFC792 0 1,212 31-08-2011, 05:41 PM
Last Post: RFC792
Star MOTM Ogos 2011 - hotfloppy ak47suk1 0 1,312 31-07-2011, 09:15 PM
Last Post: ak47suk1
Star MOTM Julai 2011 - p0pc0rn RFC792 5 2,021 03-07-2011, 12:48 AM
Last Post: RFC792

Forum Jump: