Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Ibu bapa punca anak hilang
#1
Nurul Nadirah Abdullah adalah mangsa terbaru dalam kes kehilangan kanak-kanak di Malaysia. Kanak-kanak yang berusia lima tahun itu dilihat kali terakhir ketika membeli barang di kedai berhampiran rumahnya. Kisah Nurul Nadirah adalah kesinambungan kes kehilangan kanak-kanak berumur di bawah sepuluh tahun. Kanak-kanak lain yang hilang ialah Adam Shah, Sharlinie, R. Dass, Lee Xin Ru, Muhamad Asmawi dan Nurul Afifah Syawani Sahran. Kesemua mereka masih belum ditemui hingga ke hari ini.

[Image: Missing_Child_Portrait_28_by_johnpaulthornton.jpg]



Secara purata, sebanyak 3.5 kes kanak-kanak hilang dilaporkan dalam sehari dan hampir 80 peratus kes tersebut membabitkan kanak-kanak perempuan. Ada kanak-kanak yang hilang ini ditemui sama ada dalam keadaan selamat ataupun telah meninggal dunia. Contohnya kes kehilangan Lim Zhao Xu di Pulau Pinang. Beliau disyaki hilang selepas keluar dari rumah untuk melihat pertunjukan bunga api dan tidak pulang selepas pertunjukan itu habis. Setelah dibuat siasatan, kanak-kanak ini menumpang tidur di rumah kawannya yang terletak 100 meter dari rumah. Begitu juga dengan kes seorang kanak-kanak berusia dua tahun yang dilaporkan hilang di Kuantan. Nur Hafiqah Zarissya Mohd. Nawawi telah dipulangkan kepada ibu dan bapanya selepas dikatakan berkeliaran seorang diri di hadapan kedai telefon bimbit.

Dalam kes yang tidak menggembirakan, kanak-kanak yang hilang ditemui mati. Ia berlaku kepada Norshahida Abdul Razak, 11 tahun yang meninggal dunia kerana terjatuh ke dalam parit di kawasan ladang kelapa sawit berhampiran rumahnya di rancangan Felda Jengka Satu.

Kecekapan pihak polis, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan beberapa pihak dalam menyiasat serta menghebahkan maklumat tentang kes-kes ini banyak membantu ibu bapa mendapatkan semula anak mereka yang dilaporkan hilang.

Statistik kehilangan kanak-kanak yang dilaporkan oleh Polis Diraja Malaysia menunjukkan separuh daripada kanak-kanak yang hilang telah dijumpai semula. Kelompok yang hilang ini dipecahkan kepada tiga iaitu berumur sembilan tahun ke bawah, sepuluh tahun hingga 13 tahun dan remaja berumur 14 hingga 17 tahun.

Beberapa faktor kehilangan telah dikenal pasti seperti pengaruh rakan sebaya, lari ikut kekasih, mencari kebebasan, keluarga kurang beri perhatian, tidak minat belajar, mencari pekerjaan, dilarikan ibu atau bapa sendiri, lari kerana tidak siuman, menjadi mangsa penderaan, pencabulan dan rogol, kecewa dalam dalam peperiksaan, hilang di laut, selisih faham dengan keluarga serta dijadikan pelacur. Namun, perkara yang agak membimbangkan ialah kes kehilangan yang tidak diketahui puncanya dan berbagai-bagai andaian boleh diberi seperti disembunyikan makhluk halus.

Oleh kerana punca kehilangan datang dari keluarga, sepatutnya ibu dan bapa menyedari bahawa keselamatan anak-anak mereka tidak boleh dikompromi. Dalam perspektif yang lebih luas, kajian-kajian menunjukkan kehilangan kanak-kanak ini dikatakan berpunca dari rumah.

Ibu dan bapa yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas keselamatan anak-anak perlu memperkemaskan sistem kekeluargan mereka supaya rumah tidak menjadi faktor penolak kepada anak-anak untuk mencari ruang melarikan diri atau dilarikan orang.

Guru dan sekolah turut berperanan besar dalam memberi nilai-nilai kekeluargaan melalui sistem pendidikan berterusan. Walaupun ada sesetengah pelajar disifatkan dalam dalam kategori bermasalah, jiwa mereka masih boleh dididik supaya sekurang-kurangnya memikirkan untung nasib sendiri pada masa depan.

Agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan dan sektor swasta bersama-sama berperanan melaksanakan tugas masing-masing untuk membantu mengesan kehilangan kanak-kanak dan remaja dengan pelbagai cara. Contohnya, pada Julai 2010, Nur (National Urgent Response) Alert diperkenalkan Polis Diraja Malaysia dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Nur Alert akan menyebarkan maklumat pantas tentang kanak-kanak 12 tahun ke bawah yang hilang tanpa melibatkan tebusan, ugutan atau ancaman bunuh.

Sekali-sekala isu kehilangan kanak-kanak disiarkan di media, kita berasa sangat cemas kerana mungkin suatu hari nanti anak-anak kita pula yang akan menjadi mangsa. Hidup tanpa ada jaminan keselamatan sangat merisaukan kerana setiap masa kita perlu memikirkan diri sendiri dan ahli keluarga. Walaupun dikatakan Malaysia menduduki tangga ke-19 daripada 153 negara sebagai negara paling selamat menerusi Indeks Keamanan Global (GPI) 2011 lalu, kita mahu lihat keselamatan diri dan sekitar rumah yang selamat dahulu. Apabila yakin bahawa diri dan rumah selamat, barulah kita yakin persekitaran lain turut selamat dan tidak lagi berasa bimbang untuk ke bandar atau kawasan-kawasan lain di seluruh negara.

Kehilangan kanak-kanak dan remaja mesti ada sebab musababnya dan kita tidak mahu kejadian ini menjadi gangguan kepada persediaan ke arah sebuah negara Malaysia yang maju. Banyak tindakan yang boleh dimainkan oleh semua pihak untuk mengekang kejadian ini daripada terus membelenggu masyarakat dan menjejaskan kesejahteraan hidup.

Code:
http://langitilahi.com/7589
-|ninja33|-
[Image: b_560_95_1.png]
Reply
#2
tibalah masanya ibubapa memasang tag GPS locator pada anak2..
tapi yg pastinya penculik kalau kantoi straight ke tali gantung..
Reply
#3
(08-03-2012, 03:09 PM)sil Wrote:  tibalah masanya ibubapa memasang tag GPS locator pada anak2..
tapi yg pastinya penculik kalau kantoi straight ke tali gantung..

kalau penculik tu hacker gak macam mana? GayFaceDDDD..
Setiap ilmu mesti selari dengan Al-Quran dan As-Sunnah

[Image: hisyam%20-%20Copy.jpg]
Reply
#4
bapa aku meniaga buka pusat tusyen. tau tak satu masalah yg selalu kitorang hadapi? masalah dia, ibu bapa yang langsung tak ingat dekat anak-anak. Auch

tiap-tiap malam, abis tusyen confirm pukul 10 malam. nanti, ada lah mak bapa yg lupa amek anak. kadang-kadang tu, pukul 12 malam baru datang amek. bila tanya, alasan diorang; "minta maaf cikgu... terlupa anak datang tusyen". -.-

kadang-kadang tu, mak bapa aku balik umah dulu. dah jadi kerja aku pula jadi pemandu teksi bawa budak-budak yang tinggal balik malam-malam. kalau benda macam ni jarang berlaku tak pe... almost setiap hari mesti berlaku. Sad

siap ada satu dua orang budak tusyen ni, tiap kali diorang tusyen mesti mak bapa aku bawa diorang balik. banyak betul cekadak mak bapa dia. memang tak guna betul dapat mak bapa macam tu. -.- itu bukan tak reti jaga anak. trus tak ingat anak dia wujud ke tak dalam rumah. anak-anak diorang dahlah umur antar 9-12 tahun. anak lelaki tak pe lagi... ini yang diorang lupa, anak perempuan. huh...
Reply
#5
(08-03-2012, 03:09 PM)sil Wrote:  tibalah masanya ibubapa memasang tag GPS locator pada anak2..
tapi yg pastinya penculik kalau kantoi straight ke tali gantung..

menculik dan meminta wang tebusan baru kena gantung.


(09-03-2012, 12:43 AM)s3m00t Wrote:  bapa aku meniaga buka pusat tusyen. tau tak satu masalah yg selalu kitorang hadapi? masalah dia, ibu bapa yang langsung tak ingat dekat anak-anak. Auch

tiap-tiap malam, abis tusyen confirm pukul 10 malam. nanti, ada lah mak bapa yg lupa amek anak. kadang-kadang tu, pukul 12 malam baru datang amek. bila tanya, alasan diorang; "minta maaf cikgu... terlupa anak datang tusyen". -.-

kadang-kadang tu, mak bapa aku balik umah dulu. dah jadi kerja aku pula jadi pemandu teksi bawa budak-budak yang tinggal balik malam-malam. kalau benda macam ni jarang berlaku tak pe... almost setiap hari mesti berlaku. Sad

siap ada satu dua orang budak tusyen ni, tiap kali diorang tusyen mesti mak bapa aku bawa diorang balik. banyak betul cekadak mak bapa dia. memang tak guna betul dapat mak bapa macam tu. -.- itu bukan tak reti jaga anak. trus tak ingat anak dia wujud ke tak dalam rumah. anak-anak diorang dahlah umur antar 9-12 tahun. anak lelaki tak pe lagi... ini yang diorang lupa, anak perempuan. huh...

kadang-kala saya merasakan mak bapak yang membela kesalahan anak-anak yang jahat bukan kerana anak mereka itu disangka baik tapi kerana tak mahu menyalahkan anak atau tak nak mengaku salah.

jadi sekarang, ayat 'mak mana tak sayang anak' tu tak boleh pakai lagi. sebab memang ada manusia macam tu. banyak mak bapak kandung dah lupa tanggungjawab. bila dah berlaku macam2 salahkan cikgu, salahkan polis, salahkan kerajaan dll.

rempit jalanan tu agaknya mak bapak diorang macam mana ye?
JOM LIKE PAGE SAYA!

Saya tak pandai. Harap dapat bantu saya. Terima kasih TBD.
Reply
#6
(09-03-2012, 12:43 AM)s3m00t Wrote:  bapa aku meniaga buka pusat tusyen. tau tak satu masalah yg selalu kitorang hadapi? masalah dia, ibu bapa yang langsung tak ingat dekat anak-anak. Auch

tiap-tiap malam, abis tusyen confirm pukul 10 malam. nanti, ada lah mak bapa yg lupa amek anak. kadang-kadang tu, pukul 12 malam baru datang amek. bila tanya, alasan diorang; "minta maaf cikgu... terlupa anak datang tusyen". -.-

kadang-kadang tu, mak bapa aku balik umah dulu. dah jadi kerja aku pula jadi pemandu teksi bawa budak-budak yang tinggal balik malam-malam. kalau benda macam ni jarang berlaku tak pe... almost setiap hari mesti berlaku. Sad

siap ada satu dua orang budak tusyen ni, tiap kali diorang tusyen mesti mak bapa aku bawa diorang balik. banyak betul cekadak mak bapa dia. memang tak guna betul dapat mak bapa macam tu. -.- itu bukan tak reti jaga anak. trus tak ingat anak dia wujud ke tak dalam rumah. anak-anak diorang dahlah umur antar 9-12 tahun. anak lelaki tak pe lagi... ini yang diorang lupa, anak perempuan. huh...

setuju bro, ni la penyebab banyak kes sosial...semakin hari, sy tengok makin ramai mak bapak yg melupakan anak. sedih bro. benda ni pun jadi kat sorang kawan saya, kesian dia. Cuma mak dia yang ambil peduli.. bapaknya hampeh.. umur anak pun tak ingat tu yg sedih tu.. nama anak apakan lagi. .ish3 bapaknyerrr
-|ninja33|-
[Image: b_560_95_1.png]
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  [TUTORIAL] - MYKAD Hilang matz 15 1,623 12-09-2013, 02:09 PM
Last Post: tanpaidentiti
  Doa Hilang Stres Dan Tekanan Acey 0 641 15-04-2012, 05:14 PM
Last Post: Acey
  anak dimasa hadapan ribut_taufan 0 363 18-10-2010, 04:06 AM
Last Post: ribut_taufan
  Kekurangan mineral punca 1001 penyakit.... sbsmarketing08 2 682 09-07-2009, 02:10 PM
Last Post: XShimeX
  Budak 13 tahun jadi bapa XShimeX 8 1,276 27-02-2009, 06:22 PM
Last Post: Dadu

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)