Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Hukum Solat Berjemaah Mengikut Pandangan Empat Mazhab Utama
29-05-2013, 07:29 PM, (This post was last modified: 23-06-2013, 08:49 PM by matz.)
Post: #1
Hukum Solat Berjemaah Mengikut Pandangan Empat Mazhab Utama
Hukum Solat Berjemaah Mengikut Pandangan Empat Mazhab Utama.

Penulisan ini bukan bertujuan untuk mencari hukum paling shahih dan tepat, tetapi untuk menyedarkan masyarakat betapa besarnya kedudukan solat berjemaah dari kaca mata ulama’-ulama’ Islam silam yang muktabar.

PERTAMA


PANDANGAN ULAMA-ULAMA’ MAZHAB SYAFIE
Spoiler:

> Pendapat Imam Syafi’e

Kata Imam Syafi’e dalam kitab Al-Um : “Sesungguhnya saya tidak pernah memberi Rukhsah kepada sesiapa yang mampu melaksanakan solat berjemaah untuk meninggalkannya melainkan dia uzur.”

> Pendapat Sebahagian Pakar Hadith Bermazhab Syafie’e

Berkata Imam al-Nawawi ketika menyebut pendapat-pendapat ulama’ Syafi’e mengenai solat berjemaah: “Mengikut pendapat golongan ketiga sesungguhnya solat berjemaah adalah fardhu Ain. Tetapi solat berjemaah bukanlah merupakan syarat sah solat fardhu. Di antara ulama’ yang termasuk di dalam golongan ketiga ini ialah Imam Abu Bakar Ibnu Khuzaimah dan Imam Ibnu Munzir ( Al-Majmu’ Syarhu al-Muhazaab, Jilid 4/75).

Dalam kitab Fathu al-Baari, Jilid 2/126, al-Hafiz Imam Ibnu Hajar berkata: “Di antara ulama’ hadith bermazhab Syafi’e yang berpendapat bahawa solat berjemaah adalah fardhu ‘Ain ialah Imam Abu Thaur, Imam Ibnu Khuzaimah, Imam Ibnu Munzir dan Imam Ibnu Hibban.”

> Pendapat Imam al-Nawawi

Dalam kitab Al-Majmu’, Jilid 4/75, beliau menerangkan bahawa berjemaah merupakan fardhu Ain dalam solat Jumaat. Tetapi, bagi solat-solat fardhu, ulama’ mazhab Syafi’e telah berselisih kepada tiga dan pendapat yang paling shahih ialah menghukumkan solat fardhu berjemaah adalah fardhu kifayah.

Namun begitu, sila rujuk kenyataan Al-Syeikh Sulaiman Al-Jamal.

> Kenyataan Al-Syeikh Sulaiman Al-Jamal

Dalam kitab Hasyiah al-Jamal ‘ Ala Matni al-Syeikh Abi al-Syuza’, Jilid 1/193, beliau menghuraikan bahawa fardhu kifayah di sini bermaksud kefardhuan tersebut akan terlepas setelah solat berjemaah dilaksanakan oleh mukallaf tertentu. Walaubagaimanapun, ianya tetap dihukumkan makruh ke atas orang yang meninggalkan solat berjemaah dengan sengaja. Menurut beliau, ini berdasarkan kata-kata Imam al-Nawawi dalam kitabnya al-Minhaj yang berbunyi : “Tidak ada rukhsah iaitu keharusan (bagi mukallaf yang tidak ada keuzuran Syari’e) untuk meninggalkan solat fardhu berjemaah.”




KEDUA

PANDANGAN ULAMA-ULAMA’ MAZHAB HAMBALI
Spoiler:


Pendapat Imam Ahmad Bin Hambal

Berkata Imam Ahmad bin Hambal: “Seorang mukallaf yang meninggalkan solat berjemaah dengan sengaja adalah seorang lelaki yang buruk akhlaknya.” (Kitab: Al-Ausat Fi al-Sunan Wa al-Ijma’ Wa al-Ikhtilaf – Imam Ibnu al-Munzir, Jilid 4/138)

Pendapat Imam Muwaffiq Al-Din, Ibnu Qudamah

Berkata Imam Muwaffiq al-Din, Ibnu Qudamah: “Solat fardhu berjemaah adalah wajib ke atas setiap mukallaf.” (Al-Mughni, Jilid 3/5)

Pendapat Imam Syamsuddin Ibnu Abi Umar Ibnu Abi Qudamah Al- Muqadissy

Beliau berpendapat “Solat fardhu berjemaah adalah wajib ke atas setiap lelaki yang mukallaf.” (Al-Syarh al-Kabir, Jilid 2/2)

Pendapat Ibnu Taimiah

Berkata Syeik al-Islam Ibnu Taimiah: “ Solat fardhu berjemaah yang didirikan di masjid-masjid merupakan salah satu syiar Islam yang unggul. Ianya juga merupakan suatu Sunnah Nabi yang dapat memberi cahaya petunjuk kepada mukallaf yang beristiqamah dengannya sebagaimana yang telah termaktub dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibnu Mas’ud RA katanya: “Sesungguhnya solat fardhu lima waktu yang didirikan di masjid secara berjemaah merupakan salah satu Sunnah Nabi yang memberi petunjuk.” (Majmu’ al-Fataawa, Jilid 23/250-251)

Katanya lagi: “Seluruh ulama’ Islam bersepakat menegaskan bahawa solat fardhu berjemaah merupakan salah satu ibadat yang mesti diberi perhatian yang serius oleh umat Islam. Kebanyakan Ulama’ Salaf, ulama’ hadis seperti Imam Ahmad bin Hambal, Imam Ishak dan lainnya, segolongan ulama’ mazhab Syafi’e dan lainnya berpendapat bahawa ianya fardhu ‘Ain. Pendapat yang paling tepat dan shahih dalam mazhab Syafi’e pula menyatakan bahawa ianya adalah fardhu kifayah.”

Bagi mukallaf yang berterusan meninggalkan solat fardhu berjemaah, dia dikategorikan sebagai seorang lelaki yang buruk akhlaknya. Ianya mesti dipulau dalam masyarakat. Bahkan harus bagi pemerintah mengenakan hukuman tertentu ke atasnya. Orang seperti ini hendaklah ditolak penyaksiannya walaupun ada segolongan ulama’ mengatakan bahawa solat fardhu berjemaah hanyalah sunat Mu’akkad.
(Ibid, Jilid 23/251-252)

Suatu ketika Imam Ibnu Taimiah telah ditanya mengenai seorang lelaki yang tinggal berhampiran dengan masjid tetapi tidak pernah datang ke masjid untuk solat fardhu berjemaah dengan alasan sibuk menguruskan perniagaan di kedainya.

Jawabnya: “Alhamdulillah. Lelaki ini hendaklah diperintahkan supaya melakukan solat fardhu berjemaah bersama kaum muslimin di masjid. Jika dia tidak menunaikan solat fardhu berjemaah jugak, maka hendaklah diminta supaya dia bertaubat.
Jika dia enggan juga bertaubat maka ianya mestilah dijatuhkan hukuman bunuh. Apabila telah terbukti bahawa dia seorang yang sentiasa mengabaikan solat fardhu berjemaah, maka kita tidak boleh lagi menerima kata-katanya yang berbunyi: “Bila selesai kerja, saya akan solat.” Bahkan sesiapa saja yang telah nyata dan jelas pendustaan dan pembohonganya sebelum ini, maka percakapannya tidak boleh diterima dan ianya mesti dihukum dengan hukuman yang telah ditetapkan oleh Allas SWT dan RasulNya. (Ibid, Jilid 23/254. Al-Fatawa al-Kubra, Jilid 2/279)





KETIGA
PANDANGAN ULAMA-ULAMA’ MAZHAB MALIKI
Spoiler:


Pendapat Al-‘Allamah Khalil Bin Ishak

Berkata al-‘Allamah Khalil bin Ishak: “Solat fardhu berjemaah selain solat Jumaat, hukumnya adalah sunat.” (Muktsor Khalil, Jilid 1/255)

Pendapat Al-Hafiz Ibnu Juzaa Al-Ghurnaathi

Al-Hafiz Ibnu Juzaa al-Ghunaathi pula berpendapat: “Solat fardhu berjemaah adalah sunat Mu’akkad, tetapi Mazhab al-Zahiri telah mewajibkannya ke atas setiap orang mukallaf.” (Qawanin al-Ahkam al-Syar’iah Wa Masaaila al-Furu’ al-Fiqhiah, m/s 83)

Kenyataan Al-‘Allamah Ahmad Bin Muhammad Al-Dardir

Berkata al-‘Allamah Ahmad bin Muhammad al-Dardir: “Melaksanakan solat fardhu berjemaah, walaupun berjemaah untuk qadha solat fardhu atau menunaikan solat yang fardhu kifayah secara berjemaah seperti solat jenazah selain daripada solat Jumaat maka hukumnya adalah sunat muakkad.” (Al-Syarh al-Soghir’ Ala Aqrab al-Masaalik Ila Mazhab al-Imam Malik, Jilid 1/578)

Kenyataan Al-Syeikh Soleh Abdu Al-Samii’ Al-Aaba Al- Azhari

Berkata l-Syeikh Soleh Abdu a;-Samii’ al-Aaba al-Azhari: “Solat fardhu berjemaah selain solat Jumaat hukumnya adalah sunat mu’akkad.” (Jawahir al-Iklil Syarh Mukhtasor Khalil, Jilid 1/76)




KEEMPAT
PENDAPAT ULAMA’ MAZHAB HANAFI
Spoiler:

Pendapat Al-Allamah ‘Alaa’u Al-Din Al-Samarqandi

“Sesungguhnya solat fardhu berjemaah adalah wajib, tetapi sebahagian ulama’ mazhab kami menamakan hukum wajib ini dengan nama sunat Mu’akkad. Namun pada hakikatnya walupun nama berbeza tetapi maknanya tetap sama iaitu diberi pahala si pelakunya dan mendapat dosa ke atas yang meninggalkanya.
Dalilnya ialah berdasarkan amalan Nabi SAW sendiri yang istiqamah melakukan solat fardhu berjemaah. Begitu juga para sahabat baginda. Kesemua mereka mengingkari sesiapa yang meninggalkannya dengna sengaja. (Tuhfah al-Fuqaha’, Jilid 1/358)

Pendapat Imam Abu Bakar Al-Kaasaani

“Keseluruhan ulama’ kami berpendapat bahawwa solat fardhu berjemaah adalah wajib. Al-‘Allamah al-Karkhi pula berpendapat bahawa hukumnya sunat dengan hujah daripada hadith “Solat berjemaah lebih afdhal daripada solat berseorangan sebanyak 27 kali ganda.” Hadith ini menerangkan mengenai fadhilat solat berjemaah dan bermaksud bahawa solat fardhu secara berjemaah hanyalah sunat.
Namun, Al-Kaasaani menerangkan lagi, hujah mereka yang mengatakan solat fardhu berjemaah adalah wajib ialah berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud:

“Ruku’lah kamu semua bersama orang-orang yang ruku’. ”

Ayat ini membawa maksud bahawa ruku’ itu mesti dilakukan secara berjemaah. Selain itu, perintah daripada Allah SWT itu memberi makna wajib melakukan solat fardhu secara berjemaah.

Mereka juga berhujah dengan sebuah hadith Nabi SAW yang bercita-cita mahu membakar rumah orang-orang yang meninggalkan solat berjemaah walaupun mendengar azan. Amaran atau ugutan keras seperti ini daripada Rasulullullah SAW tidak akan berlaku melainkan jika meninggalkan perkara wajib. (Badai’u al-Sonaa’ei Fi tartib al-Syaraa’ei, Jilid 1/155.

Kemudian, Imam al-Kaasaani menerangkan perselisihan di antara mazhab Hanfi dan al-Karkhi mengenai hukum solat fardhu berjemaah. Katanya, perselisihan yang berlaku cuma dari segi ungkapan sahaja kerana mazhab kami berpendapat bahawa sunat mu’akkad dan wajib adalah sama status hukumnya lebih-lebih lagi terhadpat perkara yang berkaitan dengan syiar Islam.

Jelaslah di sini bahawa tafsiran solat fardhu berjemaah hukumnya sunat membawa maksud wajib, sebagaimana kata al-Karkhi: “Solat fardhu berjemaah adalah sunat, tetapi tidak seorang pun diberikan kemudahan untuk meninggalkannya kecuali kerana uzur.” (Ibid. Jilid 1/155)

Pendapat Imam Burhanuddin Al-Marghinaani

Kata Imam Burhanuddin Ali bin Abu Bakar al-Marhinaani: “Solat fardhu berjemaah adalah sunat Mu’akkad.” (Bidayah al-Mubtadi, Jilid 1/124)

Pendapat Abu Al-Fadhl Abdullah Al-Muusili

Berkata Abu al-Fadhl Abdullah al-Muusili: “Solat fardhu berjemaah adalah sunat Mu’akkad”.
Walaubagaimanapun, tiada seorang Mukallaf pun yang diberi rukhsah untuk meninggalkannya kecuali kerana uzur berdasarkan hadith Nabi SAW yang mahu membakar rumah-rumah orang yang sengaja meninggalkan solat berjemaah.
Katanya lagi, Jika penduduk di sesuatu tempat meninggalkannya, maka hendaklah pemerintah mengarahkan mereka melakukannya. Jika mereka ingkar, mereka semua mestilah diperangi.



-------------------------------
Rujukan

Solat Berjemaah Asas Kekuatan Peribadi, Masyarakat dan Ummah
Ustaz Mohammad Subki Abdul Rahman Al-Hafiz
Ma'ahad Tahfiz Darul Quran Wal-Qiraat, Pasir Mas, Kelantan
Rajin Belajar Pasti Berjaya
Tiada Kegagalan Setelah Berusaha
Itulah Cara Membalas Jasa
Pengorbanan Guru Dan Keluarga Tercinta
Big Grin

Spoiler:
[Image: 522167_476797252342999_168490270_n.jpg]
Reply
23-06-2013, 08:53 PM,
Post: #2
RE: Hukum Solat Berjemaah Mengikut Pandangan Empat Mazhab Utama
*bump

Lengkap sudah thread ini, sebarang pencahayaan sila reply thread ini.

Wallahu'alam.

Spoiler:
p/s: disebalik rahsia kejayaan ialah menegakkan solat fardhu berjemaah,
jika solat fardhu berjemaah masih tidak ditegakkan, bagaimana Allah mahu memberikan kejayaan?

Lebih 50 tahun perjuangan mereka, sampai hari ini masih tidak berjaya. kbai
Rajin Belajar Pasti Berjaya
Tiada Kegagalan Setelah Berusaha
Itulah Cara Membalas Jasa
Pengorbanan Guru Dan Keluarga Tercinta
Big Grin

Spoiler:
[Image: 522167_476797252342999_168490270_n.jpg]
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Panduan Solat Tarawih matz 16 7,430 10-07-2013, 12:06 AM
Last Post: shadowmacx
  [Ask] Apa hukum bela anjing kalu kes mcm Pak Mie? JejakaPemalu 20 2,296 11-04-2013, 06:45 AM
Last Post: matz
  Panduan Solat Jenazah (Ringkas) matz 5 2,390 05-04-2013, 09:19 PM
Last Post: whcool
  Hukum Melakukan Qaza' sykess 13 1,573 22-08-2012, 12:25 PM
Last Post: tholib
  Solat Sunat Tasbih whcool 0 614 10-08-2012, 11:12 PM
Last Post: whcool
  [Ustaz Azhar] Hukum Cium Mulut Dengan Couple. KopiahJo 22 3,756 14-07-2012, 03:28 PM
Last Post: KukuBesi
  Jangan Mudah Tinggalkan Solat Jumaat. KopiahJo 9 1,419 14-07-2012, 11:45 AM
Last Post: tholib
  Hukum Pakai Nose Up XdeathX 15 4,149 22-06-2012, 05:44 PM
Last Post: XdeathX
  Solat Dan Warna Alam ninja 7 1,692 14-04-2012, 07:01 PM
Last Post: ninja
  Solat Sambil Dukung Anak ninja 12 2,547 11-02-2012, 11:33 AM
Last Post: ninja

Forum Jump: