Thread Rating:
  • 1 Vote(s) - 5 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
[TUTORIAL] Install Kali linux Dual Boot & VMWare
13-05-2013, 06:11 PM, (This post was last modified: 13-05-2013, 07:12 PM by hazard74.)
Post: #1
Rainbow  [TUTORIAL] Install Kali linux Dual Boot & VMWare
Assalamualaikum & salam sejahtera kepada warga Tbd Smile

Penerangan: Didalam tutorial ini saya akan ajar cara-cara untuk buat Dual Boot diantara Windows 7 & Kali Linux OS, tidak lupa juga cara nak install Kali Linux dalam VMWare Workstation.

Situasi 1: Dalam komputer ni sudah siap ada Windows 7, tapi kita nak masukkan Kali Linux OS. Tutorial ini akan ajarkan cara nak install Kali Linux OS ke dalam computer yang sudah ada Windows 7.

Situasi 2: Install Kali Linux dalam VMWare Workstation.

Keperluan:
1. Kali Linux ISO IMAGE TYPE: ISO!
2. Image Writer for Windows
3. VMWare Workstation
Download: PART 1, PART 2, PART 3
4. Pendrive 4GB

TUTORIAL START

Situasi 1:

1. Buat partition untuk install system Kali.
[Image: ARd6Bkn.png?1]

2. Right klik pada partition yang korang nak dan pilih "Shrink".
Function shrink ni dia akan bahagiankan partition korang kepada 2 bahagian, 1 Partition keadaan normal just korang size sahaja, 1 lagi bahagian akan jadi "Unallocated" (Note: aku syorkan lakukan disk defragment dulu sebelum lakukan shrink ni).
[Image: rKCLNBq.png?1]

4. Pilih size partition untuk Kali korang, saya ambil 15Gb, dan kemudian klik "Shrink" (Note: Jangan kurang dari 8GB).
[Image: adLvLVb.png]

5. Sekarang kita dah ada "Unallocated" partition. Siap sudah bahagian partition untuk Kali.
[Image: pAsWONu.png]

6. Jadikan Pendrive sebagai boot untuk Kali.
[Image: PgoUnI0.png]
dan kemudian tekan "Write", tunggu sampai selesai.

7.Lepas da siap "Write" cucuk la kat komputer korang dan tukar boot ke Pendrive korang ^_^
How to change boot order

8. Pergi ke Installation untuk cara menginstall Kali.

Situasi 2:

1. Open VMWare Workstation. File --> New Virtual Machine --> Typical(recommended)
[Image: SGNJwgJ.png]

2. Tekan "Browse.." dan pilih Kali punya iso, kemudian "Next"
[Image: Gdf6gtF.png]

3. Pilih berdasarkan gambar di bawah ni.
[Image: XrJE9ld.png]

4. Namakan "Virtual machine name:" korang, aku namakan "Kali". dan location aku buat default. dan "Next".

5. Size partition terpulang, aku ambik 15GB. (Note: Jangan kurang dari 8GB)
[Image: GYUfQgy.png]

6. Tekan "Customize" dan setting seperti dibawah. Floppy tu kalau nak remove, terpulang. Kemudian tekan "close".
[Image: i1gQhQU.png]

7. Untuk installation refer tutorial bawah ni.

Installation:

1. Paparan pertama yang akan korang jumpa untuk install Kali. Pilih "Graphic Install"
[Image: 0nJdfa1.png]
2. Dan kemudian tekan "Continue".

3. Kalau "Network autoconfiguration failed" tekan je "Continue", dan pilih "Do not configure the network at this time".

4. Untuk Dual Boot ambik pilihan atas sekali iaitu "Use the largest continuos free space".
Untuk VMWare pilih "Guided - use entire disk"

5. "Continue", pilih "All files in one partition (recommended for new users)"

6. pilih "Finish paritition and write changes to disk".

7. Pilih "Write changes to disk".
[Image: 8DJpMY4.png]

8. "Use a network mirror?" pilih "No".

9. Accept untuk "Install GRUB boot loader on a hard disk".

10. lepas dah siap install dia akan restart.
Untuk Dual boot. tolong remove pendrive sebelum "restart".

11. Untuk dual boot, pilih "Debian GNU/Linux, with Linux 3.7-trunk-686-pae" untuk masuk ke Kali OS.

12. Username: root
Password: toor

12. Siap dah, ^_^.
[Image: YHP2bVh.png]

Sebarang masalah bolehlah tanya kat sini. Smile
Respect People, Power of Word. Big Grin
Reply
13-05-2013, 06:14 PM,
Post: #2
RE: [TUTORIAL] Install Kali linux Dual Boot & VMWare
cool tutorial bro Thumbs Up
Quote:Mulakan dengan mendengar, kemudian berfikir, bertanya untuk faham dan amalkan untuk sempurna...
Reply
13-05-2013, 06:16 PM,
Post: #3
RE: [TUTORIAL] Install Kali linux Dual Boot & VMWare
Terima kasih bro Smile
Respect People, Power of Word. Big Grin
Reply
13-05-2013, 06:16 PM,
Post: #4
RE: [TUTORIAL] Install Kali linux Dual Boot & VMWare
tq bro..sgt berguna tuto nie..keep it coming..sbb kita dh lama xtgk tuto dr tbdians
"Tanda ilmu itu berkat ialah semakin tinggi ilmu kita,semakin tunduk rendah kita bertawaduk kepada Allah dan juga sesama manusia.Merasakan betapa hebatnya Allah dan tinggi ilmuNya sehingga kita berasa betapa kerdilnya ilmu kita"
[Image: 2770527825.png]
Reply
13-05-2013, 06:17 PM, (This post was last modified: 13-05-2013, 06:22 PM by hazard74.)
Post: #5
RE: [TUTORIAL] Install Kali linux Dual Boot & VMWare
Ya, saja buat ada masa lapangkan ^_^.
Respect People, Power of Word. Big Grin
Reply
13-05-2013, 07:46 PM,
Post: #6
RE: [TUTORIAL] Install Kali linux Dual Boot & VMWare
nie tutorial, maybe berguna kalau aku nk psng distro tu nnti Smile
Reply
14-05-2013, 08:59 AM,
Post: #7
RE: [TUTORIAL] Install Kali linux Dual Boot & VMWare
nice..mcmana nak install kali bagi menggantikan backtrack yg telah ada di dualbootkan dalam window ye? format terus ke partition yg ada backtrack tersebut?

soalan tambahan, mcmmana nak save setting dan modification yg telah aku buat terhadap beberapa tools yg ada dalam backtrack utk diapplykan ke kali ye?
tanya mcm ni sebab malas nak godek2 semula..GayFace
Reply
14-05-2013, 09:13 AM, (This post was last modified: 14-05-2013, 09:20 AM by hazard74.)
Post: #8
RE: [TUTORIAL] Install Kali linux Dual Boot & VMWare
(13-05-2013, 07:46 PM)shahril Wrote: nie tutorial, maybe berguna kalau aku nk psng distro tu nnti Smile
Smile
(14-05-2013, 08:59 AM)sil Wrote: nice..mcmana nak install kali bagi menggantikan backtrack yg telah ada di dualbootkan dalam window ye? format terus ke partition yg ada backtrack tersebut?
Cara aku macam ni, pergi ke Computer Management --> Disk Management, lepas tu format partition yang ada Backtrack, lps tu reboot and then akan dapat "Error Grub Loader" dan cara nak fixkan benda tu boleh follow step kat sni CLICK ME, kat tutorial tu cek follow tutorial "With the Windows 7 installation DVD" sebab cek ada cd Windows 7.
(14-05-2013, 08:59 AM)sil Wrote: soalan tambahan, mcmmana nak save setting dan modification yg telah aku buat terhadap beberapa tools yg ada dalam backtrack utk diapplykan ke kali ye?
tanya mcm ni sebab malas nak godek2 semula..GayFace
Soalan yang ni cek tak dapat nak jawab, ini dual boot or vmware ye? harap ada la spe2 tolong jawapkan Smile
Respect People, Power of Word. Big Grin
Reply
14-05-2013, 12:40 PM, (This post was last modified: 14-05-2013, 12:41 PM by xsxs.)
Post: #9
RE: [TUTORIAL] Install Kali linux Dual Boot & VMWare
Hmm
btw, hazard74 knp ko shrink kn partition sbb ambe tgk ko up kan kali ni dlm vm kn..
triple boot bule kot sil, psl setting kena lah buat satu2 gamaknya..
xsxs Wrote:"I may contains particular combinations of colors or black and white contrast, may/ may not cause epilepsy, nausea or the urge to do weird things to domestic animals."
EOF
);}
Reply
14-05-2013, 12:44 PM,
Post: #10
RE: [TUTORIAL] Install Kali linux Dual Boot & VMWare
(14-05-2013, 12:40 PM)xsxs Wrote: Hmm
btw, hazard74 knp ko shrink kn partition sbb ambe tgk ko up kan kali ni dlm vm kn..
triple boot bule kot sil, psl setting kena lah buat satu2 gamaknya..
dak la bro, tutorial ni ada 2 part, 1 cara install dual boot, 1 lgi cara install dlm vmware. Shrink tu untuk dual boot sahaja.
Respect People, Power of Word. Big Grin
Reply
14-05-2013, 12:54 PM,
Post: #11
RE: [TUTORIAL] Install Kali linux Dual Boot & VMWare
ic Hmm
aku x tgk abis la ni..Fuck That Shit

btw, nice tutorial mate :d
xsxs Wrote:"I may contains particular combinations of colors or black and white contrast, may/ may not cause epilepsy, nausea or the urge to do weird things to domestic animals."
EOF
);}
Reply
14-05-2013, 01:01 PM,
Post: #12
RE: [TUTORIAL] Install Kali linux Dual Boot & VMWare
LOL
terima kasih bro. Smile
Respect People, Power of Word. Big Grin
Reply
16-05-2013, 01:52 PM,
Post: #13
RE: [TUTORIAL] Install Kali linux Dual Boot & VMWare
makasih atas replynya om..
nampaknya aku kena setting semula la semua tools yg aku dah modified..
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Kali Linux 1.0.6 telah DilePaskan Tron 4 502 13-01-2014, 12:08 AM
Last Post: Tron
  Install and Configure Dropbox on Ubuntu Server zaidroid 0 320 02-01-2014, 12:24 AM
Last Post: zaidroid
  Copy / move handler for linux (GUI) linear 4 644 22-10-2013, 04:25 PM
Last Post: shadowmacx
  Linux NTP Client Server? c0ff33 7 820 16-09-2013, 11:58 PM
Last Post: TRUNASUCI
  Linux vs. BSD red_fox 22 2,136 16-09-2013, 11:48 PM
Last Post: TRUNASUCI
  [ask linux mint]root partition space small pron3t 7 713 11-09-2013, 08:02 AM
Last Post: ak47suk1
  Tgh cari Linux saiz kecil, kurang guna kuasa & sapot bagus c0ff33 15 1,899 06-09-2013, 05:20 PM
Last Post: lowyatt321
  Cara Install Arch Linux - Step by Step HaoRen 10 2,216 06-09-2013, 01:41 PM
Last Post: fatah
  [Help] Ubuntu 12.10 64bit VPS Failed Install GUI whcool 10 1,196 01-05-2013, 07:24 PM
Last Post: whcool
  What things must download in Linux? Yuhang9 10 2,136 28-02-2013, 04:09 PM
Last Post: HaoRen

Forum Jump: