TBD Rules & Policy
|
16-04-2008, 10:50 PM,
![]() |
|||
|
|||
TBD Rules & Policy
TBD.my - Pengetahuan yang tidak terhad
**TBD.my atau TBDSecurity akan dirujuk sebagai 'kami' dan 'TBD' selepas ini. Kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang aktiviti yang dilakukan oleh ahli forum/ahli kami, MELAINKAN dinyatakan sebaliknya. Kami tidak akan bertanggjawab jika terdapat laman web yang digodam memaparkan nama TBD. Peraturan TBD tidak membenarkan menggunakan nama TBD jika ada ahli yang menceroboh/godam sistem komputer. Mungkin juga ada pihak ketiga yang mengambil kesempatan untuk menggunakan nama TBD. Tujuan kami ditubuhkan adalah untuk mendalami ilmu keselamatan sistem dan bukan untuk menyalahgunakannya untuk kepentingan peribadi. Ahli TBD ditegah daripada menceroboh/hack sistem yang sensitif (cth: Kerajaan Malaysia,Bank dll) Ahli TBD ditegah daripada menyalahgunakan pautan(link) yang dipost di dalam tbd samaada menjadikan laman tersebut sebagai sasaran hacking dan sebagainya. (Sekiranya anda menjumpai masalah di dalam web site mereka, sila maklumkan kepada mereka melalui sistem PM forum.) Sekiranya didapati ahli TBD melanggar Polisi 'TBD.my', tindakan akan diambil untuk mengelakkan kejadian yang sama daripada berulang. ------------------------------------------------------------------ A. Ringkasan Peraturan - Umum 1. Mesej yang dibalas di dalam sesuatu topik mestilah bersesuaian. Anda tidak dibenarkan sama sekali keluar topik di dalam thread-thread yang tidak sesuai. Hormatilah pembuka topik tersebut. 2. Setiap orang mempunyai pendapat dan sensitiviti yang berbeza-beza di dalam sesetengah isu. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan topik yang dibuka oleh ahli lain, atau tidak berminat dengan isu yang diutarakan, atau mendapati posting yang disampaikan bercanggah dengan pendapat anda, anda dinasihati supaya TIDAK POST apa2 di topik tersebut. 3. Ahli tidak digalakkan untuk membuat posting pendek dan menggunakan smilies semata-mata. 4. Membuka topik: Pastikan tajuk topik yang akan dibuka bersesuaian dan jelas menggambarkan isi topik tersebut. Tidak dibenarkan ayat seperti "Tolong lah...", "ada masalah..." dan sebagainya. Topik sebegini akan dibuang tanpa sebarang amaran. Dilarang CAPS (huruf besar semua) tajuk topik yang ingin dibuka. 5. Sila pastikan anda meletakkan sumber URL/link sekiranya anda menghantar mesej dari sumber yang lain. 6. TIDAK dibenarkan menggunakan nama TBD, TBDSecurity, nama domain TBD dan apa sahaja yang berkaitan dengan TBD jika menggodam sistem komputer samaada di laman deface dan sebagainya. 7. Cuba serius/profesional/MATANG bila membalas sebarang topik 8. Jangan minta untuk diberi Reputation. Jika didapati bersalah, anda akan diberi 1 negatif rep secara percuma. 9. Reputation + dengan cara spam adalah dilarang sama sekali.Jikalau anda melakukan rep secara spam atau membuka duplicate ID, +rep anda akan di buang serta merta dan anda mungkin akan di BAN secara permanent. B. Peraturan Forum 1. Sila hormat pada semua staff forum TBD. 2. Dilarang mengirim pos yang boleh menyentuh tentang agama, keturunan, politik, ataupun sensitiviti kaum. 3. Dilarang mengirim pos berkaitan dengan pornografi samada dalam bentuk grafik, ayat, ataupun tanda isyarat kecuali dinyatakan. 4. Ditegah daripada mengirim pos sampah (spam). Spam di sini diklasifikasikan sebagai pos yang tidak bernas. Samada kiriman satu patah perkataan ataupun kiriman 'emoticon' (termasuk gambar, dengan tiada penjelasan/keterangan mengenai gambar tersebut). 5. Dilarang memulakan atau menghidupkan pergaduhan di dalam forum. Mencetuskan kemarahan juga boleh dikira sebagai memulakan pergaduhan. 6. Ketetapan avatar yang dibenarkan adalah tidak lebih daripada 120x120 piksel. 7. Pastikan post tidak merosakkan keadaan asal forum dengan menghantar text yang panjang. Jika post anda merosakkan keadaan forum, sila edit. 8. Ketetapan tandatangan (signature) yang dibenarkan adalah tidak lebih daripada 700x200 piksel (lebar x tinggi) dan saiz tidak melebihi 500KB (bagi gambar). 9. Dilarang mengirim pos/topik yang sama berulang kali dengan sengaja. Walaupun 'double-post' dibenarkan, tetapi situasi itu hanya berlaku apabila berlaku masalah rangkaian. 10. Anda digalakkan menggunakan Bahasa Melayu/Bahasa Inggeris dengan tidak mengamalkan penggunaan bahasa singkatan (Bahasa SMS). 11. Anda haruslah menghormati setiap individu samada di dalam ataupun di luar forum supaya anda dihormati kembali. 12. Sekiranya anda mendapati staff TBD menyalahgunakan kuasa, sila laporkan kepada Administrator forum. 13. Tidak dibenarkan untuk meminta user lain untuk menambah rep. Reputation adalah sebagai penghargaan jika apa yang anda post adalah berguna dan negatif rep akan diberi jika orang lain fikir post anda adalah sampah dan tidak berguna. 14. DILARANG KERAS mengadakan perbincangan tentang fraud dan yang berkaitan dengannya termasuk perkongsian maklumat kad kredit. 15. Untuk setiap 'show off' perlu disertakan POC(Proof of Concept) dalam tempoh 24 jam atau topik anda akan dibuang tanpa notis. 16. Untuk perkongsian program/software/tools diWAJIBkan melakukan kajian terlebih dahulu agar program/software/tools itu terbukti bebas dari apa-apa backdoor.Contoh gunakan virustotal/jotti scan. 17. TBD menggalakkan ahli nya utk berkongsi sesuatu di forum dgn perkara yang berfaedah.Apabila seseorang berkongsi dengan anda ,sebaiknya jangan lah anda mempersoalkannya dgn cara yang negatif.Tegurlah dengan sebaiknya.Jagalah hati sesama ahli. 18. Likes/Thanks: Ahli tbd seharusnya tidak menyalahgunakan fungsi ini, fungsi ini untuk menunjukkan jika sesuatu post/thread itu membantu atau memberi manfaat kepada orang lain atau diri sendiri. Ahli yang didapati menyalahguna fungsi ini akan dikenakan tindakan sewajarnya, seperti dihalang daripada mengakses forum (Ban). INFRACTION ATAU BAN AKAN DIKENAKAN KEPADA MEREKA YANG "FLAME" SEBELAH PIHAK ATAU KEDUA BELAH PIHAK.SENIOR ATAU JUNIOR TIDAK BERKECUALI. Quote:TBD.my - Unlimited Knowledge ![]() |
|||
21-09-2010, 05:36 PM,
![]() |
|||
|
|||
RE: TBD Rules & Policy
RULES UPDATED.
Sila lihat A.7. ![]() |
|||
13-09-2012, 01:06 PM,
![]() |
|||
|
|||
RE: TBD Rules & Policy
NEW RULES UPDATED.
SILA LIHAT A.9. (+REP SPAM) DAN B.17. (FLAMING) |
|||
« Next Oldest | Next Newest »
|
Possibly Related Threads... | |||||
Thread | Author | Replies | Views | Last Post | |
Shoutbox Rules | Taz | 0 | 2,745 |
03-08-2009, 10:42 PM Last Post: Taz |