Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
cara-cara pemasangan kabel rj45
#1
Kabel Rangkaian merupakan perantara di mana maklumat bergerak dari satu peranti rangkaian ke satu peranti rangkaian yang lain. Pemilihan jenis-jenis kabel adalah berkait rapat dengan saiz rangkaian, protokol dan topologi. Dalam konteks ini kabel yang akan digunakan ialah Kabel Tidak Berlapik Pasangan Berpintal (Unshielded Twisted Pair - UTP) dengan Penyambung RJ 45 (RJ 45 Connector ). Proses ini perlu dilakukan dengan amat teliti dan cermat.

Pada umumnya kabel yang biasa digunakan dalam sistem rangkaian adalah Kabel Straight-Through. Ini bermaksud pin 1 pada satu hujung satu plug adalah disambungkan dengan pin 1 pada hujung plug yang satu lagi. Walaupun ianya tidak penting tetapi perlu dipatuhi bagi mendapatkan keseragaman pengkabelan. Kabel Cross-Over adalah disilangkan hujung ke hujung. Sekiranya anda mempunyai dua hub yang perlu dihubungkan antara satu dengan yang lain maka anda perlu memastikan yang hub anda mempunyai uplink port. Jika tiada maka kabel Cross-Over diperlukan. Jika hub anda mempunyai uplink port maka anda hanya memerlukan kabel Straight-Through. Anda hanya perlu menghidupkan suis uplink. Kabel Cross-Over hanya digunakan apabila dua peranti ethernet disambungkan secara terus bersama seperti hub ke hub dan komputer ke komputer tanpa menggunakan hub.

1. Komputer Ke Hub (Straight-Through)
2. Komputer Ke Komputer (Cross-Over)

Reply
#2
Langkah 1

Ukur kabel rangkaian secukupnya dan potong. Pastikan anda memotong lebih sedikit daripada jumlah panjang sebenarnya yang di perlukan.

Langkah 2

Potong dan koyakkan jaket luar dengan menggunakkan stripper. Pastikan anda tidak merosakkan kabel.

Langkah 3

Lepaskan simpulan pada kabel dan luruskan dengan menggunakan jari anda. Potongkan pada penghujung kabel agar semuanya sama dan lurus. Sila pastikan jarak diantara hujung kabel yang dipotong dengan hujung jaket luar adalah 1/2 inci. Jika tidak kabel tidak akan dipegang dengan kemas apabila dipasangkan pada RJ45 Connector.

[Image: 03sh1i37qzeh3t5k0fy.jpg]



Langkah 4

Pegangkan RJ45 Connector dengan klipnya menghadap ke bawah dan
bukaannya menghadap kepada anda. Masukkan kabel perlahan-lahan kedalam
bukaan. Susunan kabel mestilah mengikut peraturan pengkabelan yang
ditetapkan.
[Image: ixce0uuhjpn3odgx5z7.jpg]

Cara memasukkan kabel pada RJ45




[Image: 6avu15mjyf1g9jjx091j.jpg]



[Image: zfdgckm5tb766d2who8.jpg]

klu xphm tanye la k..

Reply
#3
Nice tutor, nanti maybe aku akan perlukan ini nanti apabila aku open CC sendiri :emy_17: nanti .
Reply
#4
huhu..bez2 open cc..amek la aku jd share partner..kui3

Reply
#5
try Wrote:huhu..bez2 open cc..amek la aku jd share partner..kui3


x adil.... :emy_55:
kena ambil satu ahli TBD nie jd share partner...baru adil kui3... :emy_56:
Sleepy
Reply
#6
hoho, ala sng ko buat la cc pakai wireless je, kemas pun kemas takde beselerak cable2.
pastu takde pening nak sambung RJ45 nye kepala ni. heheh.
[Image: GteM3.png]
Reply
#7
assigmnt aku yg keberape ntah ni, aku xbuat pon. curi kawan aku nyew wayar je :emy_02:
Reply
#8
jaat nye am . wireless pong oke ape .
[Image: Video-to-GIF.gif]
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  [WTA] Cara Root Padfone Mini XdeathX 6 268 17-08-2014, 07:31 PM
Last Post: rakyat
  [ASK] Cara Nak Tumbuhkan Janggut @ jambang & Misai pumpkids 7 2,443 17-10-2013, 09:34 AM
Last Post: sil
  <pertanyaan>Cara kira Penilaian Berterusan(PB) polteknik m4f14 4 1,698 17-06-2012, 08:31 AM
Last Post: m4f14
  [help] cara buat duit online anpa modal onlineisrock 10 1,441 29-05-2012, 05:52 PM
Last Post: Stalker
  Download Video dalam Facebook Private (privacy) cara mudah R1R1BELANKAS 9 2,935 07-03-2012, 08:17 PM
Last Post: R1R1BELANKAS
  [WTB] Paypal , cara bayar transfer CIMB fadzli07 4 1,673 19-01-2012, 11:34 PM
Last Post: fadzli07
  [ask]cara exploit worpress sendiri pron3t 2 631 16-12-2011, 09:06 PM
Last Post: Codeshift3r
  Ada cara lain,selain guna unblock website caenz 7 1,984 04-05-2011, 02:36 AM
Last Post: UpXiLon
  cara rosakkan ipod touch wan 25 3,932 17-03-2011, 11:26 PM
Last Post: RFC792
  Cara buat wifi tanpa router/software SeluarDalam 15 3,556 06-02-2011, 12:41 PM
Last Post: syarif20

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)