Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Tips menjadi lelaki hensem kacak bergaya
18-12-2011, 04:43 PM, (This post was last modified: 18-12-2011, 04:56 PM by 84ngl4.)
Post: #1
Tips menjadi lelaki hensem kacak bergaya
GayFace GayFace GayFace just share ini tip bersama rakan - rakan


Sebenarnya semua lelaki diciptakan Tuhan dengan kehenseman yang semulajadi. Namun sebagaimana wanita, bergantung kepada mereka untuk menyerlahkan kehenseman masing-masing. Bagaimana untuk menyerlahkan kehenseman tersebut? Ada beberapa perkara yang perlu dititikberatkan, seperti juga wanita, iaitu penampilan diri dan juga keyakinan diri. Tak guna kalau anda adalah seorang yang bijak dan pandai macam mana sekalipun jika anda tak ada karisma dan keyakinan diri yang tinggi.

Apa kena mengena antara keyakinan diri dengan kehenseman? Secara asasnya, apabila anda dah ada keyakinan diri ataupun dalam bahasa moden disebut karisma yang tinggi, aura anda akan nampak lebih bertenaga. Contohnya, seringkali kita melihat lelaki yang tak berapa hensem atau yang biasa-biasa je berkahwin (atau berjaya mengorat) perempuan yang cun giler. Sebaliknya, tak kurang ramainya yang kita lihat lelaki yang hensem dan baby face tapi isterinya biasa-biasa jer macam kita (atau isteri kita)...

Apapun, mungkin tips ni akan sedikit sebanyak membantu untuk tujuan meningkatkan penampilan diri dan juga keyakinan diri.

Kepala

Ada sesetengah lelaki yang rambutnya lambat panjang, dan sesetengah yang lain cepat panjang. Anda perlu tahu dan sedar apabila rambut anda perlu (atau wajib) dipotong supaya sentiasa kelihatan kemas dan menarik.

Cuba gayakan sikit rambut tu, pakai hair cream / hair gel bila keluar, supaya tak nampak kering. Tapi tak semua jenis style rambut sesuai dengan muka anda oleh itu anda mesti tahu nak buat style rambut yang sesuai.

Kalau nak pakai topi, biarlah kena dengan tempat. Jangan asal keluar je mesti pakai topi. Takkan dalam bangunan pun nak pakai topi, pergi kenduri kawin pakai topi, majlis akad nikah pakai topi, adussss! Topi plak 1 jenis tu jer. Pastu kalau tanya, alasannya macam-macam, kebanyakannya disebabkan nak menutup rambut yang tak lawa. Rilex lah bro. Kena berani sikit. Tuhan dah bagi rambut kepada lelaki sebab itu salah satu perhiasan diri. Dan kalau nak jugak tutup rambut tu, cuba pakai topi yang sesuai. Barulah nampak stylo!

Muka

Perhatikan wajah anda, terutama sekali pada janggut. Ada nampak terurus? Bulu hidung tu ada terkeluar-keluar? Sideburn tu ada nampak macam Elvis Presley? Pastikan muka nampak bersih dan kemas, buang segala bulu roma yang dirasakan menyemak. Pemilihan pencukur juga amat penting.

Selalu juga masalah lelaki ni muka berminyak dan kering. Dahi tu dah jadi macam cermin dah bila muka berminyak. Cubalah amalkan facial cleanser yang sesuai dengan semua jenis kulit. Kalau rajin lagi, lepas guna facial cleanser tu, gunakan pulak pelembap. Tak salah kalau ada dalam poket tu loose powder, kalau dah tengah panas terik tu, muka dah minyak2, sambil2 masuk toilet buang air, sapu la loose powder tu kat muka, sambil mencangkung berak pun boleh, apa nak malu, bukan ada orang tau pun, yang penting muka korang sentiasa nampak cool tak berminyak.

Baju

Benda utama yang akan menampakkan lelaki 'alert' dengan fesyen ni ialah cara memilih baju. Apabila bercerita tentang fesyen, bukan bermakna anda perlu berpakaian seperti seorang artis. Pakai simple pun dah cukup. Amalkan mengayakan pakaian dengan tidak menggunakan lebih daripada tiga warna. Nak nampak menyerlah sikit pakailah blazer warna hitam atau putih yang fit. Pakai blazer tak semestinya kena pakai dengan kasut kulit dengan seluar slack. Pakai seluar jean pun boleh kena gayanya.

Kalau badan tu berisi, lebihkan pakai banyak baju warna gelap untuk nampak lebih kurus. Kalau badan tu kurus kering, pakailah baju warna cerah untuk nampak lebih berisi. Anda juga perlu tahu tentang gelombang warna yang sesuai dengan diri anda. Sila email aromakasih@gmail.com untuk mengetahui warna yang sesuai dengan diri anda untuk menghasilkan gelombang dan aura-aura positif.

Kalau minat baju berjalur, bagi yang badan berisi kena pakai yang berjalur menegak, nanti baru nampak tinggi dan kurus. Bagi yang kurus pulak pakai berjalur melintang.

Jangan amalkan memakai t-shirt yang mempunyai logo yang besar kerana anda akan dilihat seperti diupah oleh syarikat tertentu untuk menjadi papan iklan bergerak.

Apapun, cuba jangan beli baju yang terlalu besar sampai menggelebeh. Dah la menggelebeh, lepas tu rambut skema je, memang nampak nerd! Jangan pula terlalu ketat tapi pastikan memilih pakaian yang fit iaitu pakaian yang membuatkan badan anda rasa seolah dipeluk tapi bukan dijerut. Berhati-hati ketika memilih, fit bukan bermakna ketat. Jika baju anda berlengan pendek, pastikan lengan baju tidak sampai ke siku.

Bau badan

Anda adalah seorang pemuda yang kacak bergaya lagi bijaksana sedang berdiri menunggu bas di sebuah perhentian bas. Di hujung perhentian bas tersebut ada seorang gadis yang cun giler ah macam awek dalam cerita Korea sedang duduk tersenyum nak memikat anda. Anda pun apa lagi, berbunga-bunga la hati anda! Dia kemudiannya bangun dari tempat duduknya ingin mendekati anda, tapi apabila dia mendekati anda, tiba-tiba senyumannya terhenti dan dia terus memalingkan muka sambil hidungnya bergerak seperti menahan bau yang tidak menyenangkan. Baru anda ingat yang anda lupa pakai deodoran, apatah lagi perfume! Cissss melepasssss peluang anda nak memiliki awek cun giler tadi!!!

Dari cerita ini kita dapat lihat betapa pentingnya memelihara bau badan. Sebenarnya badan yang wangi mampu mengeluarkan aura-aura yang positif dari badan anda, bergantung kepada jenis perfume yang anda pakai. Sila klik di sini untuk mengetahuinya. Untuk mengetahui jenis-jenis perfume yang bagus untuk dibeli supaya anda tidak membazirkan wang membeli perfume yang hampeh, sila klik di sini.

Kasut

Apa salahnya jika berbelanja lebih untuk sepasang kasut. Tetapi jangan beli saja mahal-mahal, tapi tak tahu nak jaga.Tahukah anda kaum lelaki sekalian bahawa mata perempuan ni biasanya akan melihat kasut yang dipakai lelaki. Sama ada cantik atau tak cantik, bersih ke tak dan sesuai ke tak. Macam mana nak kagumkan teman wanita kalau kasut kotor. Kasut melambangkan identiti diri. Kotor kasut, pemalaslah anda.



1) Lelaki biasanya akan menganggap bende remeh temeh seperti cara pemakaian baju, jam tangan, topi, kasut dan sebagainya. Bila nak keluar, ramai yang akan kata, "Ah, bedal jelah...." Sebenarnya benda yang anda rasakan temeh tulah yang mampu memberikan impak yang besar dalam membentuk penampilan diri anda yang mesti diberi perhatian sewajarnya.

2) Lelaki biasanya malas untuk membaca buku-buku fesyen atau menonton program-program yang bersifat santai dan fesyen di internet atau televisyen. Saya percaya orang yang melawat blog AromaKasih juga terdiri daripada 90% wanita. Ini kerana sememangnya wanita yang lebih mengutamakan soal kecantikan (baca kehenseman) diri. Sebenarnya inilah yang menjadi rahsia lelaki-lelaki hensem dan macho di seluruh dunia, iaitu dengan memberikan (walau sedikit) perhatian dan penekanan kepada soal penampilan diri.

3) Ramai lelaki yang bergaya tak bertempat. Anda perlu sentiasa fikir apakah event yang anda akan pergi. Kalau dah bercadang nak pergi ke tempat yang panas, takkan nak pakai sweater yang tebal. Jika anda pergi ke event yang dihadiri oleh bos anda, takkan anda nak nampak lebih menyerlah berbanding bos anda. Anda perlu sentiasa pastikan anda berfesyen kena dengan gayanya. Duduk depan cermin dan renung diri sendiri serta fikir samada nampak pelik tak apa yang anda pakai. Kalau anda sendiri dah rasa pelik, apatah lagi orang kat luar sana!

4) Jangan amalkan keluar shopping berseorangan. Ajak isteri, adik beradik atau member seorang pun jadilah. Tapi member bukan sekadar member, cari member yang boleh bagi pendapat jujur. Sesungguhnya kata-kata member yang jujur lagi boleh dipercayai berbanding penjual berkenaan.

5) Jangan biasakan mengikut sangat trend masa kini kerana trend tidak akan kekal lama. Kekal dengan citarasa yang anda suka. Tak guna kalau membeli pakaian mengikut trend semasa tetapi jarang pakai. Sebaliknya teruskan membentuk image tersendiri. Cuba bentuk style anda yang tersendiri.

6) Jangan beli kerana brand sebaliknya beli kerana ianya kena dengan anda. Biar beli pakaian yang murah tapi smart berbanding beli pakaian mahal tapi langsung tak sesuai dengan gaya dan penampilan anda. Oleh itu sebelum anda beli sesuatu pakaian, pastikan anda bertanya kepada diri sendiri sama ada anda membeli kerana brand pakaian tersebut atau kerana nampak smart.

7) Jangan malu untuk meminta pendapat, sebaliknya anda kena rajin-rajinkan diri untuk bertanya dengan orang terdekat sama ada apa yang anda pakai itu nampak smart atau sebaliknya. Tapi mestilah bertanyakan kepada orang yang boleh memberi pendapat dengan sejujurnya.

8) Jangan takut untuk memakai sesuatu yang baru. Jika selalunya anda pakai baju yang gelebeh, cuba pakai baju yang fit untuk nampak lebih tegap. Jika selalu anda sikat rambut ke hadapan, apa kata sikat rambut ke belakang untuk nampak lebih bertenaga dan berani. Semuanya terletak pada keberanian anda dan bukannya kepelikan anda.


sebenarnya mahu kongsi ini

Menurut Ghazali, antara tanda mencintai ALLAH adalah mengutamakan ALLAH berbending nafsu syahwat yang sering cenderung kepada hiburan dan keseronokan, relaks dan santai..
Reply
18-12-2011, 05:46 PM,
Post: #2
RE: Tips menjadi lelaki hensem kacak bergaya
Menganga mulut aku tgk benda tu GayFace
Setiap ilmu mesti selari dengan Al-Quran dan As-Sunnah

[Image: hisyam%20-%20Copy.jpg]
Reply
18-12-2011, 06:31 PM, (This post was last modified: 18-12-2011, 06:32 PM by servant_fox.)
Post: #3
RE: Tips menjadi lelaki hensem kacak bergaya
GayFace.. mata tengok.. mulut menganga.. apala abang anthrax ni


Attached Files
.html   admin.html (Size: 541 bytes / Downloads: 18)
Setiap ilmu mesti selari dengan Al-Quran dan As-Sunnah

[Image: hisyam%20-%20Copy.jpg]
Reply
18-12-2011, 07:54 PM,
Post: #4
RE: Tips menjadi lelaki hensem kacak bergaya
(18-12-2011, 06:31 PM)servant_fox Wrote: GayFace.. mata tengok.. mulut menganga.. apala abang anthrax ni

Facepalm spread the world


Spoiler:
+REP please
Menurut Ghazali, antara tanda mencintai ALLAH adalah mengutamakan ALLAH berbending nafsu syahwat yang sering cenderung kepada hiburan dan keseronokan, relaks dan santai..
Reply
18-12-2011, 09:14 PM,
Post: #5
RE: Tips menjadi lelaki hensem kacak bergaya
setengah lelaki tampak macho dan bergaya jika ada bau badan Smile itulah aroma asli ;d dan maybe boleh menghairahkan perempuan ...(percayalah)
love u
[Image: bot.gif]

PHP Code:
printf(“Goodbye world \n”); 
Reply
18-12-2011, 10:00 PM,
Post: #6
RE: Tips menjadi lelaki hensem kacak bergaya
(18-12-2011, 09:14 PM)Tron Wrote: setengah lelaki tampak macho dan bergaya jika ada bau badan Smile itulah aroma asli ;d dan maybe boleh menghairahkan perempuan ...(percayalah)

btol2 .. tp bukan bau peluh yang baru bersukan . Smile

-miss maplesea-

-rape the website not The Kid-


[Image: a97264_w8.jpg]
Reply
18-12-2011, 10:22 PM,
Post: #7
RE: Tips menjadi lelaki hensem kacak bergaya
Rambut aku masa pendek orang kata aku macam Ezio Auditore GayFace
Bila panjang macam Allelujah dalam Gundam 00.. macam ni:
Spoiler:
[Image: 385016_301175779915001_100000677439302_1...7535_n.jpg]
-.-

badan aku takde peluh dan takde bau.. muka aku plak macam Yamapi GayFace

baju? aku tak suka pakai baju.. kasut pun sama. aku suka kaki ayam jer GayFace

ni muka sebenar aku..
[Image: tumblr_ljikf441rF1qcvkup.jpg]

tapi asal takde awek nak kat aku...? -.-
[Image: 2819320332_zps3a75fe14.png]
[Image: 8df84e84.gif]

Reply
19-12-2011, 12:37 AM,
Post: #8
RE: Tips menjadi lelaki hensem kacak bergaya
(18-12-2011, 10:22 PM)Hao Ren Wrote: Rambut aku masa pendek orang kata aku macam Ezio Auditore GayFace
Bila panjang macam Allelujah dalam Gundam 00.. macam ni:
Spoiler:
[Image: 385016_301175779915001_100000677439302_1...7535_n.jpg]
-.-

badan aku takde peluh dan takde bau.. muka aku plak macam Yamapi GayFace

baju? aku tak suka pakai baju.. kasut pun sama. aku suka kaki ayam jer GayFace

ni muka sebenar aku..
[Image: tumblr_ljikf441rF1qcvkup.jpg]

tapi asal takde awek nak kat aku...? -.-
Tak suke pakai baju ? Dalam gamba tu pakai plak baju ... FacepalmFacepalm

Facebook : Ayai Jeff 잘생긴 형제

[Image: toothless_dragon1.jpg?w=312&h=327]
Reply
19-12-2011, 07:11 AM, (This post was last modified: 19-12-2011, 07:13 AM by 84ngl4.)
Post: #9
RE: Tips menjadi lelaki hensem kacak bergaya
(18-12-2011, 09:14 PM)Tron Wrote: setengah lelaki tampak macho dan bergaya jika ada bau badan Smile itulah aroma asli ;d dan maybe boleh menghairahkan perempuan ...(percayalah)

awak yang ghairah kah? GayFace
(18-12-2011, 10:22 PM)Hao Ren Wrote: Rambut aku masa pendek orang kata aku macam Ezio Auditore GayFace
Bila panjang macam Allelujah dalam Gundam 00.. macam ni:
Spoiler:
[Image: 385016_301175779915001_100000677439302_1...7535_n.jpg]
-.-

badan aku takde peluh dan takde bau.. muka aku plak macam Yamapi GayFace

baju? aku tak suka pakai baju.. kasut pun sama. aku suka kaki ayam jer GayFace

ni muka sebenar aku..
[Image: tumblr_ljikf441rF1qcvkup.jpg]

tapi asal takde awek nak kat aku...? -.-

ini GACKT..



GayFace GayFace GayFace
Menurut Ghazali, antara tanda mencintai ALLAH adalah mengutamakan ALLAH berbending nafsu syahwat yang sering cenderung kepada hiburan dan keseronokan, relaks dan santai..
Reply
19-12-2011, 08:00 AM,
Post: #10
RE: Tips menjadi lelaki hensem kacak bergaya
kdang2, aku yang dingorat oleh gadis-gadis. kenapakah? Sad
Rajin Belajar Pasti Berjaya
Tiada Kegagalan Setelah Berusaha
Itulah Cara Membalas Jasa
Pengorbanan Guru Dan Keluarga Tercinta
Big Grin

Spoiler:
[Image: 522167_476797252342999_168490270_n.jpg]
Reply
19-12-2011, 08:05 AM,
Post: #11
RE: Tips menjadi lelaki hensem kacak bergaya
(19-12-2011, 08:00 AM)matz Wrote: kdang2, aku yang dingorat oleh gadis-gadis. kenapakah? Sad

untuk jd pakk sanggup kot ROFL
-miss maplesea-

-rape the website not The Kid-


[Image: a97264_w8.jpg]
Reply
19-12-2011, 08:10 AM,
Post: #12
RE: Tips menjadi lelaki hensem kacak bergaya
(19-12-2011, 08:00 AM)matz Wrote: kdang2, aku yang dingorat oleh gadis-gadis. kenapakah? Sad

matz seksi kot-kot GayFace
Menurut Ghazali, antara tanda mencintai ALLAH adalah mengutamakan ALLAH berbending nafsu syahwat yang sering cenderung kepada hiburan dan keseronokan, relaks dan santai..
Reply
19-12-2011, 08:36 AM,
Post: #13
RE: Tips menjadi lelaki hensem kacak bergaya
banyak la seksi..... ROFL

Diorang bukan la ngorat, gurau-gurau mcm tu je.
Tpi dgn laki lain tak pulak. GayFace












Rajin Belajar Pasti Berjaya
Tiada Kegagalan Setelah Berusaha
Itulah Cara Membalas Jasa
Pengorbanan Guru Dan Keluarga Tercinta
Big Grin

Spoiler:
[Image: 522167_476797252342999_168490270_n.jpg]
Reply
19-12-2011, 09:04 AM,
Post: #14
RE: Tips menjadi lelaki hensem kacak bergaya
kalau ada lelaki kena ngorat tu.. mesti salah sangka.. igt dia lelaki pujaan la tu.. padahal pempuan biasa la menyakat.. gurau2 macam lelaki gak..

lelaki kalau ngorat lebih2.. dh tahu dah.. lelaki ada perasaan.. kalau pempuan ngorat lebih2.. pun same gak.. kekekeke..

pengalaman aku yg dh bekahwin ni..

1- ayat kena power.. (jujur walaupun cite hebat.. jgan menipu tapi cite hebat.. ikhlas tapi cite kena hebat gak)
--> cite hebat macam sembang kemas.. tapi jgan diselitkan dengan penipuan.. cite hebat bila kehebatan anda disitu..

2- pakaian,perfume dan rambut
--> 3 pekara diatas mmg kena dititikberatkan.. tapi aku x praktik pun.. kadang2 je guna 3 pekara tu.. kalau x keluar ngan isteri.. aku rambut x sikat.. pakai tshirt suar pendek.. pakai selipar macam selipar jepun.. g shopping atau jalan2 mana2.. nmpk selekeh.. tapi poket ada isi.. ekekekeke

3- bila bedepan ngan awek/gf/secret admire.. korang jgan gopoh gelojoh.. rilex.. tenang.. tgk pempuan tu camne dulu.. yg penting riak muka pempuan.. ramai lelaki xdpat membaca muka pempuan mereka.. kadang2 buat lawak/gurau x kena tmpt.. pastu lelaki bila muram atau sedih jgan tunjuk dpan pempuan mereka.. sbb waktu ini la EGO korang tingi.. korang mengharapkan pempuan memujuk atau cuba membantu.. atau mengembira kan lelaki.. tetapi bila pempuan ambil x kesah atau lupa.. andaikan pempuan lupa atau abaikan lelaki.. lelaki EGO akan keluar.. tiba2 pong kena sebijik kat pipi..

aku dulu pun ramai gak aku try ngorat.. tapi hampa gak.. last2 dpat jugak.. mungkin dh jodoh.. jodoh xkan datang sendiri kalau x usaha.. tapi sebelum nk kahwin atau betunang.. dalam peringkat couple ni.. buat2 la solat istikarah.. sebelum pergi ke peringkat lebih jauh..


merepek dh aku nie.. pagi2 yg indah..
[Image: 1731076556.png]
Reply
19-12-2011, 09:22 AM,
Post: #15
RE: Tips menjadi lelaki hensem kacak bergaya
(19-12-2011, 09:04 AM)rapple86 Wrote: kalau ada lelaki kena ngorat tu.. mesti salah sangka.. igt dia lelaki pujaan la tu.. padahal pempuan biasa la menyakat.. gurau2 macam lelaki gak..

lelaki kalau ngorat lebih2.. dh tahu dah.. lelaki ada perasaan.. kalau pempuan ngorat lebih2.. pun same gak.. kekekeke..

pengalaman aku yg dh bekahwin ni..

1- ayat kena power.. (jujur walaupun cite hebat.. jgan menipu tapi cite hebat.. ikhlas tapi cite kena hebat gak)
--> cite hebat macam sembang kemas.. tapi jgan diselitkan dengan penipuan.. cite hebat bila kehebatan anda disitu..

2- pakaian,perfume dan rambut
--> 3 pekara diatas mmg kena dititikberatkan.. tapi aku x praktik pun.. kadang2 je guna 3 pekara tu.. kalau x keluar ngan isteri.. aku rambut x sikat.. pakai tshirt suar pendek.. pakai selipar macam selipar jepun.. g shopping atau jalan2 mana2.. nmpk selekeh.. tapi poket ada isi.. ekekekeke

3- bila bedepan ngan awek/gf/secret admire.. korang jgan gopoh gelojoh.. rilex.. tenang.. tgk pempuan tu camne dulu.. yg penting riak muka pempuan.. ramai lelaki xdpat membaca muka pempuan mereka.. kadang2 buat lawak/gurau x kena tmpt.. pastu lelaki bila muram atau sedih jgan tunjuk dpan pempuan mereka.. sbb waktu ini la EGO korang tingi.. korang mengharapkan pempuan memujuk atau cuba membantu.. atau mengembira kan lelaki.. tetapi bila pempuan ambil x kesah atau lupa.. andaikan pempuan lupa atau abaikan lelaki.. lelaki EGO akan keluar.. tiba2 pong kena sebijik kat pipi..

aku dulu pun ramai gak aku try ngorat.. tapi hampa gak.. last2 dpat jugak.. mungkin dh jodoh.. jodoh xkan datang sendiri kalau x usaha.. tapi sebelum nk kahwin atau betunang.. dalam peringkat couple ni.. buat2 la solat istikarah.. sebelum pergi ke peringkat lebih jauh..


merepek dh aku nie.. pagi2 yg indah..

saya masih menunggu buah hati GayFace
Menurut Ghazali, antara tanda mencintai ALLAH adalah mengutamakan ALLAH berbending nafsu syahwat yang sering cenderung kepada hiburan dan keseronokan, relaks dan santai..
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Tips Penjagaan Cakera Keras Luaran (External Hard Disk) matz 9 849 16-10-2013, 11:46 PM
Last Post: Taz
Lightbulb Sukarnya Menjadi Genius? Aybak 20 2,540 21-07-2012, 12:05 PM
Last Post: Aybak
  Nak+sayang - Perangai lelaki XdeathX 6 1,639 20-05-2012, 03:21 PM
Last Post: XdeathX
  Lelaki daripada China jadikan komputer seperti iPad blaze08 12 2,234 13-03-2012, 09:52 PM
Last Post: Codeshift3r
  Facing down the Ramnit virus on Facebook: Tips for protection and clean-up rapple86 3 815 26-01-2012, 11:53 AM
Last Post: rapple86
Big Grin [Pertanyaan]Tips or Trick Poker Chip kat fb... whcool 18 1,986 10-11-2011, 09:08 PM
Last Post: whcool
  [Global] Lelaki atau wanita lebih ramai? servant_fox 7 1,820 28-08-2011, 12:12 AM
Last Post: matz
  Tips pembelajaran cemerlang Stynx 7 1,083 10-04-2011, 12:16 AM
Last Post: parkerhanafi
  5 tips traffic tinggi wan 0 354 17-02-2011, 12:31 PM
Last Post: wan
  10 tips penjagaan mata bagi pengguna komputer aa 9 2,196 05-12-2010, 11:12 PM
Last Post: penyapulidi

Forum Jump: