Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Apakah Resistive & Capasitive Touchscreen
18-01-2012, 02:46 PM,
Post: #1
Apakah Resistive & Capasitive Touchscreen
Apakah Resistive & Capasitive Touchscreen

[Image: touchscree.jpg]

Hari ni aku nak kongsikan dengan korang semua mengenai skrin sentuh atau dalam bahasa inggeris dan mudah difahami adalah touchscreen. Sekarang penggunakan touchscreen nie sangat meluas. pelbagai alatan elektronik menggunakannya kerana ia lebih menjimatkan ruang. Tetapi apakah yang korang tahu mengenai touchscreen. Jika sebelum ini aku banyak mendengar dengan istilah heat sensor, pressure sensor, dan pelbagai lagi mengenai jenis-jenis touchscreen. Jadi untuk hari ini aku ingin mengulas sedikit beberapa jenis touchsreen yang digunakan pada telefon pintar pada zaman ini.

Setahu aku telefon pintar hanya menggunakan 2 jenis touchscreen sahaja; iaitu resistive dan capasitive touchsreen. Apakah yang dimaksudkan dan bagai mana ia berfungsi aku akan ulas pada bahagian dibawah. Bagi memberi kefahaman kepada korang, aku akan lampirkan beberapa model telefon pintar mengikut jenis touchscreen yang digunakan. Dan mungkin pada penghujung entri aku akan membandingkan kebaikan dan kelemahan touchscreen tersebut.

Code:
Entri ini mungkin bersifat teknikal. Harap maaf jika term yang aku gunakan kurang difahami. Kalau ada salah maklumat, bagitau ye.

Resistive Touchsreen

[Image: resistive.jpg]

Resistive touchscreen terdiri daripada papan kaca dan membran plastik yang fleksibel. Kedua-dua papan dan membran diliputi dengan lapisan perintang. Ruang di antara kaca dan membran dipenuhi dengan penebat mikro yang diagihkan sama rata di sepanjang kawasan aktif skrin. Ia menebat permukaan yang mengandungi konduktor. Apabila sesuatu objek, seperti jari, menekan ke membran plastik pada suatu titik di atas permukaan luar panel, kedua-dua lapisan logam akan bersentuhan: panel kemudiannya bertindak sebagai sepasang pembahagi voltan dengan output. Ini menyebabkan perubahan arus elektrik, yang didaftarkan sebagai sentuhan dan dihantar kepada controller untuk processor. Kemudian processor akan mengesan koordinat lokasi yang ditekan tersebut dan tindak balas seterusnya akan mengikut arahan seperti yang diprogramkan.

Capasitive Touchscreen

[Image: capacitive.jpg]

Capasitive touchscreen pula terdiri daripada penebat seperti kaca, disalut dengan konduktor yang telus seperti indium tin oksida. Badan manusia juga merupakan pengalir elektrik, dengan hanya menyentuh permukaan skrin, medan elektrostatik pada skrin akan bertindakbalas dan akan menyebabkan kadar voltan berkurangan. Aliran arus elektrik dari setiap penjuru akan dikira oleh controller untuk menentukan lokasi X/Y dan akan dihantar ke komputer.

Perbandingan Antara Resistive dan Capasitive

Resistive
Kebaikan
Code:
Kos murah
Boleh menggunakan jari, stylus dan lain-lain
Kurang penggunaan kuasa elektrik
Cecair tidak akan mengubah prestasi skrin

Keburukan
Code:
Permukaan skrin mudah rosak
Kurang daya tahan (sehingga 35 juta sentuhan sahaja)
Tidak tahan calar dan mudah rosak (terkoyak/berlubang)
Kadar ketelusan cahaya akan berkurangan dari masa ke semasa

Capasitive
Kebaikan
Code:
Tahan calar, permukaan tahan lama
Tindak balas pantas
Mudah melakukan fungsi multi-touch
Cecair tidak akan mengubah prestasi skrin

Keburukan
Code:
Tidak boleh bersama sarung tangan/stylus
Memerlukan ketahan skrin yang tinggi apabila jatuh
Kos pembuatan lebih mahal
Penggunaan kuasa eletrik agak tinggi

Sumber:- http://mrpiratz.com/resistive-dan-capasi...uchscreen/
[Image: 1731076556.png]
Reply
18-01-2012, 03:06 PM,
Post: #2
RE: Apakah Resistive & Capasitive Touchscreen
hardware compare
resistive= n900
capasitive= iphone, dan kebanyakkan smartphone terbaru.
linux mint user. yes, i am a noob | @AmirulAbu | @Bajugeek | Bajugeek
Reply
18-01-2012, 04:45 PM,
Post: #3
RE: Apakah Resistive & Capasitive Touchscreen
terjumpa pulak dgn infografik ni masa jalan2 GayFace
Spoiler:

[Image: How_Does_a_Touchscreen_Work.jpg]


http://kongsilmu.org/perbezaan-teknologi...z1jnUSRAZP
Reply
19-01-2012, 09:55 AM,
Post: #4
RE: Apakah Resistive & Capasitive Touchscreen
ramai yang masih xtahu beza dua jari dan kuku jari.. ini jugak salah satu function yg boleh kita lihat harga dan pebezaan nyer.. beli phone mahal2.. tapi masih lagi guna satu jari.. padahal dh boleh guna smpi 5jari.. nak zoom guna dua jari pun x reti tapi guna 2 tangan untu besarkan.. kekeke..
[Image: 1731076556.png]
Reply
31-07-2013, 06:33 PM,
Post: #5
RE: Apakah Resistive & Capasitive Touchscreen
Hey Guys well i think that Resistive touch screens are pressure digital visible that identify the place of a contact within a show area.It contain two versatile linens divided by a gap of air.Thnaks!!
Reply


Forum Jump: