Welcome to TBD.my, Guest! Log In or Sign Up
Closed 
 
Thread Rating:
  • 0 Votes - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Penggodam Indonesia serang laman web Malaysia
02-09-2009, 04:00 PM
Post: #1
Penggodam Indonesia serang laman web Malaysia
JAKARTA: Sekumpulan penggodam komputer Indonesia kelmarin mendakwa menyerang beberapa laman web Malaysia, insiden terbaru yang membayangkan kehampaan berterusan selepas Kuala Lumpur didakwa menggunakan tarian tradisi republik itu untuk mempromosi pelancongannya.

Satu kenyataan dihantar ke sebuah blog bertajuk "Terselubung" berkata beberapa laman web Malaysia digodam dan dicacatkan.

Blog itu menyenaraikan lebih 120 alamat internet, termasuk domain bagi pendidikan Malaysia dan laman pelancongan. Namun pemeriksaan ke atas contoh laman web yang disenaraikan mendedahkan hanya beberapa daripadanya masih dicacatkan.

Laman web rasmi Malaysia kembali pulih dan hanya beberapa laman web persendirian termasuk risalah syarikat pemasaran internet, masih memaparkan mesej penggodam, sementara yang lain tidak boleh dibuka atas beberapa sebab.

Dengan lagu kebangsaan Indonesia dimainkan sebagai muzik latar, laman web risalah berkenaan digodam ditandatangani oleh M364tron dan berkata: "Satu demi satu anda mengambil budaya kami, namun kami tidak akan diam. Anda masih menjadi sasaran utama kami."

Jurucakap Kementerian Luar Indonesia, Teuku Faizasyah melahirkan perasaan "kecewa" berhubung tindakan penggodam tempatan dan menggesa kedua pihak bertenang.

"Saya fikir mereka memberi tindak balas dengan cara tidak wajar dan hanya memburukkan keadaan," kata Faizasyah.

"Kami tidak percaya bahawa serangan ke atas laman web Malaysia diganggu secara besar-besaran sehingga mengganggu hubungan dua hala, namun mereka mungkin menyebabkan keadaan berang dari segi psikologi, justeru semua orang perlu bertenang."

Musni Umar, seorang anggota tempatan Kumpulan Individu Terkemuka, satu pertubuhan pakar dan bekas pemimpin dari kedua negara, berkata penggodam keterlaluan dan insiden itu membabitkan hanya golongan muda yang sering bertindak secara emosi berbanding rasional.

"Saya tidak bimbang pada hari ini, saya bimbang apabila golongan muda ini mengambil alih pemerintahan negara dengan sangka buruk terhadap jiran mereka," katanya.

"Ya kita perlu melakukan sesuatu mengenainya. Komunikasi dua hala perlu membabitkan belia bagi membantu mereka memahami perlunya mengekalkan hubungan baik dengan jiran."

Perasaan berang dengan Malaysia memuncak lagi minggu lalu berhubung dakwaan bahawa satu tarian Bali digunakan bagi mempromosi satu rancangan televisyen mengenai Malaysia, walaupun didedahkan selepas itu tiada agensi kerajaan memainkan peranan dalam membuat iklan itu. - Agensi---->Petikan dari Berita Harian hari ini

P/S: So apa jawapan Malaysia?

I am no coder, I am no Hacker. I am just a simple noob admin and a faithful MARCH servant

[Image: mybbsig.php]
02-09-2009, 04:09 PM
Post: #2
Re: Penggodam Indonesia serang laman web Malaysia
thanks to Indonesia sebab audit security laman web Malaysia secara percuma Smile

tapi sampai masuk paper? adehh.. sengal gila.. ROFL gelak

[Image: GteM3.png]
02-09-2009, 04:20 PM
Post: #3
Re: Penggodam Indonesia serang laman web Malaysia
best gile megatron famous dye , gelak ROFL

lolz suhz , dorang audit malaysia punye website free je xyah upah gelak ROFL

@@" masok paper ape ni !

"You're what you achieve. Therefore be the man you wanted to be."
02-09-2009, 04:38 PM
Post: #4
Re: Penggodam Indonesia serang laman web Malaysia
teramat sangatlah sengal dan poyo :ani_05: :ani_05: :ani_05:



Me Gusta
▲    ▲
Spoiler:

Semua PM mengikut budi bicara saya untuk layan atau tidak.

02-09-2009, 04:40 PM
Post: #5
Re: Penggodam Indonesia serang laman web Malaysia
biasalah indo :ani_18: :ani_18: :ani_18:

"You're what you achieve. Therefore be the man you wanted to be."
02-09-2009, 05:55 PM
Post: #6
Re: Penggodam Indonesia serang laman web Malaysia
we love indonesia :emy_51:
caya la .. :emy_60:

[Image: fyvm.php]
02-09-2009, 05:58 PM
Post: #7
Re: Penggodam Indonesia serang laman web Malaysia
tapi takkan lah kita tak serang balik ?? :emy_09: :emy_09: :emy_09:
02-09-2009, 06:00 PM
Post: #8
Re: Penggodam Indonesia serang laman web Malaysia
hexon Wrote:tapi takkan lah kita tak serang balik ?? :emy_09: :emy_09: :emy_09:
dapat apa kalau serang balik.. mcm tak ada gunanya je.. :emy_46:

[Image: GteM3.png]
02-09-2009, 06:02 PM
Post: #9
Re: Penggodam Indonesia serang laman web Malaysia
huhuhu
tak pe
biar dia serang kite
Big Grin

Can u See Me
Troll 2
02-09-2009, 06:06 PM
Post: #10
Re: Penggodam Indonesia serang laman web Malaysia
diia serang kita berdoa Smile

Friendster dia :http://profiles.friendster.com/56783059

note:
[Image: 23f4lpo]
"I am serious person"

"You mess the forum ,I mess with you"
02-09-2009, 06:14 PM
Post: #11
Re: Penggodam Indonesia serang laman web Malaysia
Sabar itu separuh dari iman
Big Grin
ingat tu :emy_56:

Can u See Me
Troll 2
02-09-2009, 07:12 PM
Post: #12
Re: Penggodam Indonesia serang laman web Malaysia
Comment aku satu je..
indo bodoh...
kita negara malaysia berbilang kaum memang la bermacam adat dan tarian ada..
kenapa aku kata indo bodoh???
cuba tenguk orang cina buat tarian dan adat dia kat malaysia..
ada ke negara china deface atau serang negara malaysia???
wahai semua orang indo hidupkan lah otak kamu semua dari tidur/slow..
dia kena tambah ram atau hard disk aku rasa... ROFL ROFL ROFL
02-09-2009, 07:17 PM
Post: #13
Re: Penggodam Indonesia serang laman web Malaysia
UekiShirane Wrote:Comment aku satu je..
indo bodoh...
kita negara malaysia berbilang kaum memang la bermacam adat dan tarian ada..
kenapa aku kata indo bodoh???
cuba tenguk orang cina buat tarian dan adat dia kat malaysia..
ada ke negara china deface atau serang negara malaysia???
wahai semua orang indo hidupkan lah otak kamu semua dari tidur/slow..
dia kena tambah ram atau hard disk aku rasa... ROFL ROFL ROFL

cayalah broo![Image: 111.gif]

[Image: 71DG.gif]
02-09-2009, 07:18 PM
Post: #14
Re: Penggodam Indonesia serang laman web Malaysia
tambah ram kt otak dye ...

indo ni x puas hati sbb Malaysia aman , dorang kene letop je keje ..

TBDSecurity [Image: 111.gif]

"You're what you achieve. Therefore be the man you wanted to be."
02-09-2009, 07:56 PM
Post: #15
Re: Penggodam Indonesia serang laman web Malaysia
News : Tadi indonesia terkan GEMPA. :emy_52:

[Image: fyvm.php]
Closed 


Possibly Related Threads...
Thread: Author Replies: Views: Last Post
  Laman TBD utk Blog/News mengenai IT/Security/Komputer dll. suhz 64 4,942 23-09-2012 05:44 AM
Last Post: Skiddies
  Best Courier to Ship Outside Malaysia? D4RK_5Y5T3M 1 408 21-04-2012 01:11 AM
Last Post: parkerhanafi
  [Projek] Malaysia 1st proxy site 127001 10 2,278 19-03-2010 02:21 PM
Last Post: MrKroit

Forum Jump:


User(s) browsing this thread: 1 Guest(s)