TBD.my

Full Version: Sesi IceBreaking
You're currently viewing a stripped down version of our content. View the full version with proper formatting.
Pages: 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14
Assalamualaikum,

Aku rase dah tibe mase, untuk aku buat IceBreaking ( dalam satu topic ni je )

Tujuan aku buat ialah, aku just nak kenali semula, kamu semua....tak kire, Admin, Moderator, Trial Mod, User biase, or banned.. aku cuma mahu kenal!

Tolong reply dalam format seperti ini :

Nama sebenar :
Gambar Sebenar : < kalo malu, godai XD >
Bio :



Aku buat mcm nie supaye antara kita ni, kuatlah sikit silaturahim. Harap bekerjasama, jangan spam ( ini topic post counted )

Sekian ~

Ketika kamu lahir,kamu menangis dan orang di sekelilingmu tersenyum.Jalanilah kehidupanmu sehingga nanti,ketika kamu mati,
kamu tersenyum dan orang di sekelilingmu menangis. tibe-tibe plak...ngaa.. Evil
saya rasa, elok tuan tanah start dulu..

nanti, bile tuan tanah da start, i edit blk post ni eyrk..

Quote:Nama : Mohd Azri
Gambar : http://www.facebook.com/ <-- sila la tgk kat dalam.. hehehe.. Search yerk..

Story sket :
2000 : Mula-2 berkenalan dgn komp. Xknal lg internet.
2001 - 2005 : Duduk asrama, bulan 12(cuti sek) jerk men komputer. Da knal internet, IRC selalu main.
Guna IRC utk @SOP Chan -> Founder #channel -> $cript.. Naik form5, malas da dgn IRC.. abis duit kt CC jer byk.. umah xde komp n internet..
2006 : Berhenti dari segala mnde berkaitan komp.. Terlibat dgn dunia lepak, lepak, lepak..
2007 : Belajar kat kolej, kenal balik dgn komputer. Mula2 jumpa Hotspot. Tetiba gian dgn internet.. Myspace n FS..
2008 : Pindah kolej, kegiatan dunia IT berkurangan..
2009 : Gf ak beli laptop. Ak beli modem broadband. Abiskan masa dengan dunia download.. Belajar cara format ..
2010 : Berkenalan ngan TBD... Da reti deface da.. Byk mnde lg nk bljr ni..
Ni jerk la story dr saya...

sekian,

abc
Nama sebenar : Muhammad Anas Haidhar
Gambar Sebenar :http://facebook.com/anazhd

Bio : Anak kelahiran Sabah, tapi bukan berdarah Sabah. Bapak Singpura , Mak Johor. Anak ke-3 dari 3 orang. Bongsu la ni ye. Seorang yang panas baran ( di dunia luar je ), peramah ( ye ke? ) dan tak hensem. XD . Aku mula menjinakkan diri dengan dunia komputer pada usia 4 tahun. Masa tu aku sibuk main game Mario je! 4 tahun babe, mario je... Dan selepas 4 thun tu, iaitu pada usia 8 thun, aku telah terjebak dengan dunia INternet. Bende pertama aku buat ialah eMail. ( anas7664@yahoo.com ) <-- aku tak ingat dah pass.

Tapi dunia internet aku agak terbatas disitu sahaja sehingga aku berusia 11 tahun. Aku pada masa itu sibuk tengok bapak aku pasang Parabola Internet ( besau! ) dekat Sekolah Menengah Kebangsaan Elopura ( google please ). Sejak dari itu, aku dah cair bair ngan dunia teknologi ini... Kire macam jatuh cinta. Kemudian aku mulalah melakukan aktiviti2 paranormal Big Grin . Aku register sana sini, tapi tiada tujuan lagi pada masa itu. Aku lebih ke arah GAMING. Tapi game merepek gak -.-! .

Form 1, aku telah mendapat berita gembira, baba ku mahu pindah ke Johor semula, kampung asal. Aku rase sangat, ............uh! x tau nak ckp ape. Sedih + happy. aku dulu budak liar gak, malam2 keluar rumah balek kol 2-3 pagi ( mase aku budak2 lagi tu ).. Bile aku dah pindah johor, aku dah jadik lain. Aku tak campur ngan orang luar. Just kawan di sekolah, buku di rumah. Tahap nerd tu.

Masuk Form 2, aku dah berubah sedikit. AKu mula giat menjalankan akitivi online gaming. main smpai pecah kepale, pecah bibir, pecah kace pecah gelas. Memang tak ingat dunia. Game yang aku main, RYL2 je pon -.- . Sampai la ke form 3 aku main. Sedangkan mase PMR pon, aku malam men game tu, tak study pon. tapi result ok plak Big Grin . Pada masa-masa itu lah aku mula join TBD, tu pun aku tau dari wanbotak.topme.com@wanbotak.com.. aku dapat tau dari Riperx ( moderator lame wanbotak ) . AKu ade la buat spoil sikit kat forum wanbotak tu, aku hack vbulletin die tu.. smpai wan terpakse buat forum baru.. forum lame mati.

Masuk dunia Form 4 ini, jalan agak berbelit-belit. Aku pindah ke sekolah lain, dengan tujuan nak berjaya dalam Engineering. Tapi malangnya, aku pindah balek sekolah asal sebab aku tak selesa dengan sekolah baru tu. Dah aku pulang ke sekolah asal, kebetulan parent aku pasang SteamIt 384kbps, pergh.. memang aku start LAYAN la mase tu. Aku starting dengan YM. Aku chat dengan Abe suhz selama bererapa hari tanpa henti Big Grin... ade la break 4-5 jam sebab tido.

Dah tu aku start learning scripting2 nie. Korang ley tahu aku dengan kemunculan Webscube <- hah, aku buat hosting business. suhz yang ajar. tapi perniagaan aku tak beberapa mantap. just untung dalam berape ratus je. ade la dalam 5-6 ratus. Tapi aku buat hosting tu just untuk kegunaan aku sendiri. Orang beli hosting aku, aku gune duit untuk beli domain aku sendiri, untuk aku enjoy2 la konon. Aku gak gune duit tu untuk beli game original dari Steam. Aku buat shopping barang2 siket :P .

Mase puase 2009, aku mula berjumpa ngan Suhz, mulenye aku just acah je, suwoh abe tu dtang umah aku. Tak sangka, betul2 die datang! Die bertolak pukul 11 malam, smpai pukul 2 pagi gitu. Nice bro! Serius dalam persahabatan. pagi tu gak kitorang sahur dekat Bandar Sri Alam Masai Johor. area2 aku la tu. Dan pagi tu, kitorang pi jumpe ParkerHanafi kat Kluang <-- die dah kurang aktif kat tbd dah. Tu je kot? Big Grin . Kemudian aku tubuhkan group Mass Deface. diterajui oleh Aku, Najster, Stynx dan amerwafiy. agak jaat mase tu. kerje nak rosakkan web orang. Big Grin

Kemudian, kalau korang perasan, aku tiba2 missing 3-4 bulan. Ni kisah yang agak panjang aku nak cerite la. Aku mase hujung tahun bnyak sngt akitiviti kene buat, so aku leave dunia internet sekejap. tpai bile je aku nak start balek dunia ni, tetibe aku dapat lampu merah dari Mak aku. Die risau SPM aku. sebab aku bnyk leka. Selalu tak tido berhari2. Mate smpai biru2 sebab penat. So mak aku memang decide, slow down kan aku punye aktiviti internet ini. >.< . Perit oi! tapi aku rase biase je, sebab aku tak kesah sngt. dunia ni takkan ilang. cuma GIAN tu je la... macam hisap dadah gian die tu.

Dan starting bulan 4 aku dah up balek dunia ni. Slow2 je aku start. Sebab aku nak keep low profile. Aku start traveling ke Damansara, tempat makcik aku. Kat sini la aku reunite semula dengan Suhz, Naj dan XshimeX . Ade gambar kat FB. checkidot! Dan selepas2 itu, mula la cerita hari ini... ( kire dah takde crite la nie )

Future :
Aku menjangkakan, mungkin aku akan terjebak dalam bidang lakonan. ( mungkin je, sebab mmg aku minat bende ni, just aku x suke publicity :| ) . Paling tak pon, aku akan jadik host rancangan atau penyampai radio. ( follow my idola, Aznil Nawawi Big Grin ) . Tapi kalau semua tu tak lepas, aku akan bukak kedai Komputer, bina empayar wehosting baru. Insyaallah.

dan aku nak kawin ngan Scha. minat gile kat die ROFL


Dah setel sesi aku. korang plak?
Aku punya : @@ dah setel ! Smile

gempak bio ko. aku takmo citer bio abes bocoq... xD
who is next? hunger for story of person. i want to stalk you, kidnap, and kill! XD

ps : ABC pangkat brother... repect Big Grin
NAMA sebena : Muhammad Nazmi bin Mazlan
Facebook : Search Nazmi mazlan

Bio aku ringkas malas panjang :

aku dilahirkan kat Ipoh perak dan mula mengiat dalam internet masa umur 12 tahun Smile, aku duk asrama dari form one so x selalu aku dapat Online, pastu kawan aku ajak masok forum ni http://wanbotak.top-me.com dimana aku jumpe ngan suhz,Botax,blood999,Shime [ Lembu ] ROFL Riperx,Shin asuka, Aku diangap spam di sana Smile sebab aku baru start berforum Smile nick aku dulu darkkroit :0 skang aku pakai kroit jek Smile, dari wanbotak aku start belajar skit2 pasal internet semua dari aku asyik main game jek, dan satu masa Shime tubuhkan Forum Hacking iaitu Forum Ahaq, So aku join 2 forum Smile Wanbotak ngan Ahaq , Sampai skang aku lepak kat forum yang ditubuhkan SHIME Smile
Aku ingat lagi. Forum.ahaq.net , ahaq.net , tbdsecurity.com , tbd.my Smile


Aku ni comment bio org tapi tak post bio sendiri =)
Nama sebenar : Naj
Gambar Sebenar : godai Lulz
Bio :

Umur : 19 tahun

Dilahirkan di KL. Mulanya masa aku 8 taun dengan komputer tak kenal alam maya lagi. Start pun main game fifa. Masa 12 taun buat Email, then tiap2 hari online cari lirik lagu omg. Dan mula main online game seperti CS, Ragnarok Online, Serious Sam, Half life. Masa form 3 try buat server Ragnarok Online sendiri. Tak lama pun dapat host. Sebab PC kayu, dengan PMR lagi. Player cecah 200+ woot. Sampai PC overheated ROFL Then aku kenal Ueki dekat Ragnarok Online yang datang server aku bising2 cakap aku curi data server dia -.-. Then Ueki ajar aku main Yahoo booter sampai PC aku kena anta kedai setiap bulan sebab jadi penternak virus. Masa tu tak reti pomat sendiri lagi. Then masa bulan puasa 2008, Ueki ajak lepak xshimex.org. Time tu yang aku kenal suhz n shime je. Tak rapat pun. Then bermula la zaman wanbotak.com. Ramai aku kenal dekat sana. Mal, notystar.exe, adeq, amsama, amrules, Shinn, Riperx, blood999, kroit, anaz, Hazim dan ramai lagi. Ujung taun 2008 xshimex buat website host episode2 Naruto Shippuden (Aku yg kene upload Lulz) dan mula ajar aku dunia internet yang betul. Macam SQLi, RFI, LFI, and benda2 deface. Then dia tubuhkan ahaq.net yang suhz bagi domain free (Asal TBDSecurity), and barulah wujud TBDSecurity (Skarang TBD.my) dan di TBD la ramai aku kenal Smile Evil Aku ingat lagi suhz host RO2 (JomzRO2) time tu aku rapat gila dengan Mal Love Dan dari situ gak aku kenal Mie (Stynx) yang bangga sangat dapat 5A sampai tanye aku ulang2 adik aku dapat berapa A omg. Zaman wanbotak.com pun dah hilang sampai sekarang. Rindu gila time tu Sad Sad . Hmm sampai sini je kut aku dapat ceritakan.GayFace
sama la kita naj tapi aku zaman wanbotak dulu lagi Big Grin
name etc: Suhz je tau,setahu aku XD

Umur : mid 20~

Bio : first PC aku zaman 1993 dan 1st internet 2000

dulu pakai ms dos 386 ape ntah lalu 95 smpai lah skrg tengah usha linux

aku kenal TBD dari HMsecurity

aku bukan rakyat Malaysia XD

Parents both Singapura + aku + skrg ini pun

[Image: 845624003.png]

aku dari dulu nak belajar programming,h4x,linux,web development - mcm cool

tapi sampai sekarang pun tak pandai2 -.-

slow learner kot

aku suke lepak sini despite bkn senegara sebab aku feel at home,forum bahasa melayu...ada pasal agama2 sikit2,kire ada taste bangsa sendiri ar

aku pun bkn suke sangat jadi Singaporean XD

kalau kat Malaysia tu nak kerja dia cari Mandarin speaking only...imagine je lah kasi sini XD

Singapore negara yang probably paling top no. 1 dalam social engineering rakyatnya yang dah jadi robot + hidup dalam ketakutan GayFace

//End
Nama Sebenar : Muhammad Faris Bin Othman
Umur : under20
Gambar Sebenar : ini saya
Bio : -
  • Dilahirkan dan dibesarkan di Pulau Pinang.
  • Aku kenal internet masa aku darjah 5 kot kalo tak silap. (First time aku pegang pc sendiri. Masa tu pc spec Pentium 4, OS Windows XP Home Edition je)
  • Masa tu aku tak kenal apa lagi erti hacking, exploit, programming or bla2
  • Apa yang aku tau masa tu cuma game, game, game, game.
  • Game yang aku start main kenal masa tu counter-strike, half-life, COD, battlefield, and bla2 game perang.Time ni aku gila main game genre FPS .Lepas tu, baru la RYL1 dan RO start diperkenalkan oleh seorang sahabat aku. (Sekarang ni beliau telah berada di dunia yang berasingan dari kita semua.)
  • Nampak macam best so aku try main, bila dah try main aku rasa macam dah jatuh cinta kat game tu omg pastu aku balik then download kat umah
  • Time aku masa tu mana la kenal erti internet download speed, uplod, segala mak nenek la. So aku pun tunggu la sampai abis donlod tanpa tutup pc sampai tak larat kena sound ngan mak aku la Big Grin
  • Lepas da abis donlod tu baru aku install la, last2 takleh nak main sebab pc spec aku tak support. Then lepas baru la aku start kenal tentang upgrade2 pc ni.Macam2 aku upgrade, lupa dah bapa juta aku abis. Tapi aku puas hati masa aku upgrade tu, sanggup kumpul duit sekolah hari2 semata2 kerana gama + pc.
  • Then berapa tahun lepas tu, aku start kenal apa tu hacking game online. So aku pun search la merata google, cari hack untuk game yang aku main. Entah berapa banyak dah aku kena banned, berapa banyak da game aku hack. Lupa abis da.
  • Dah lepas gila main hack, aku start belajar cara nak buat server sendiri. And pada masa tu la aku kenal ngan wanbotak, guru dan sahabat paling best la.. Aku kenal dye dalam 2taon lepas kot.
  • Macam2 aku belajar dari dia, dari hacking sampai la buat server sendiri, server RYL. Wan la yang ajor macam2. Masa tu aku tak lepak forum dye. Sebab aku mane reti forum2 ni. Aku tanya wan macam2 la masa tu. Then, tak lama lepas tu PC aku rosak. Sebabnye aku main masa guruh, kilat , hujan lebat, blackout. Aku on balik, , dah takleh da. So hilang la abis aku nyer dunia internet. Aku gi antar kedai dorang cakap boleh repair, tapi kena dekat rm1k lebih, aku cancel je.
  • Dua tahun kemudian, aku beli laptop . baru la aku kenal ngan dunia internet balik..aku tengok member aku main gfx, rasa cool je mase tu. aku nak try then aku contact wan balik. aku tanya sal gfx ni, then masa ni la aku dikenalkan tentang TBD.my ni.
  • Aku saja round2 forum ni as Guest. Macam2 aku jumpa, so aku kenalkan la diri kat sini. Tak sangka team2 old timer dan mod2 sini semua sporting walaupun budak baru ni taktau ape2 langsung. Banyak kasik tunjuk ajar. Kedatangan aku disambut oleh warga2 tbd yang baik hati dan kacak serta bijaksana dengan cara yang paling cool la.. korang memang best !
  • Then disini la aku start belajar macam2, sampai la full aku disk space punye install application untuk belajar. Dari SQLi, DDoS, RAT, GFX and bla2 semua aku try. (biasa la jakun sekejap, tak pernah jumpa benda asing)
  • Aku explore TBD slow2, macam2 aku belajar kat sini. Tapi bila minta aku senaraikan ape aku belajar? Entah. Taktau nak cakap . Aku try macam2, webhosting la, forum la, and bla2 semua aku test. sampai jahanam la site aku try tu. haha
  • Dalam kegembiraan aku lepak sini, aku teringat wan ada cakap kat aku.. lepak TBD make sure stay tuned sana, jangan biar TBD jadik cam forum wanbotak.com da la.. Dulu meriah sekarang senyap sunyi.orang on9 pun da tak tak macam dulu. sekarang ni 2,3 hari cuma ada 1,2 je online. tu pun tak sampai sejam. (sedih aku dengar citer wan)
  • Harapan aku kat sini semoga TBD terus meriah dan ceria. Tiada sengketa antara kita. Baik yang muda ataupun yang tua. (ceh. macam raya da..haahahaha!)
  • Tu je kot bio aku, kalo ader salah silap tolong tegur la ye. Bermaaf-maafan sesama kita di hari yang indah ini. =)

Penat eh aku tulis bende ni, otak blanx bin blur binti beng @k@ blackout ! ROFL
(13-06-2010, 10:44 AM)cermin Wrote: [ -> ]name etc: Suhz je tau,setahu aku XD

Umur : mid 20~

Bio : first PC aku zaman 1993 dan 1st internet 2000

dulu pakai ms dos 386 ape ntah lalu 95 smpai lah skrg tengah usha linux

aku kenal TBD dari HMsecurity

aku bukan rakyat Malaysia XD

Parents both Singapura + aku + skrg ini pun

[Image: 845624003.png]

aku dari dulu nak belajar programming,h4x,linux,web development - mcm cool

tapi sampai sekarang pun tak pandai2 -.-

slow learner kot

aku suke lepak sini despite bkn senegara sebab aku feel at home,forum bahasa melayu...ada pasal agama2 sikit2,kire ada taste bangsa sendiri ar

aku pun bkn suke sangat jadi Singaporean XD

kalau kat Malaysia tu nak kerja dia cari Mandarin speaking only...imagine je lah kasi sini XD

Singapore negara yang probably paling top no. 1 dalam social engineering rakyatnya yang dah jadi robot + hidup dalam ketakutan GayFace

//End
hu3...org singapore tu..
Drunk
haha, citer la korang punyer
Cool story Cermin! Aku tak tau pon ko dudok sane. kalau ku tau, ku sudah usha2 tempat mu.!
ok, who is next?
(13-06-2010, 11:49 AM)Mr aNazHD Wrote: [ -> ]Cool story Cermin! Aku tak tau pon ko dudok sane. kalau ku tau, ku sudah usha2 tempat mu.!
ok, who is next?

ko woodlander kn? bapak ko org woodland?
Pages: 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14