Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Cara - Cara Solat Jamak [Jalan Jauh]
#1
Solat Jama’ terbahagi kepada :

i. Jama’ Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Maghrib.

ii.Jama’ Ta’khir iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Isya’.

2.2 Syarat Solat Jama’

2.2.1.Solat Jama’ Taqdim

i.Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat Isya'.

ii.Hendaklah niat Jama’ Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul ihram.

iii.Berturut-turut di antara solat yang dijama’kan itu.

iv.Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul ihram solat yang kedua.

v.Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya’).

2.2.2. Solat Jama’ Ta’khir

i.Hendaklah berniat jama’ dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib.

ii.Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi salam solat yang kedua.

2.3 Contoh Niat

2.3.1 Jama’ Taqdim

i.Jama’ Taqdim Empat Rakaat

أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى

(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)

ii.Niat Jama’ Taqdim Beserta Qasar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى

(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)

2.3.2 Jama’ Ta’khir

i.Jama’ Ta’khir Empat Rakaat

أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى

(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)

ii. Niat Jama’ Ta’khir Beserta Qasar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى

(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)

sumber : http://apecer83.blogspot.com/search?updated-max=2009-06-10T00%3A14%3A00-07%3A00&max-results=5
-|ninja33|-
[Image: b_560_95_1.png]
Reply
#2
Tarima kaseh kerna sudi berkongsi ilmu sangat berguna nie.
[Image: tumblr_ld3v9m0PVS1qcqbaho1_500.gif]

PeaceBig Grin
Reply
#3
TambahanSmile
salah satu syarat sah solat jamak ialah Niat
kalau niat perjalanan tu nak buat maksiat, tidak sah solah jamak.

Kemuykilan ak...
kalau seseorang tu perjalanan dia nak pgi stadium tengok bola, mcm mn?
ye la, ade yg kata benda ni melalaikan, so mcm mn?
boleh jamak jgk ke???
Rajin Belajar Pasti Berjaya
Tiada Kegagalan Setelah Berusaha
Itulah Cara Membalas Jasa
Pengorbanan Guru Dan Keluarga Tercinta
Big Grin

Spoiler:
[Image: 522167_476797252342999_168490270_n.jpg]
Reply
#4
jama' bkn terbahagi dua je..ade lagi Big Grin
tp yg tu,perlu rujuk ustaz yg lebih memahami
itu yg aku pernah dgr

edit: ini myb soklan yg kdg2 terlintas,

kalau taakhir,zohor+asar dilakukan pada waktu asar..masa solat,solat mane kne dahulukan?
zohor dlu,or asar dulu ? Big Grin
[Image: 3EsGZgg.png]
uno akhirnya kau ngaku gak ye
Reply
#5
jamak taqdim la popcorn...
Big Grin
Reply
#6
(26-12-2010, 09:32 AM)p0pc0rn Wrote:  edit: ini myb soklan yg kdg2 terlintas,

kalau taakhir,zohor+asar dilakukan pada waktu asar..masa solat,solat mane kne dahulukan?
zohor dlu,or asar dulu ? Big Grin

kalau ta'hir, *asar+zohor* <smbhyg asar la dulu, pastu zohor.

kalau ta'dim, *zohor+asar* < zohor dulu

Rajin Belajar Pasti Berjaya
Tiada Kegagalan Setelah Berusaha
Itulah Cara Membalas Jasa
Pengorbanan Guru Dan Keluarga Tercinta
Big Grin

Spoiler:
[Image: 522167_476797252342999_168490270_n.jpg]
Reply
#7
betul2... Big Grin
tp ingt sama..
nk qasar ngan taqdim ni boleh..
ikot niat la..
kalo niat p tngok konsert ka pa ka xleh bt jamak..
Reply
#8
(26-12-2010, 01:07 PM)matz Wrote:  
(26-12-2010, 09:32 AM)p0pc0rn Wrote:  edit: ini myb soklan yg kdg2 terlintas,

kalau taakhir,zohor+asar dilakukan pada waktu asar..masa solat,solat mane kne dahulukan?
zohor dlu,or asar dulu ?
Big Grin

kalau ta'hir, *asar+zohor* <smbhyg asar la dulu, pastu zohor.

kalau ta'dim, *zohor+asar* < zohor dulu

sure ke?
dalam post fahmi dia gtau,
better ikut tertib..
tapi tu dalam jama taqdim..hurmm Big Grin

Quote:2.2.1.Solat Jama’ Taqdim

i.Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat Isya'.

aku pernah encounter mnde ni time form1..
tny someone..dia cakap,takpe mane2 dlu..tp btter ikut tertib if berseorangan

dia bg kes cmni

if kte nk jama' kt sbuah surau,kte nk jama' zuhur+asar di waktu asar..taakhir le ni..
then dlm surau,ade satu jemaah tgh solat asar..so,kte folo berimam tp niat utk jama'..asar dlu,then zohor..

ape2 pun wallahualam..moga diterima solat2 kita Smile

(26-12-2010, 12:57 PM)penyapu lidi Wrote:  jamak taqdim la popcorn...
Big Grin

jamak taakhir..aku tny pasal takhir..
keh3..sbenarny da tertulis pun kt atas..fahmi33 da post dlm awal2 post..

(16-04-2010, 04:27 PM)fahmi33 Wrote:  Solat Jama’ terbahagi kepada :

i. Jama’ Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Maghrib.

ii.Jama’ Ta’khir iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Isya’.

soklan matz lak
(26-12-2010, 09:23 AM)matz Wrote:  TambahanSmile
salah satu syarat sah solat jamak ialah Niat
kalau niat perjalanan tu nak buat maksiat, tidak sah solah jamak.

Kemuykilan ak...
kalau seseorang tu perjalanan dia nak pgi stadium tengok bola, mcm mn?
ye la, ade yg kata benda ni melalaikan, so mcm mn?
boleh jamak jgk ke???

itu kne tgk mnde ni tergolong dalam kategori mane..stiap kategori ade hukum dia..

so dlm kes ni..aku tak berani nk conclude..
tp game start kul 8 kn?
mgrb sempat lg tu..aku rs b4 enter stadium,ramai yg akan solat kt luar tu scara jemaah..pernah tgk dlu..
just isya' la ko akan lewatkan..abes game 2jam..dlm kul 10-11..
just make sure pastu solat la..jgn xsolat..
Big Grin
tp aku tak penah wat pun..aku mmg tak g tgk kt stadium
[Image: 3EsGZgg.png]
uno akhirnya kau ngaku gak ye
Reply
#9
tak tau la Popcorn...
ustaz n ustazah ak ajar...
kalau takhir, kte utamakan waktu solat tu dulu la (asar/ Isya')

********************
lg stu.
kalau solat jamak ta'dim, mse hari jumaat mcm mn?
lain ckit la niat di kn? Smile
Rajin Belajar Pasti Berjaya
Tiada Kegagalan Setelah Berusaha
Itulah Cara Membalas Jasa
Pengorbanan Guru Dan Keluarga Tercinta
Big Grin

Spoiler:
[Image: 522167_476797252342999_168490270_n.jpg]
Reply
#10
hari jumaaw mcm besa la..
smyng jumaat gak.. Big Grin
Reply
#11
(26-12-2010, 04:14 PM)penyapu lidi Wrote:  hari jumaaw mcm besa la..
smyng jumaat gak.. Big Grin

maksud ak, kalau kita nak jamak kan solat jumaat + asar,
biasa yg kita belajar zohor + asar.

>solat mcm biasa la, cuma niat lain ckit
"sahaja aku solat jumaat 2 rakaat mengikut imam, dihimpunkan dengan asar kerana Allah Taala"
Rajin Belajar Pasti Berjaya
Tiada Kegagalan Setelah Berusaha
Itulah Cara Membalas Jasa
Pengorbanan Guru Dan Keluarga Tercinta
Big Grin

Spoiler:
[Image: 522167_476797252342999_168490270_n.jpg]
Reply
#12
Aku ada 1 soalan.
Aku kerja bawak van pelancong, bawak pelancong dari 1 tempat ke 1 tempat lain.
Biasanya trip aku jalan :-

George town - jeti pulau perhentian - george town ( kos perjalanan 13 jam )
George town - cameron - gua musang - cameron - george town ( kos perjalanan 15 jam )

Perjalanan aku kena ikut masa, kena hantar kastemer ikut waktu yang di tetapkan melainkan ada sebab tertentu.waktu rehat aku xmenentu, so nak sembahyang mcm biasa tu memang susah.
So aku amik keputusan buat jamak.
then ada member kata aku xlayak buat jamak..
korang rasa cemane plak ?
nak pegi jmpa ustaz bertanya mcm xder masa.
Ada sesape boleh bagi jawapan tak ?
[Image: tumblr_ld3v9m0PVS1qcqbaho1_500.gif]

PeaceBig Grin
Reply
#13
(26-12-2010, 07:00 PM)hujanpagi Wrote:  Aku ada 1 soalan.

dari segi jarak perjalanan kan dah layak?
lebih 2 marhalah kan? (lebih kurang 90 km)

selain tu,
urusan kerja juga diboleh kan solat jamak.
cth:
doktor yang melakukan pembedahan 10 jam sehingga terlepas waktu solat.

dlm kes ko, ak ambik contoh, Pilot la...
diorang pun buat solat jamak jugak.Smile
Rajin Belajar Pasti Berjaya
Tiada Kegagalan Setelah Berusaha
Itulah Cara Membalas Jasa
Pengorbanan Guru Dan Keluarga Tercinta
Big Grin

Spoiler:
[Image: 522167_476797252342999_168490270_n.jpg]
Reply
#14
Itu pasai, tapi member aku dok pertikai..
dia kata masjid @ madrasah dah banyak skang.
so xperlu nak buat jamak.
" dalam hati aku, apesal dia pandai² nak berhujah pasal hukum Allah ? "
[Image: tumblr_ld3v9m0PVS1qcqbaho1_500.gif]

PeaceBig Grin
Reply
#15
(27-12-2010, 12:33 AM)hujanpagi Wrote:  Itu pasai, tapi member aku dok pertikai..
dia kata masjid @ madrasah dah banyak skang.
so xperlu nak buat jamak.
" dalam hati aku, apesal dia pandai² nak berhujah pasal hukum Allah ? "

Islam agama yang mudah....
kte je yg susah kan...

Allah itu Maha Mengetahui...
sbb tu la Al-Quran dan Hadis tu boleh pakai lagi walaupun dh lebih 1400 tahun umur dia.

Solat jama' tu salah satu nikmat dari tuhan.
Belajarlah mensyukuri nikmat. Smile
Rajin Belajar Pasti Berjaya
Tiada Kegagalan Setelah Berusaha
Itulah Cara Membalas Jasa
Pengorbanan Guru Dan Keluarga Tercinta
Big Grin

Spoiler:
[Image: 522167_476797252342999_168490270_n.jpg]
Reply

Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  [WTA] Cara Root Padfone Mini XdeathX 6 266 17-08-2014, 07:31 PM
Last Post: rakyat
  [ASK] Cara Nak Tumbuhkan Janggut @ jambang & Misai pumpkids 7 2,438 17-10-2013, 09:34 AM
Last Post: sil
  perhubungan jarak jauh miniang 35 8,632 25-02-2013, 01:10 PM
Last Post: romietan
  Senarai Universiti Yang Menawarkan Ijazah Jarak Jauh 127001 3 1,620 27-07-2012, 05:23 PM
Last Post: 127001
  <pertanyaan>Cara kira Penilaian Berterusan(PB) polteknik m4f14 4 1,692 17-06-2012, 08:31 AM
Last Post: m4f14
  [help] cara buat duit online anpa modal onlineisrock 10 1,435 29-05-2012, 05:52 PM
Last Post: Stalker
  Download Video dalam Facebook Private (privacy) cara mudah R1R1BELANKAS 9 2,934 07-03-2012, 08:17 PM
Last Post: R1R1BELANKAS
  [WTB] Paypal , cara bayar transfer CIMB fadzli07 4 1,672 19-01-2012, 11:34 PM
Last Post: fadzli07
  [ask]cara exploit worpress sendiri pron3t 2 629 16-12-2011, 09:06 PM
Last Post: Codeshift3r
  RM 10k kedai ape leh jalan??? cipanjb 18 2,389 06-07-2011, 08:43 AM
Last Post: sil

Forum Jump:

Users browsing this thread: 1 Guest(s)