Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Jauhi Pengikut Syiah Ini.
14-06-2013, 12:50 AM,
Post: #31
RE: Jauhi Pengikut Syiah Ini.
Wahabi tu bahaya... = ni sebab tuan kata "enta menulis seperti wahabi itu fahaman sesat!", bukan maksud saya ingin memberi penerangan dan berhenti disitu pun.

Tolonglaahh jangan cepat sangat memandai, berburuk sangka, dan lain2 mazmumah (kita bukan pernah bertemu pun - tiba2 kata tak tahu, membawa masalah) Apa cerita ni? Apakah kamu tahu apa yang ada dalam hati manusia? Apakah kamu tahu perjalanan hidupnya? Apakah kamu tahu matinya bagaimana?. Kita ni dialam maya. Sedangkan bila bertemu mata pun kita bukannya tahu orang itu bagaimana.
Reply
14-06-2013, 06:31 AM, (This post was last modified: 14-06-2013, 07:18 AM by matz.)
Post: #32
RE: Jauhi Pengikut Syiah Ini.
ana tak kata enta tak faham..
ana kata 'orang macam enta'. ana tujukan kepada ramai individu-individu secara umum.
maaf jika enta terasa.

tpi, ana bukan nak enta berhujah. menjawab soalan bukan berhujah.

siapa yang berburuk sangka sebenarnya?
enta bercakap seperti Wahabi itu bahaya. apa yang bahaya?

enta tak takut ianya menjadi fitnah? enta rasa berapa ramai Wahabi di Saudi? enta dah ada hujah untuk bertemu dengan Allah SWT di akhirat nanti dengan menghukum 'Wahabi sebagai bahaya' ?
Berhati-hati dalam menghukum.

Jika enta tidak kenal apa itu Wahabi, mengapa mereka digelar Wahabi, bagaimana mereka bermula..etc diunjurkan supaya mendiamkan diri mengenai mereka.
--------

cukupla ana tengok si fulan dan rakan-rakanya mengumpat ustaz si fulan, menggelar ustaz fulan sebagai Wahabi, memecah belahkan jemaah di masjid, memfitnah dan memulaukan kuliah ustaz si fulan. Berkata ustaz fulan sebagai sesat, sampai sanggup menyorok di dalam tandas masjid hanya kerana 'ustaz Wahabi' itu menjadi Imam. Budaya apa ni??
Tapi, bila tanya apa itu Wahabi, mereka sendiri tak tahu apa itu Wahabi. Ber-taqlid buta.

--------------

Dulu ana pun macam enta, berburuk sangka pada Wahabi, percaya bulat-bulat dengan kata-kata orang lain.

*Sekali lagi, mohon enta menjelaskan apa itu Wahabi. Demi mengelakkan fitnah.
Rajin Belajar Pasti Berjaya
Tiada Kegagalan Setelah Berusaha
Itulah Cara Membalas Jasa
Pengorbanan Guru Dan Keluarga Tercinta
Big Grin

Spoiler:
[Image: 522167_476797252342999_168490270_n.jpg]
Reply
14-06-2013, 07:46 AM, (This post was last modified: 14-06-2013, 08:04 AM by syahmiazhar.)
Post: #33
RE: Jauhi Pengikut Syiah Ini.
Maaflah, ana telebih emo kot semalam. Mungkin diamkan diri lebih baik untuk ana. Sebabnya ada pengalaman2 sebelum ni yang jadi ana post macam tu.

Quote:cukupla ana tengok si fulan dan rakan-rakanya mengumpat ustaz si fulan, menggelar ustaz fulan sebagai Wahabi, memecah belahkan jemaah di masjid, memfitnah dan memulaukan kuliah ustaz si fulan. Berkata ustaz fulan sebagai sesat, sampai sanggup menyorok di dalam tandas masjid hanya kerana 'ustaz Wahabi' itu menjadi Imam. Budaya apa ni??
Tapi, bila tanya apa itu Wahabi, mereka sendiri tak tahu apa itu Wahabi. Ber-taqlid buta.
Ini mungkin pengalaman enta, pengalaman ana pula terbalik.


EDIT: Baru perasan ayatni
Quote:*Sekali lagi, mohon enta menjelaskan apa itu Wahabi. Demi mengelakkan fitnah.

Nampaknya ana macam kena jalaskan disin juga... insyaAllah.. Tapi bukan skrg... ada kerja, lagipun ana bukan seallu on9 kat sini (semalam je sampai 2 forum ana on), Kalau ana tak kembali harap ada yang lain dapat menerangkan dgn tepat. Mngkin enta boleh terangkan kenapa tidak menolak wahabi?
Reply
17-06-2013, 06:30 PM,
Post: #34
RE: Jauhi Pengikut Syiah Ini.
terima kasih matz... bnyak soalan yng diutarakan.. 1st, tentang muktazilah.. muktazilah diasaskan oleh muhammad bin abdul wahab.. puak ini kemudian ditentang oleh ahlus sunnah waljamaah(imam abu hassan ashaari, imam abu mansor almatridi).. agak2 nya kalau betol kenapa ditentang??
*x berapa ingat lah, ingat2 lupe, x berani nak cerita lebih.. (time form 4 dulu belajar)
sy ader pertanyaan lah untuk matz,, siapakah ulama wahabi di malaysia?? kenapa jabatan agama islam menahan beliau??jabatan agama islam jahil ker??? kenapa bnyak hujah2 awak dari karya beliau(wahabi).??? bleh x awak bagi sy hujah dari karya selain dari mereka..???
*sy x berguru pada google, sy bertalaqi dengan ustaz lokeman hj azali..
maaf kalau awak terasa hati, tiada niat dihati pon nak memusuhi.. sy just nak tau jer mana yang haq dan benar.. sesungguhnya sy jahil dan ketiadaan ilmu..
Reply
17-06-2013, 10:44 PM,
Post: #35
RE: Jauhi Pengikut Syiah Ini.
Quote:Pertama: Kemunculan fahaman Mu'tazilah

Ana tidak tahu banyak mengenai fahaman sesat ini.
Tetapi, yang pasti fahaman ini menggunakan logik akal dalam aqidah dan sangat gemar mentakwilkan sifat-sifat Allah. Dengan kata lain, suka kepada ilmu kalam!

Apakah contoh takwil mereka?
antara sifat-sifat Allah ialah Maha Besar, Maha Melihat, Maha Mendengar dsb.
Tetapi, puak Mu'tazilah ini mentakwilkan sifat-sifat ini kepada "Allah Maha Kuasa".

Kata mereka " Kalau Allah boleh mendengar, sama macam makhluk lah, Kalau Allah bole melihat, maknanya Allah ada mata, sama macam makhluk la..... "

Sebelum itu, pengasas ajaran ini ialah Washil bin Atha’ Al-Makhzumi Al-Ghozzal.
Abu Ali Muhammad bin Abdul Wahab juga adalah antara tokoh dalam fahaman sesat ini.

Quote:Kedua: Kemunculan Mazhab asy’ariah

Imam Abu Hasan al-Asy’ari

Tokoh ini berperanan besar dalam Mazhab Asya'irah.


Mazhab Asy’ariah sama seperti mazhab yang lain muncul ketika
kemuncak penguasaan Mu’tazilah1 sama ada dari segi akidah, politik
dan penentangan terhadap ahli feqah dan hadis.
Abu Hasan al-Asy’ari2 adalah berasal dengan fahaman Mu’tazilah. Tetapi, akhirnya beliau sendiri lah yang mendedahkan kesesatan fahaman Mu'tazilah.

Ketika itu juga muncul seorang lagi imam pembawa petunjuk, iaitu Abu Mansur Muhammad bin Muhammad bin Mahmud al-Maturidi. Beliau dilahirkan pada pertengahan kurun ke-3H dan sempat hidup sezaman dengan Abu Hasan al-Asy’ari tetapi beliau menetap di Samarkand dan juga negeri di belakang sungai (Khurasan).
Beliau juga menentang fahaman Mu’tazilah dan mendukung fuqaha dan ahli hadis dengan caranya yang tersendiri. Beliau bertemu titik persamaan dengan Abu Hasan al-Asy’ari dalam banyak natijah.

Jadilah mazhab Asy’ariah dan Maturidiah mewakili mazhab Ahli
Sunnah wa al-Jamaah di kalangan orang Islam berkenaan dengan
iman, akidah dan tasawwur Islami yang berkaitan alam kemanusiaan
dan kehidupan.

Tegasnya di sini, mazhab Asya'irah lahir demi untuk menentang fahaman Mu'tazilah yang sesat!

Oleh kerana Mu'tazilah menjadi hamba kepada ilmu kalam, maka Asya'irah juga menggunakan dalil akal untuk menentang mereka.

Apakah contoh ilmu kalam yang popular sehingga ke hari ini?

"Allah berada tidak di atas, tidak di bawah, tidak di depan, dan tidak di belakang. Allah tidak hijau, tidak biru, tidak coklat...... "

Quote:Ketiga: Wahabi

Ana serahkan kepada mereka yang menggelar si fulan dan si fulan sebagai Wahabi untuk menerangkan maksudnya.

Btw, pengasas fahaman yang digelar Wahabi ini ialah Muhammad 'Abdul Wahhab al-Tamimi. Bukan Abbdul Wahhab Rustum dan bukan Wahhab yang lain!
Wahabi yang muncul di Saudi hari inilah yang bertanggungjawab dalam menentang perkara-perkara khurat di sana!
Jangan terkejut jika ana kata orang yang pergi ke Makkah pun melakukan perkara-perkara khurafat.


Jelaslah di sini, enta tidak faham pun apa itu Mu'tazilah, Asya'irah, Wahabi dan Salafi.
Seperti yang ana kata sebelum ini, jangan mudah meng-Wahabi-kan orang.
Asal si fulan itu tidak mengikut manhaj seperti enta, dia adalah Wahabi?
Asal si fulan itu membawa fahaman/ manhaj yang baru, dia juga adalah Wahabi?
Itulah kesilapan ramai ustaz-ustaz di Malaysia.

Siapa Wahabi yang ditangkap di Malaysia itu? Boleh bagi nama?

Oleh kerana enta menyebut nama Imam Abu Hasan al-Asy’ari sebagai Ahlus Sunnah, maka ana akan sebut juga pendiriannya mengenai sifat-sifat Allah.

Quote:Imam Asy’ari berpendapat: “Sesungguhnya sifat-sifat wajib tidak
diambil berdasarkan zahir lafaz dan tidak dengan takwilan, tetapi
hendaklah diambil tanpa mengandaikan bagaimana berserta dengan
penyerahan padanya dan penerimaan pada kaifiat-Nya”.

Bahawa mengisbatkan sifat bagi Allah bukanlah menjasadkannya,
tetapi semua sifatnya adalah hakiki, kecuali tidak diketahui tabiatnya
dengan mendalam, seperti sifat istiwa’ atas Arasy, dan kalam itu bersifat
azaliah. Begitu juga Quran itu kalam Allah yang bukan makhluk, dan
bahawa sifat-sifat adalah berlainan daripada zat.

Imam al-Asy'ari juga berkata Allah beristiwa' dia atas ArasyNya sebagaimana firmanNya dalam Surah Taha ayat 5.

Kefahaman Imam al-Asy’ari berkenaan menerima dengan segala
sifat adalah berdasarkan al-Quran al-Karim. Justeru, tidak diambil
mengikut zahir lafaz dan tidak ditakwilkannya. Ia adalah pendapat salaf,
tetapi datang daripada Asy’ari takwil berkenaan tangan dengan kudrat
dalam bukunya al-Luma’ dan datang daripada ulama Asya’irah seperti
Imam al-Baghdadi dan al-Juwaini mentakwilkan sifat-sifat ini. Mereka
mentakwilkan tangan-Nya dengan kudrat-Nya, wajah-Nya dengan zat-
Nya atau wujud-Nya.

Inilah yang diikuti oleh kebanyakan Asya’irah yang mutakhir
dengan mengikut yang layak bagi kemuliaan Allah dan kerana
mendekatkan kefahaman.

Adakah Imam al-Asya'ari juga ialah seorang Wahabi jika tidak mentakwilkan ayat-ayat Mustasyabihat?
Jadi, di Malaysia ini, ramai orang yang mengambil cara Asya'irah dalam memahami Aqidah. Lebih mengejutkan lagi, kita mengambilnya tanpa kita sedari.

*dalam mempersoalkan Aqidah, ana cuba yang terbaik untuk memudahkan semua orang di forum ini faham.

*jika ada kesilapan-kesilapan, sila betulkan ana. Semoga Allah mengampunkan dosa ana itu.

sumber utama:http://www.islam.gov.my/en/node/37560
Rajin Belajar Pasti Berjaya
Tiada Kegagalan Setelah Berusaha
Itulah Cara Membalas Jasa
Pengorbanan Guru Dan Keluarga Tercinta
Big Grin

Spoiler:
[Image: 522167_476797252342999_168490270_n.jpg]
Reply
17-06-2013, 10:55 PM,
Post: #36
RE: Jauhi Pengikut Syiah Ini.
(17-06-2013, 06:30 PM)sekilaspemerhati Wrote: terima kasih matz... bnyak soalan yng diutarakan.. 1st, tentang muktazilah.. muktazilah diasaskan oleh muhammad bin abdul wahab.. puak ini kemudian ditentang oleh ahlus sunnah waljamaah(imam abu hassan ashaari, imam abu mansor almatridi).. agak2 nya kalau betol kenapa ditentang??
*x berapa ingat lah, ingat2 lupe, x berani nak cerita lebih.. (time form 4 dulu belajar)
sy ader pertanyaan lah untuk matz,, siapakah ulama wahabi di malaysia?? kenapa jabatan agama islam menahan beliau??jabatan agama islam jahil ker??? kenapa bnyak hujah2 awak dari karya beliau(wahabi).??? bleh x awak bagi sy hujah dari karya selain dari mereka..???
*sy x berguru pada google, sy bertalaqi dengan ustaz lokeman hj azali..
maaf kalau awak terasa hati, tiada niat dihati pon nak memusuhi.. sy just nak tau jer mana yang haq dan benar.. sesungguhnya sy jahil dan ketiadaan ilmu..

Biar saya mencuba untuk menjawab soalan tuan hamba,kite kene tahu apa itu muktazilah,muktazilah merupakan satu cabang pemikiran dalam islam,pemikiran ini lebih banyak menggunakan dalil akal dimana berbeza dengan ahlus sunnah waljamaah yang melazimi alquran dan assunah.ahlus sunnah waljamaah meyakini sifat-sifat Allah menurut apa yang datang daripada nas-nas alquran dan hadis walaupun hadis ahad,berbanding dengan ulama muktazilah dan ahli kalam yang menolak hadith-hadith ahad walaupun sahih Smile .maybe sebab tu pendapat muktazillah ditolak oleh ahlus sunnah daripada kalangan ulamak Syafi'ieyah
Quote:"Sesungguhnya sesetengah ahli kalam menolak akan hujah-hujah hadith ahad itu adalah kerana lemahnya mereka itu - wallahua'lam - mengenai ilmu hadith, di mana mereka sangka bahawa tidak dapat diterima sebagai hujah kecuali hadith mutawatir sahaja. Sikap demikian dalam pandangan kami, Ahli Sunnah adalah sebagai punca kepada pembatalan berhujah dengan hadith-hadith Nabi SAW"

*maaf saya sekadar berhujah dan memberitahu apa yang saya tahu,nama ustaz saya zin,orang-orang panggil dia zin tooddaakk ;d wallahualam cabang ilmu ni luas,antara hati atau nafsu yang kita ikut.
Spoiler:
;b
Reply
18-06-2013, 11:34 AM, (This post was last modified: 18-06-2013, 11:35 AM by matz.)
Post: #37
RE: Jauhi Pengikut Syiah Ini.
(PENDEDAHAN) Pelancaran Markas Syiah Melayu di Klang, Selangor

Rajin Belajar Pasti Berjaya
Tiada Kegagalan Setelah Berusaha
Itulah Cara Membalas Jasa
Pengorbanan Guru Dan Keluarga Tercinta
Big Grin

Spoiler:
[Image: 522167_476797252342999_168490270_n.jpg]
Reply
28-06-2013, 03:37 PM,
Post: #38
RE: Jauhi Pengikut Syiah Ini.
(18-06-2013, 11:34 AM)matz Wrote:
(PENDEDAHAN) Pelancaran Markas Syiah Melayu di Klang, Selangor


wah =. siap ade markas OK
Spoiler:
;b
Reply
29-06-2013, 06:43 AM,
Post: #39
RE: Jauhi Pengikut Syiah Ini.
[18+]
Spoiler:
Quote:Hari Krismas: Mat Sabu harap semua pihak hormat menghormati [25/12/2008]

KUALA LUMPUR, 25 Dis (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu mengucapkan selamat menyambut Hari Krismas kepada penganut-penganut agama Kristian di negara ini dan di seluruh dunia.

Beliau berharap penganut semua agama dapat hidup dalam suasana saling hormat-menghormati kepercayaan agama masing-masing.

"Sudah sampai masanya kita hidup dengan pemikiran yang lebih tenang dan matang.

"Zaman menyakiti hati pihak lain dengan mempersoal, memprotes, mencerca, mempersenda dan menghina kepercayaan orang lain sudah berlalu. Jika kita melakukan demikian, orang lain juga pandai mempersoal, memprotes, mencerca, mempersenda dan menghina kepercayaan kita," katanya.

Menurut beliau, umat Islam sendiri diajar oleh Allah supaya tidak berbuat demikian dalam firman-Nya yang bermaksud, "janganlah kamu mencaci maki orang-orang yang menyeru kepada selain daripada Allah sehingga mereka memaki Allah secara aniaya tanpa pengetahuan".

Mohamad juga menceritakan bagaimana pada Hari Krismas, pemimpin Revolusi Islam Iran, Imam Khomeini menghantar mesej kepada penganut agama Kristian melalui siaran agensi-agensi berita.

"Para penyokong yang mengiringi beliau ketika dalam buangan di Neauphel-le Chateau, Peranchis menceritakan, mereka juga diminta oleh Imam Khomeini supaya membahagi-bahagikan hadiah kepada penduduk di situ pada Hari Krismas.

"Mereka menghadiahkan pelbagai manisan seperti gaz, ajil dan syireeni yang disertakan kuntuman bunga kepada penduduk di situ," katanya.

Ada antara wanita Kristian tempatan yang merasa begitu terharu dengan hadiah sempena Hari Krismas dari Imam Khomeini itu sehingga menitiskan air mata, kata Mohamad lagi.
25/12/2008

*bukan untuk berpolitik. PRU dah habis, cukup2 lah.
*Tolong jangan politikkan post ni. Terima Kasih

http://arkib.harakahdaily.net/index.php/...rmati.html

MOHON pemimpin yang pro Syiah di jatuhkan. Ramai lagi orang yang lebih layak.
Rajin Belajar Pasti Berjaya
Tiada Kegagalan Setelah Berusaha
Itulah Cara Membalas Jasa
Pengorbanan Guru Dan Keluarga Tercinta
Big Grin

Spoiler:
[Image: 522167_476797252342999_168490270_n.jpg]
Reply
26-07-2013, 10:29 AM, (This post was last modified: 26-07-2013, 10:32 AM by matz.)
Post: #40
RE: Jauhi Pengikut Syiah Ini.
[Image: 998430_202434483252327_1756051364_n.jpg]

Tpi ustaz, majoriti Syiah itu sesat ~Yuno
Tgk Syiah di Syria. Syiah di Iraq. Mereka menyembelih ASWJ Y U NO...

Memang ada sebilangan kecil yang masih ASWJ. Tetapi, secara umumnya Syiah itu sesat.

cth:
*berdasarkan hadith, Yahudi dan Nasrani itu musuh Islam kan? Kita disuruh berhati-hati dengan mereka. Tpi, kalau ada sebilangan kecil yang baik, boleh ke kita menghukum keseluruhan mereka itu baik? Pastinya tidak bukan?
Rajin Belajar Pasti Berjaya
Tiada Kegagalan Setelah Berusaha
Itulah Cara Membalas Jasa
Pengorbanan Guru Dan Keluarga Tercinta
Big Grin

Spoiler:
[Image: 522167_476797252342999_168490270_n.jpg]
Reply
26-07-2013, 04:44 PM, (This post was last modified: 26-07-2013, 07:02 PM by fatah.)
Post: #41
RE: Jauhi Pengikut Syiah Ini.
Ana rasa sesiapa yang berkaitan disini pun mungkin agen Zionis termasuk dalam perancangan konspirasi nak memecahbelahkan masyarakat Islam ni. Member Iran cakap penganut Sunnah & Syiah bersaudara & tak bergaduh di sana, "Mengapa perlu bergaduh, akidah sama, Imam sahaja berbeza", yang sesat hanyalah sebilangan kecil. Selebihnya agenda media antarabangsa. Parent dia siap trauma selepas solat di Masjid KLCC, bila jawab semasa disapa oleh orang kita asal mana, terus disergah "You Kafir, Get Out" dihadapan ramai orang. Siapa yang bodoh sebenarnya. Member Libya kata pemimpin Muammar Ghadafi pemimpin yang baik, cuma sebilangan kecil pemberontak, NATO, bersama media antarabangsa menjatuhkan bekas pemimpin Libya. Tak kata lagi perisikan sana minta tolong perisikan kita. Well, tak tengok pula RussianToday punya media kata apa, & kena padam oleh YouTube banyak kali. Now, apa yang berlaku pula kepada Morsi, media kita & antarabangsa.

Ana kenal seorang pakcik yang pernah keluar lebih sepuluh (10) tahun menjelajah mencari kebenaran mengenai Islam merata-rata seluruh dunia, & kembali di Malaysia memberi jawapan kepada seluruh keluarga dia, & bukan kepada orang-orang luar.

Kadang ana pelik bila pergi Saudi solat bersama mereka dimana tempat Nabi kita dibesarkan, cara solat kita agak berbeza dengan depa. Bila sampai Malaysia, kita label kebanyakan mereka di Saudi adalah Wahabi, sedangkan mereka mengaku Ahlus Sunnah Wal Jamaah (ASWJ). Tidak lupa juga Syiah & Sunnah di Saudi bersaudara & tidak berlainan tempat solat. Kita ni lebih hebat kut. Kita layak ka nak label orang lain kafir sedang kita sendiri pun tidak betul-betul keluar mencari ilmu agama Islam, & orang-orang kita ni hanyalah setakat pergi di masjid & surau dengar ceramah & tazkirah, tak kurang pula bergantung kepada Youtube, Facebook & Blog. *Mereka* di Malaysia baru sedar peperangan maklumat zaman kini tertumpu di Internet sejak beberapa tahun ini, sedangkan antarabangsa sudah lama bergerak di alam maya. Barrack Obama sebagai contoh. Orang kita ni suka label orang lain sesat barangkali. Mungkin solat pun seperti burung kakak tua, halaf tapi makna masih tak tahu, & tak tahu hala tuju.

Wallahualam. GayFace
̿ ̿ ̿̿'̿̿\̵͇̿̿\=(•̪●)=/̵͇̿̿/'̿̿ ̿ ̿ ̿ - انا کڤيتݢولوڠ
http://fatah.afraid.org/
[Image: 763440762.png]
Reply
26-07-2013, 05:01 PM, (This post was last modified: 26-07-2013, 05:01 PM by MrPaan.)
Post: #42
RE: Jauhi Pengikut Syiah Ini.
Facepalm tolong la jaga sensitiviti hati orang ;d
Spoiler:
Ana rasa sesiapa yang berkaitan disini pun mungkin agen Zionis
kecik kot hati die OK
Spoiler:
;b
Reply
26-07-2013, 05:20 PM,
Post: #43
RE: Jauhi Pengikut Syiah Ini.
nanti, klo ada kelapangan, agen zionis tersebut akan bukak thread baru,
thread khusus untuk mengenali Syiah je..GayFace

Spoiler:

Saudara Fatah pernah jumpa member di Iran,
ana juga pernah jumpa saudara Sunni di dari Syria tempoh hari, pernah juga dengar dari mulut ustaz si fulan sendiri mengenai Sunni di Syria yang hidup dalam ketakutan, hasil pemerintahan kuku besi si Basyar.
Rajin Belajar Pasti Berjaya
Tiada Kegagalan Setelah Berusaha
Itulah Cara Membalas Jasa
Pengorbanan Guru Dan Keluarga Tercinta
Big Grin

Spoiler:
[Image: 522167_476797252342999_168490270_n.jpg]
Reply
26-07-2013, 05:25 PM, (This post was last modified: 26-07-2013, 05:32 PM by fatah.)
Post: #44
RE: Jauhi Pengikut Syiah Ini.
Well...
Spoiler:
Ana pun ada kenal pensyarah berasal dari Iraq (UM) tidak mengaku warga Iraq oleh kerana pemerintahan kuku besi Saddam Hussin di Iraq. Hidup di dalam ketakutan. Pembunuhan berlaku dihadapan mata & keluarga kerana tidak bersetuju dengan system pemerintahan. Tidak lupa juga pemimpin Iraq juga ASWJ.
Benda benda yang berlaku disekeliling kita ni, kita sendiri pun tidak tahu mungkin terlibat dengan perancangan, konspirasi & media antarabangsa. Peperangan antara Hindu & Islam di India disebabkan percaturan politik (dalam Negara) pun mungkin kita terlepas juga. Wallahualam GayFace
̿ ̿ ̿̿'̿̿\̵͇̿̿\=(•̪●)=/̵͇̿̿/'̿̿ ̿ ̿ ̿ - انا کڤيتݢولوڠ
http://fatah.afraid.org/
[Image: 763440762.png]
Reply
26-07-2013, 05:33 PM,
Post: #45
RE: Jauhi Pengikut Syiah Ini.
Pemimpin Iraq hari ini Syiah.
Rajin Belajar Pasti Berjaya
Tiada Kegagalan Setelah Berusaha
Itulah Cara Membalas Jasa
Pengorbanan Guru Dan Keluarga Tercinta
Big Grin

Spoiler:
[Image: 522167_476797252342999_168490270_n.jpg]
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Kaitan antara Syiah dan Android jantan 6 609 28-08-2013, 03:40 PM
Last Post: p0pc0rn

Forum Jump: