Thread Rating:
  • 1 Vote(s) - 5 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Panduan Bertanya Soalan Pengaturcaraan
02-03-2012, 04:32 AM, (This post was last modified: 02-03-2012, 05:04 AM by s3m00t.)
Post: #1
Panduan Bertanya Soalan Pengaturcaraan
Assalamualaikum / Salam Sejahtera,

Dalam thread ini, aku nak gariskan beberapa panduan yang aku harap; ahli-ahli tbd dapat amalkan apabila ingin bertanya sebarang soalan yang berkaitan pengaturcaraan dalam forum ini. Sebelum itu, diharap tiada siapa yang akan berkecil hati dengan thread ini sebab aku buka thread ini pun atas tujuan yang baik. Smile Lagipun, thread ini bukannya ditujukan kepada individu. Thread ini aku tujukan kepada semua.

kalau korang ikut panduan ini, insya-Allah ramai yang akan dapat membantu korang jawab sebarang permasalahan korang yang berkaitan pengaturcaraan dengan lebih baik. aku selalu juga aktif dekat forum DreamInCode. Cara yang diorang amalkan memang berkesan dan di harap, kita pun dapat mengamalkan perkara yang sama. Smile


1. Ketahui Asas Buka Thread

Bagaimana cara nak buka thread? p0pc0rn ada menjelaskan hal ini dengan terang dalam salah satu artikel yang dia tulis yang beralamat di bawah. Terlebih dahulu, baca artikel tersebut sampai habis dan fahamkan apa yang dia gariskan.

Code:
http://w3.tbd.my/thread-10666-post-123224.html#pid123224



2. Pilih Tajuk Yang Sesuai

Ini merupakan masalah paling utama berlaku dalam tbd. Balik-balik, tajuk seperti berikut yang ditulis:
  • Bantu Java
  • Tolong Java
  • Syntax Error
  • Macam mana nak buat?
  • dan lain-lain...

Bagi thread pengaturcaraan, cara pemilihan tajuk agak berbeza. Jika korang hendak bertanyakan sesuatu yang korang kurang pasti, pilihlah tajuk seperti
  • Permasalahan Menggunakan LinkList
  • Bagaimana 2D Array Berfungsi?
  • Masalah Data Structure Dalam Java
  • dan lain-lain...

Jika korang mempunyai masalah "ERROR" semasa korang menulis aturcara aplikasi, korang sepatutnya buka thread dengan tajuk seperti
  • Index Out of Bound
  • Syntax Error
  • Static Error: This class does not have a static void main method accepting String[].
  • dan lain-lain...

Mudah bukan? Mudah untuk korang dan mudah juga untuk orang yang ingin membantu.


3. Tunjuk Mesej ERROR Yang Korang Terima

Kalau soalan korang merupakan soalan yang berasaskan ralat dalam pengaturcaraan, copy & paste kesemua mesej ralat yang korang terima. WAJIB! Seseorang yang biasa dengan pengaturcaraan, dia akan betulkan sesebuah aturcara yang ditulis berpandukan mesej ralat yang dia terima. Lagipun, itulah tujuan compiler mengeluarkan mesej ralat. Sekali lagi, tolong copy & paste mesej ralat yang diterima dan pastikan korang letak dalam tag code bagi memudahkan ahli yang ingin membantu, membaca mesej tersebut.


4. Kod Sumber Korang Diperlukan

Bagaimana korang mahu ahli lain jawab soalan korang jika korang sendiri tak beri kod sumber yang korang sudah usaha buat? Ketahuilah satu perkara... kalau korang sudah usaha dan perlukan bantuan daripada ahli lain, buka thread dalam salah satu kategori di alamat di bawah
Code:
http://w3.tbd.my/forum-7.html

kalau korang perlukan bantuan tanpa sebarang usaha, buka thread dalam alamat berikut
Code:
http://w3.tbd.my/forum-51.html

Insya-Allah, ramai yang akan membantu. Big Grin


5. Tolong Guna Google

Pernah tak korang buka laman web dberikut?
Code:
http://www.justfuckinggoogleit.com

Cuba baca salah satu ayat dalam laman web tersebut, "All Smart People Use Google". Kenyataan ini memang betul. Apa yang korang terlebih dahulu lakukan, guna Google sebaik mungkin. Kalau gagal jumpa jawaban melalui Google, barulah tanya pada forumer.

Macam mana nak soal soalan yang berkaitan "ERROR" dalam pengaturcaraan? Mudah sahaja. Copy & paste mesej yang korang dalam ke dalam enjin carian Google. Insya-Allah, korang akan jumpa ramai yang bertanyakan soalan berkatan mesej ralat yang sama. Smile

Ramai yang malas guna Google sebab diorang sangka, tanya forum lagi mudah sebab lagi cepat. Sebenarnya salah! Kalau korang guna Google, insya-Allah masalah korang selesai dalam masa 5 minit. Kalau tanya forum, dalam 5 minit baru akan ada seorang yang balas. Itu pun kebiasaannya orang tu akan tanya soalan lain untuk pastikan pemahaman diorang ke atas soalan yang korang tujukan. Jadi, yang mana lebih baik? GayFace

RUMUSAN

Apa tujuan aku tulis panduan ini? Jawaban dia mudah. Supaya soalan yang dituju lepas ini akan dibalas dengan baik, disamping hal ini dapat membantu alat "Search" dalam forum ini untuk berfungsi dengan baik. Smile
Reply
02-03-2012, 08:14 AM,
Post: #2
RE: Panduan Bertanya Soalan Pengaturcaraan
I appruv thiz post

  ▲
▲ ▲
Spoiler:

surah Ali Imran Ayat 31

Reply
02-03-2012, 09:34 AM, (This post was last modified: 02-03-2012, 09:40 AM by rapple86.)
Post: #3
RE: Panduan Bertanya Soalan Pengaturcaraan
sbb tu dulu dh lame jugak la.. aku stop main forum.. sbb aku rase google beri aku segala nyer.. disamping search aku jarang gunakan.. sbb aku tahu.. sbb aku tahu soalan yg aku tanya sudah ada kat google.. so guna la google..

Bayangkan.. Manusia ada 60Bilion.. 50bilion guna internet.. dan 10bilion lagi mungkin mundur.. so dari 50bilion 30bilion org uploader(AIO) dan 20bilion normal surfing.. adakah korang perasan antara 30B dan 20B adalah Online user.. kalau Sudah online user mesti la ada 50B Otak Manusia sedang main online.. so tidak mustahil bila korang search.. Soalan yg korang mahukan ada di google.. xkan la korang akan dpat soalan yg 50B tidak dpat jawab..

so sejak aku jadikan google hasil carian aku.. aku jumpe banyak forum/website/blog/DLL aku jadikan bookmark.. hampir setiap hari aku jumpe benda baru.. aku subscribe blog/forum tu dan terus terima up2date dalam email aku.. so secara x langsung aku dpat new info terbaru.. dan korang akan pelajari benda baru..

kadang2 korang boleh approvedkan lagi skill korang dengan dpatkan google sebagai sifu korang.. yg x paham Bahasa English xpe.. guna translate google.. walaupun aku tahu google translate translation dia pelik skit.. tapi google tgh approved.. but so far aku translate aku boleh paham lagi..

so tentang forum.. ramai Admin/MODS ada masalah seperti ini.. aku penah jadi admin kat satu forum dan Mods jugak di forum lain.. aku kadang2 aku banned je.. sebelum aku banned aku PM dulu.. x reply aku banned.. mungkin smpi satu tahap kita rase bosan nanti.. so elakkan bosan.. muncul la Thread yg fikri buat ini.. untuk beri kesedaran kepada yg lain.. so Admin/MODS dpat aktif kembali.. berat tanggungjawab Admin/MODS ini.. sbb SuperAdmin beri mereka kuasa untuk perhatikan kita..

Untuk Thread Title korang jgan lupa.. setiap search carian engine akan search Title name.. so Letakla Title Thread dengan betul.. supaya ORG LUAR tidak susah mencari masalah atau pencarian mereka.. Contoh k..

User A - Ada masalah dengan syntax error "Code 0x000x12" <--- title thread
User B - tengah search code " 0x000x12"
User B - Ahli forum tersebut

Bila belaku begini.. korang agak2 la kan.. user B boleh x dia jumpa sebijik seperti title thread itu setelah dia search google??

Jawapan nyer YES, sbb org akan copy paste masalah mereka terus digoogle.. secara bulat2 copy dan paste.. so dengan ini.. User C boleh jawab soalan itu dengan reply thread.. so bila reply.. akan betambah la lagi carian di google.. dengan ada didepan title thread "RE" <-- RE bemaksud REPLY.. so bila banyak kali reply bila org search akan lebih cpt dan duduk di 1st page google carian mengikut search..

So tolong letak Title Thread Dengan SEBETUL2 nyer.. Supaya kita dpat membantu ORG lain/Luar dari forum masuk kesini untuk Membantu atau Mencari jawapan.. kita jugak telah promote Forum kita jugak.. banyakkan Reply Thread dengan baik.. jgan SPAM..

Last.. Keyword jugak penting... so pandai2 la guna keyword yg besuaian dengan Thread..

Sekian terima kasih..
[Image: 1731076556.png]
Reply
02-03-2012, 11:00 AM,
Post: #4
RE: Panduan Bertanya Soalan Pengaturcaraan
wat la thread camna pun..kalau diri tak terdidik untuk mmbaca peraturan awal2,panjang berjela ulasan dalam bahasa ringkas dan mudah faham pun takle nak faham..
so bila terjadi perkara2 sebegitu..ada org2 speerti itu..beware..abam p0pc0rn sntiasa di sisi ;d
[Image: 3EsGZgg.png]
uno akhirnya kau ngaku gak ye
Reply
02-03-2012, 12:10 PM,
Post: #5
RE: Panduan Bertanya Soalan Pengaturcaraan
btul jgak google...kdg2 google x jumpa...kdg2 kita tak taw nk google aper...x taw apa nk di search kat google...sbab x semua org di lahirkan genius..ader orang kena usaha lebih untuk paham...ader org usaha sikit pom dah paham...yg thread post aku stuju dgan pikri...satu lg google ni x boleh bercakap..kita kena baca..kala x paham camnner..
Angry

sharing your knowledge to grow your knowledge...

and the knowledge is life not death
Reply
02-03-2012, 03:15 PM,
Post: #6
RE: Panduan Bertanya Soalan Pengaturcaraan
malas aku setiap kali user ada buat silap, nak kena nasihat banyak kali. dah ada thread ni, lepas ni kali link ni je lah. senang sikit. Big Grin

(02-03-2012, 11:00 AM)p0pc0rn Wrote: wat la thread camna pun..kalau diri tak terdidik untuk mmbaca peraturan awal2,panjang berjela ulasan dalam bahasa ringkas dan mudah faham pun takle nak faham..
so bila terjadi perkara2 sebegitu..ada org2 speerti itu..beware..abam p0pc0rn sntiasa di sisi ;d


kadang-kadang Google tak jumpa? sepanjang aku guna Google, jumlah kes aku tak jumpa maklumat yg aku nak drpd Google boleh kira pakai jari. Smile fyi, setiap hari aku berbillion orang guna Google. ramainya org genius kalau macam tu. XD

sebenarnya, Google dibuat oleh orang genius untuk digunakan oleh orang biasa. yang penting, keyword kena pandai guna. kalau kurang practice guna Google, macam mana nak tahu cara yang elok untuk guna Google. aku start belajar programming dulu guna Yahoo. Yahoo nak search lagi susah nak mampus. tapi, aku berjaya juga jumpa artikel-artikel yang aku nak guna Yahoo. inikan Google.. Smile

pasal tak faham tu, biasa laaa... dulu kalau belajar dekat sekolah; kalau tak faham cikgu sekolah ajar apa, pergi cari cikgu tusyen. melalui Google, ada berpuluh-puluh artikel kau boleh dapat untuk sesuatu maklumat. baca semua sekali sampai faham. kalau tak faham, baru lah kembali kepada forum. tanya kepada forumer lain. Big Grin

btw, kalau nak sangat dia bercakap; copy paste ayat tu masuk dalam website berikut
Code:
http://vozme.com/index.php?lang=en

GayFace

(02-03-2012, 12:10 PM)pronet Wrote: btul jgak google...kdg2 google x jumpa...kdg2 kita tak taw nk google aper...x taw apa nk di search kat google...sbab x semua org di lahirkan genius..ader orang kena usaha lebih untuk paham...ader org usaha sikit pom dah paham...yg thread post aku stuju dgan pikri...satu lg google ni x boleh bercakap..kita kena baca..kala x paham camnner..
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Mintak panduan belajar stenography and reverse programming d0lph1n 4 672 14-07-2013, 01:41 PM
Last Post: d0lph1n
  Soalan bodz - kenapa perisai akan ada serangga? algorithm 14 1,352 07-10-2012, 10:51 AM
Last Post: sykess
  Panduan memilih course di u Codeshift3r 29 7,065 31-05-2012, 10:35 PM
Last Post: Timon
  Tears Of Repentance n muat turun soalan spm ninja 1 582 21-12-2011, 10:35 PM
Last Post: ninja
  Panduan Undang-Undang Siber suhz 45 13,083 24-04-2011, 12:11 PM
Last Post: sil
  Cara bertanya soalan dengan bijak golok 6 1,397 27-11-2010, 10:12 PM
Last Post: Chuck
  Soalan : html .htaccess bypass/hack Chuck 0 695 31-10-2010, 11:58 PM
Last Post: Chuck
  Soalan Game Stynx 9 1,454 07-08-2010, 09:21 PM
Last Post: Stynx
  panduan Untuk mengenal sama ada Memory card Ori or fake MrKroit 3 819 05-12-2009, 09:10 PM
Last Post: MrKroit
  Panduan Record Video Stynx 10 1,584 31-10-2009, 01:29 PM
Last Post: TerrickCEF

Forum Jump: