TBD.my

Full Version: Tutorial: Menghubungkan SQLite Dengan Java
You're currently viewing a stripped down version of our content. View the full version with proper formatting.
Assalamualaikum / Salam Sejahtera,

Dalam tutorial ini, saya ingin menunjukkan bagaimana caranya untuk menghubungkan SQLite dengan bahasa pengaturcaraan Java. Setakat yang ramai pelajari, Java hanya digunakan untuk aturcara biasa tanpa melibatkan pangkalan data. Jika anda sudah mampu mengaturcara atas plartform Java, pengetahuan mengenai sambungan ke SQLite akan membantu anda untuk lonjak ke hadapan dengan pelbagai lagi aplikasi boleh ditulis seperti Inventory System dan sebagainya.

Pertama sekali, terlebih dahulu anda perlu muat turun perisian SQLite daripada laman rasminya. Sesudah anda memuat turun perisian tersebut, masukkannya ke dalam Environment Path anda. Berikut ialah url untuk anda muat turun. Saya telah memilih "sqlite-shell-win32-x86-3071000.zip" untuk dimuat turun daripada url berikut.

Code:
http://www.sqlite.org/download.html


Sesudah itu, buka Command Prompt anda dan lakukan seperti dalam gambar di bawah. Dalam gambar di bawah, saya telah meminta SQLite untuk menghasilkan sebuah pangkalan data yang dinamakan telefon.db. Dalam pangkalan data tersebut, saya telah membina sebuah table yang dinamakan record. Table tersebut mempunyai dua column yang dinamakan sebagai nama dan nombor.

[Image: Ka1sk.png]


Sebelum anda mulakan pengaturcaraan, muat turun Java JDBC bagi SQALite dari url berikut. Kemudian, masukkan ke dalam projek Java anda.

Code:
http://www.zentus.com/sqlitejdbc/


Di bawah merupakan kod sumber yang telah saya tulis untuk menunjukkan anda bagaimana caranya bagi anda menghubungkan SQLite dengan aplikasi Java anda. Anda boleh belajar daripada kod sumber berikut.

Code:
import java.sql.Connection;
import java.sql.DriverManager;
import java.sql.ResultSet;
import java.sql.Statement;
import java.util.Scanner;

public class BukuTelefon
{
  public static void main(String[] args)
  {
    Connection con = null;
    ResultSet result = null;
    
    Scanner konsole = new Scanner(System.in);
    
    String db = "telefon.db";
    
    try
    {
      Class.forName("org.sqlite.JDBC");
      con = DriverManager.getConnection("jdbc:sqlite:" + db);      
    }
    catch(Exception e)
    {
      System.out.println("ERROR: " + e);
    }
    
    for(int i = 0; i < 3; i++)
    {
      System.out.println((i + 1) + ".");
      
      System.out.print("   Nama    :");
      String nama = konsole.nextLine();
      
      System.out.print("   Telefon :");
      String number = konsole.nextLine();
      
      try
      {
        (con.createStatement()).executeUpdate("INSERT INTO record (nama, nombor) VALUES ('" + nama + "', '" + number + "')");
      }
      catch(Exception e)
      {
        System.out.println("ERROR: " + e);
      }
    }
    
    try
    {
      result = (con.createStatement()).executeQuery("SELECT * FROM record");
      
      while (result.next())
      {
        System.out.println(result.getString("nombor") + " - " + result.getString("nama"));
      }
      
      con.close();
    }
    catch(Exception e)
    {
      System.out.println("ERROR: " + e);
    }
  }
}


Saya ingat nak terangkan dengan lebih panjang. Namun begitu, segala yang saya berikan dalam tutorial ini seperti gambar, kod sumber dan url.. sudah cukup untuk menjelaskan segalanya. Sebarang soalan, boleh lah ditanya terus dalam thread ini. Smile
Code:
ERROR: java.lang.ClassNotFoundException: org.sqlite.JDBC

aku dh letak sqlitejdbc.jar kt satu dir yg sama dgn file.java tu..

Quote:Sebelum anda mulakan pengaturcaraan, muat turun Java JDBC bagi SQALite dari url berikut. Kemudian, masukkan ke dalam projek Java anda.
ape maksud masukkn?
aku xpki IDE.
(30-06-2012, 11:06 PM)phoenix Wrote: [ -> ]
Code:
ERROR: java.lang.ClassNotFoundException: org.sqlite.JDBC

aku dh letak sqlitejdbc.jar kt satu dir yg sama dgn file.java tu..

Quote:Sebelum anda mulakan pengaturcaraan, muat turun Java JDBC bagi SQALite dari url berikut. Kemudian, masukkan ke dalam projek Java anda.
ape maksud masukkn?
aku xpki IDE.

salah direktori kot ....semua kelas2 dia da panggil ke
letak dalam satu folder,
declare package namaforder; kat tiap2 java file, so nanti dia detect la mana2 library yg nak guna dalam folder tu nanti...

kalau salah mintak betulkan, ni seingat aku la bila coding coz aku pun malas guna IDE, still IDE gak membantu utk organize segala file, mungkin leh deploy luar IDE despite code di dalam, the best practice yg lecturer aku ajar
actually, kau kena masukkan sqlitejdbc.jar dalam classpath. aku guna IDE. tapi, simple IDE je lah kalau kau nak try. Smile bila Java buat compilation, segala class yang kau import akan dicari daripada package2x yang ada dalam classpath.

Code:
http://www.drjava.org/

(30-06-2012, 11:06 PM)phoenix Wrote: [ -> ]
Code:
ERROR: java.lang.ClassNotFoundException: org.sqlite.JDBC

aku dh letak sqlitejdbc.jar kt satu dir yg sama dgn file.java tu..

Quote:Sebelum anda mulakan pengaturcaraan, muat turun Java JDBC bagi SQALite dari url berikut. Kemudian, masukkan ke dalam projek Java anda.
ape maksud masukkn?
aku xpki IDE.