Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Perihal rupa Rasulullah (s.a.w.) dari riwayat Saiyidina Ali (r.a.)
24-06-2013, 03:08 PM, (This post was last modified: 24-06-2013, 03:17 PM by zacxzone.)
Post: #1
Star  Perihal rupa Rasulullah (s.a.w.) dari riwayat Saiyidina Ali (r.a.)
[Image: muhammad_alayhi_s-salam.jpg]

Diriwayatkan daripada Ibrahim Ibn Muhammad (rahmatullah'alaihi), cucunda kepada Ali (r.a.) bahawa bilamana Ali (r.a.) menceritakan perihal rupa Rasulullah (s.a.w.), beliau selalu menyebut bahawa:

"Rasulullah (s.a.w.) tidak tersangat tinggi dan tidak juga tersangat rendah tetapi memiliki tubuh-badan sebagaimana yang terdapat pada orang-orang yang sederhana.

Rambutnya tidak terlampau lurus dan tidak juga terlampau berketak-ketak tetapi berkeadaan berombak-ombak(ikal).

Badannya tidak gemuk. Begitu jugalah wajahnya tidak bulat tetapi bujur. Warna wajah Rasulullah (s.a.w.) biasa dengan sedikit kemerah-merahan.

Matanya tersangat hitam dan bulu keningnya panjang.

Tulang tulang sendi di badanya tebal (besar)-(pergelangan tangan, siku lutut). Bahagian di antara kedua-dua bahu dipenuhi daging-daging (berisi).

Badan Rasulullah (s.a.w.) tidak berbulu - tidak ada bulu-bulu seluruh tubuh badannya, walau bagaimanapun terdapat suatu barisan bulu daripada dada terus ke pusat.

Tangannya yang mulia penuh dengan isi-isi daging.

Apabila Rasulullah (s.a.w.) berjalan, Baginda akan melangkah ke hadapan dengan kukuhnya, seolah-olah baginda berjalan menuruni tanah curam, menurun daripada tempat yang tinggi ke tempat yang rendah.

Apabila baginda menumpukan perhatiannya kepada seseorang, baginda melakukannya dengan seluruh jasadnya (iaitu bukanlah seperti seorang yang bangga diri yang memandang sambil lewa sahaja atau menyorot dengan mata sahaja tetapi baginda akan memusingkan seluruh tubuhnya yang mulia dan menoleh mukanya yang bercahaya untuk memberikan perhatian).

Di antara dua bahunya terdapat tanda kenabian. Pangkat kenabian berakhir padanya.

Baginda terlebih dermawan daripada segala makhluk dan paling dipercayai percakapannya dan terlebih lembut hatinya daripada semua manusia. Baginda adalah daripada golongan keluarga yang paling mulia."

sumber: http://khadamilmu.blogspot.com/2013/06/p...-dari.html
MENCARI ILMU HINGGA AKHIR HAYAT INSYAALLAH~

KHADAM ILMU
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Cara Makan Rasulullah S.A.W Stynx 14 3,093 23-03-2013, 10:19 PM
Last Post: MadT0yz
  20 hadis palsu popular riwayat Facebook Nimda7 29 7,006 05-07-2012, 07:24 PM
Last Post: matz
  Kisah iblis terpaksa bertemu Rasulullah s.a.w. shadowmacx 0 463 08-06-2012, 06:03 PM
Last Post: shadowmacx
  Orang giler yg gilerkan perihal tarikh lahir.. sil 13 2,389 19-03-2011, 02:42 AM
Last Post: 404myth
  Cara Amalkan Sesuatu Dari Al-Quran ninja 0 1,058 13-12-2010, 03:58 PM
Last Post: ninja
  SURAT DARI IBLIS LAKNATULLAH... aa 11 3,610 31-10-2010, 06:02 PM
Last Post: izwatuljannah
  Belajar computer/security/hacking/cracking dari Al-Quran? cermin 6 1,608 19-06-2010, 04:35 AM
Last Post: RFC792
  Al-Qur’an Dan Islam Dari Kacamata Barat aa 1 931 04-06-2010, 02:38 PM
Last Post: ninja
  Semangat Juang Sahabat2 Rasulullah S.A.W aa 2 1,497 03-06-2010, 01:53 AM
Last Post: aa
  Warkah Dari Malaikat Azazil ninja 2 1,280 19-05-2010, 09:54 PM
Last Post: Stynx

Forum Jump: